assalammualaikum dan salam sejahtera
Produk ini memang buat kolin sangat-sangat teruja. Ianya di formulasi oleh Swiss Glacier Water 4.4.3 iaitu
4. Essential Oils 4. Antioxidant 3. Hydrating dan bahan pelembut kulit. Paling penting liang muka tidak akan tersumbat, semua mekap yang kalis air, peluh, kekotoran semua ini lenyap dengan hanya dengan langkah mudah. Ambil SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes ini dan lap di seluruh muka. Mudah kan!
Sememangnya mudah dan berkesan untuk menghilangkan semua kekotoran yang ada di muka. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit muka tau. Jangan risau sebab memang tiada PARABEN di dalam produk ini.
SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes ini amat bagus tau. Sebab apa kolin cakap bagus, sebab kolin memang penguna clinical wipes ini. Jom kita tengok macam mana kolin nak remove mekap waterproof yang memang hari-hari kolin pakai samada ke tempat kerja ataupun hadiri event.
Ini adalah eyeshadow yang memang waterproof. Memang mengambil masa yang agak lama setiap kali kolin nak bersihkan. Dengan SkinSoul Ultra Sof Facial Towelletes ini memang simple. Hanya tarik satu helai tisu basah ini dah mula mengelap di bahagian yang hendak di bersihkan.
Lapkan serata muka, di mata, pipi, bawah dagu, hidung, dan juga dahi. Memang satu tisu cukup untuk mengelap kesemua daerah muka kita. Tiada bau tambahan, warna tambahan, bahan kimia yang memudaratkan dan tiada PARABEN juga LANOLIN. Semua bahan yang digunakan adalah selamat.
Paling kolin suka ianya sesuai untuk kulit yang macam kolin acne-prone skin dan ultra sensitive skin. Memang kulit akan terasa segar, bersih, hydrated, lembut, sejuk, dan lembab. Memang tidak berminyak.
Tengoklah sendiri kesan kekotoran yang telah kolin lap. Perasan atau tidak, muka kolin yang berminyak masa mula mengelap tadi sekarang dah nampak segar. Memang kulit bertambah lembut dan tidak rasa tegang langsung kulit muka. Yang paling best, tak sampai 5 minit pun nak bersihkan muka.
Untuk yang ingin mendapatkan produk ini mudah sahaja. Anda boleh pergi ke mana-mana outlet SkinSoul dengan melayari www.skinsoul.com.my dan lihat alamat outlet mereka. Dengan mengikut langkah di bawah, pastinya tawaran hebat dan diskaun menantikan anda. Buat tau, sebab tawaran memang best.
Selepas itu, catit kod ini #SkinSoulPerfectWipe. Dengan mengikut semua langkah di atas anda bakal menikmati privileges yang disediakan. Anda boleh membeli SkinSoul SkinShield Travelling Set dengan harga istimewa iaitu RM388.00 (harga asal RM500). Pembaca blog kolin juga akan menikmati SkinSoul SkinShield set bernilai RM100 bagi pembelian apa-apa produk mereka minimum RM100 dalam satu bil.
Anda juga boleh membeli clinical tissue yang macam kolin pakai ini sebanyak 2 unit dan dapat limited edition SkinSoul Lip Balm. SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes ini berharga RM53.00 sahaja. Beli dua dapat lip balm limited edition satu. Yang paling best ada 60 keping! Jimat kan!
Nak bawa ke mana-mana pun senang sahaja, muat dalam handbag. Senang nak solat sebab boleh cuci mekap dengan SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes sahaja. Mudah dan ringkas! Tak payah nak bawah pencuci muka bagai ok. Ambil dan terus lap-lap saja muka tu.
Jadi jangan lupa singgah SkinSoul Outlet untuk mendapatkan Clinical Tissue yang owesome ini. Seperti kolin cakap, kulit bermasalah acne prone skin pun sesuai guna clinical tissue ini. Sure korang pun suka!
Untuk lebih maklumat layari www.skinsoul.com.my
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you