Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TIPS RUMAH KEMAS & BERSIH

Rumah bersepah masalah semua orang kan. Termasuk la kolin! Itu yang try nak disiplin macam mana nak biar rumah tu sentiasa kemas dan ready untuk terima tetamu. 

Perkongsian di Facebook betul-betul membuka mata. Cuma kolin nak tambah aje yang setiap hari tu. Kolin hari-hari mesin baju, kena basuh dan terus sidai. Tak boleh nak tengok berlonggok-longgok. Yang lelain tu setakat ni memang tengah try. 


Tumis petai dengan bilis dan kentang

Kadang kita ni tak tau nak makan apa kan. Masak kadang-kadang buntu sangat. Selalu makan kat kedai makan luar tu pun kadang bukan semua sedap. Kalau dah sedap ada banyak pula bahan perasa dia pakai, tambah pula minyak pula. Nak jaga kesihatan macam mana kan. Kolin rasa laa, dah tiba masa kolin shopping bahan-bahan untuk eat clean. 

Resipi dan bahan-bahan sangat lah mudah. Siap satu lauk korang goreng aje lah telur dadar tu. Sedap sangat bila makan dengan kicap! 

WAKA WAKA KL indoor playground di Kuala Lumpur

Assalammualaikum semua! Memandangkan minggu ini adalah Hari Raya Aidiladha dan juga minggu cuti sekolah. Kolin ada tempat yang baru untuk dikongsikan dengan korang semua. Kebetulan kolin pergi sabtu lalu ada Hi Tea. Bersempena dengan hari kemerdekaan negara jiran kita iaitu WAKA WAKA SINGAPORE NATIONAL DAY HI - TEA. Bermula dari jam 2.00 petang sehinggalah jam 5.00 petang. So kolin dan anak-anak ke sana, makan dulu lepas tu bermain. Dan kalau masa main rasa haus dan lapar boleh aje ke buffet hi tea dan makan. Dan kalau mana yang tak ambil hi-tea tu ada juga makanan yang dijual. Jadi korang kena tengoklah sendiri mana berbaloi kan. 









Makan Malam Di Dapur Sabak Salai, Seksyen 7 Bangi

Assalammualaikum semua !! Lama tak bersiaran sebab sibuk laaaa. Cehhh..kita tulis macam ramai pula baca blog kita ye. Tapi apa pun walau tak ramai, tetap ada...terima kasih yang sudi membaca ye. Walau kadang perkongsian tidak lah best sangat. 

Hari rabu yang lalu, kolin terlupa nak top up stok daging salai. Eh lupa pula nak cerita. Sekarang ni kolin jadi agen jual daging salai keluaran SABAK SALAI. So, kalau korang nak stok lauk atau nak sesekali makan daging salai masak lemak cili api ker, nak jadikan rencah dalam mihun atau nasi goreng tu boleh lah roger kolin okay. Tak mahal pun, sepaket hanya RM17 sahaja. Bersekali itu kolin ke restoran mereka yang terletak di Seksyen 7 Bangi untuk dinner lah. Alang-alang dah sampai kan.


malam gambar tak lawa sangat.....

ini lah yang kolin jual tu, RM17 aje. Kalau nak boleh roger tau. Sedap tak tipuuuuu


EVERSOFT tampil dengan Micellar Cleansing Water, 100% Ekstrak Tumbuhan Organik

Jenama Eversoft ini bukan lah baru pada kolin. Kalau korang semua nak tahu, kolin dari remaja diperkenalkan dengan jenama ini. Cuma kedegilan kolin masa remaja yang sukar menukar-nukar produk tu yang buat tak setia. Tapi kalau korang nak tahu, ramai sangat yang mengunakan jenama ini dan kulit wajah memang elok sangat. Nasihat kolin, kalau dah guna satu produk dan muka elok bersih tanpa jerawat dan masalah wajah lain, korang setia okay! Setia ajee...supaya kulit wajah tak rosak. 

Untuk kali ini, fokus kepada pengunaan komestik. Macam pembayang mata, celak, maskara, pemerah pipi dan sebagainya sememangnya menyerlahkan lagi penampilan seseorang wanita. Tapi tahukah korang setiap bahan tu ada bahan kimia dan pewarna yang perlu dibersihkan betul-betul selepas setiap kali pengunaannya.



Seiringan dengan itu, jenama yang sudah lebih 20 tahun di pasaran. Memformulasikan dengan 100% ekstrak tumbuhan organik dan mengunakan teknologi Jepun, memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air dan tidak melekit. Ianya mengabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah yang mudah. 

SAMBUT BULAN KEMERDEKAAN DENGAN REALME MERDEKA MONTH

realme Malaysia dengan semangat "Dare to Leap" telah melancarkan realme Merdeka Month 2019 bulan ini tau. Dengan sambutan itu juga, realme Malaysia menawarkan pelbagai hadiah dan kejutan untuk korang semua. Berkerjasama dengan Shopee, realme Merdeka Sales akan memberikan tawaran menarik harga telefon bimbit cukup murah sehingga RM349 sahaja!