Wednesday, August 26, 2015

Event: Pure Beauty di Watsons Malaysia dengan kehadiran Artis terkenal Hong Kong

assalammualaikum dan salam sejahtera

Peminat Malaysia memang gembira dengan penampilan istimewa artis terkenal dari Hong Kong, iaitu Priscilla Wong, Elena Kong dan Joyce Tang yang akan bersama di majlis pelancaran Pure Beauty by Watsons Malaysia di Sunway Pyramid minggu lalu. Memang penuh dengan pengunjung yang ingin melihat sendiri artis kesayangan mereka yang datang jauh dari Hong Kong.


Pure Beauty adalah inspirasi dari program bersiri yang yang terkenal iaitu All Things Girl. Priscilla Wong, Elena Kong dan Joyce Tang teruja apabila seramai lebih 500 orang dari kalangan media dan pengunjung hadir sama di majlis pelancaran ini. Memang masa kolin kan sana, gamat habis.



Pure Beauty yang hanya ada di Watsons dengan bangganya ingin membawa infotainment series ini ke Malaysia dengan membawa konsep baru Hong Kong ke sini. Walaubagaimanapun ianya telah diubah mengikut citarasa rakyat tempatan. Watsons berharap melalui program ini mereka boleh membawa produk Pure Beauty lebih luas di Malaysia. 


Pure Beauty adalah salah satu rangkaian produk terbaru untuk mengekalkan keremajaan kulit. Dengan ujian klinikal pengunaan produk ini mampu mengurangkan kedutan di wajah dalam masa 4 minggu. Hanya terdapat di Watsons PURE BEAUTY ada Friming Essence 30ml, Moisture Day Cream SPF20 50ml, Firming Eye Cream 15ml dan Repair Night Cream 50ml. Untuk melembapkan kulit pula, PURE BEAUTY ada rangkaian produk yang sesuai untuk mengembalikan kelembapan 10 kali ganda pada kulit. 


Inilah barisan artis Hong Kong yang tekenal dan acara perasmian kian gamat apabila pihak penganjur yang menyediakan belon-belon berwana kelabu dan pink jatuh ke atas semua pengunjung. Lagi syok, ada di antara belon-belon ini  yang ada voucher potongan RM5 untuk setiap pembelian PURE BEAUTY di Watsons lebih dari RM30 setiap pembelian.



Pengunjung yang bertuah juga telah dipanggil ke atas pentas untuk bersama-sama membuat skestsa pendek dan bergurau senda bersama ketiga-tiga artis terkenal ini. Memang sporting Priscilla Wong, Elena Kong dan Joyce Tang melayan semua peminat mereka. 



Menurut kata Joyce, tips menjaga kecantikan beliau amatlah penting kerana jadual yang sangat sibuk. Perlu mendapatkan rehat yang cukup, makan secara sihat dan juga cara hidup yang sihat. Malah bukan itu sahaja produk kecantikan yang baik juga perlu untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tambah Priscilla yang menjadi bintang utama untuk Come Home Love 2, sememangnya wanita amat memerlukan kulit dan badan yang cantik. Tips yang paling penting buat dirinya ialah beri perhatian yang lebih kepada tubuh dan kulit dan menyediakan semua keperluan yang diperlukan. 


Lihat lah sendiri bagaimana gamatnya suasana ketika pelancaran PURE BEAUTY baru-baru ini. Ms. Caryn Loh, General Manager or Trading, Watsons Malaysia telah berbesar hati menghadiahkan jambangan bunga buat semua artis terkenal Hong Kong ini.


Untuk lebih maklumat mengenai PURE BEAUTY boleh lah ke www.facebook.com/purebeautymalaysia

All Things Girl dengan kerjasama antara Astro dan TVB ditaja oleh PURE BEAUTY EXCLUSIVELY AT WATSONS. Program ini akan ditayangkan pada 6 September 2015 jam 9.00 malam di saluran Astro's Wah Lai Toi dan Wah Lai Toi HD Channel. 

Love,

Kolin Zainal



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you