Sunday, August 30, 2015

Malaysia IT Fair memperkenalkan TECHBIZ dan pelancaran Kaspersky 2016

Assalammualaikum & salam sejahtera

 Bertempat di Midvalley Megamall Kuala Lumpur berlangsung Malaysia IT Fair 2015, dari 28 sehingga 31 Ogos. MITF dianjurkan oleh Unified Distribution Technology Sdn. Bhd. (UDT) yang paling aktif mengadakan IT Exhibition di Malaysia.


Malaysia IT Fair memenuhi lebih 60,000 kaki persegi ruang pameran, seminar dan business platform. Lebih 80 global brands mempamerkan produk, solution dan servis. TechBiz@MITF menawarkan apa jua tawaran mengenai IT termasuk seminar mencakupi network security, visual dan topik SME kepada orang awam.



MITF kali ini di hadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato' Jailani Bin Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia datang merasmikan acara pembukaan Techbiz@MITF pada 29 Ogos 2015. Bersamaan dengan itu juga MAMPU telah memilih Techbiz@MITF sebagai platform untuk mendidik dan berkongsi mengenai apa yang telah mereka laksanakan kepada Kerajaan Malaysia, Komunikasi Perniagaan dan juga kepada awam.


Menurut kata, Ms.June Lee, General Manager IT Fair, objektif Malaysia IT Fair kali ini ialah ingin memperkenalkan teknologi dan solusi terbaru di dalam satu tempat untuk pelawat yang berkunjung sama ada dari sektor kerajaan atau awam. Di mana local enterprise, tokoh korporat dan syarikat-syarikat gergasi dapat mempelajari dan mengumpul semua teknologi terbaru di mengenai ICT di bawah satu bumbung.

Di Malaysia IT Fair kali ini juga Kaspersky Internet Security 2016 telah dilancarkan dengan meriah. Kaspersky Lab kali ini memperkenalkan versi terbaru untuk flagship security solution for home user. Produk yang di develop khusus untuk menjaga dan melindungi untuk banyak perkara, di antaranya privacy data, identity, money dan device itu sendiri.


Solution yang terbaru ini telah dicipta untuk memastikan keselamatan penguna walau apa pun device yang digunakan samada Windows, OS X or Android. Set yang terbaru ini juga ditambah baik dengan target melindungi rahsia sulit penguna. Kapersky Lab adalah sistem sulit yang terbesar di dunia dengan tahap keselamatan yang paling maximum. Selama 17 tahun sejarah Kapersky Lab jadi yang terulung di dalam menyediakan digital security solutions yang terbaik di dunia. Hebat kan!



Malaysia IT Fair dirasmikan dengan begitu meriah sekali. Siap dengan tarian pembukaan yang sangat energetic dan pelbagai tawaran menarik.



Masih ada lagi sehingga esok 31 Ogos bagi semua penguna ICT yang ingin mendapat gadjet terbaru dan murah.Kolin sempat beli Flash air SD Card dengan harga yang berbaloi. Selepas ini senanglah kolin nak transfer gambar. Malaysia IT Fair menjanjikan tawaran yang berbaloi memandangkan ekonomi kita yang masih lemah. Inilah tempat yang terbaik buat kita mendapatkan barangan yang berkualiti dan terbaik.

Sidang akhbar dan sesi soal jawab pihak Malaysia IT Fair telah diadakan di Magnum Cafe MidValley. Pihak media serta blogger telah dijemput sama untuk sesi tersebut dan makan tengahari bersama pada majlis pelancaran ini.





Untuk maklumat lanjut sila layari http://malaysiaitfair.com.my/Techbiz/  atau www.MalaysiaITFair.com.my jangan lepaskan peluang ini ok!

Love,

Kolin Zainal



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you