Assalammualaikum semua! Memandangkan minggu ini adalah Hari Raya Aidiladha dan juga minggu cuti sekolah. Kolin ada tempat yang baru untuk dikongsikan dengan korang semua. Kebetulan kolin pergi sabtu lalu ada Hi Tea. Bersempena dengan hari kemerdekaan negara jiran kita iaitu WAKA WAKA SINGAPORE NATIONAL DAY HI - TEA. Bermula dari jam 2.00 petang sehinggalah jam 5.00 petang. So kolin dan anak-anak ke sana, makan dulu lepas tu bermain. Dan kalau masa main rasa haus dan lapar boleh aje ke buffet hi tea dan makan. Dan kalau mana yang tak ambil hi-tea tu ada juga makanan yang dijual. Jadi korang kena tengoklah sendiri mana berbaloi kan.
Buat pengenalan, WAKA WAKA KL ini adalah satu taman permainan dalam bangunan atau 'indoor playground' yang menawarkan konsep "Magical Kingdom" atau Istana Magik tau. Khas untuk anak-anak berumur 2 tahun sehingga 12 tahun dan ianya terletak di aras LG Hotel Furama Bukit Bintang aje. Ruang sebesar 10,000 sq. ft. ini sudah tentunya memberikan korang sekeluarga satu pengalaman yang baru! Boleh juga nak buat birthday party dengan tema putera puteri tu #wakaroyal.
Di Waka Waka KL ada buaian, gelongsor, benda panjat-panjat dan pelbagai lagi peralatan yang menarik minat budak-budak. Kalau korang nak tahu bukan setakat mereka aje suka, kolin naik suka sama hahah. Seronok betul main kat sini sebab tempat bersih, mainan elok-elok, lagipun luas kalau nak main kejar-kejar kat dalam ni. Kat sini khas untuk anak-anak berumur 2 tahun sampai 12 tahun tau. So kalau tak mau jauh-jauh, datang sini tuk bermain.
Buat ibubapa yang menunggu tu, ada ruang menunggu tau. Untuk makan pula ada dijual pelbagai juadah. Macam pizza, sandwich, pasta, burger dan pelbagai lagi. Bermain di sini tiada had masa ye...cuma hari biasa tutup jam 7.00 malam dan hari minggu atau cuti sekolah tutup jam 8.00 malam. Buka jam 10 pagi tau..so datang aje dari pagi tu...biar anak-anak bermain dalam tu sampai ke petang. Alamat mereka seperti di bawah ye:
WAKA WAKA INDOOR PLAYGROUND
FURAMA BUKIT BINTANG
LG FLOOR 136 JALAN CHANGKAT THAMBI DOLLAH
55100 KUALA LUMPUR
03-27335755/5754
www.facebook.com/wakawakakl
www.instagram.com/wakawakakl

untuk tempahan tiket online boleh ke laman web ini ya https://www.playatwakawaka.com
Hari yang sama ada pula pertandingan Glitter Painting Competition untuk bendera dan tempat menarik Singapura. Tanpa melengah kami semua join lah. Alhamdulillah, Ali Imran dapat tempat ketiga weii...syukur dapat voucher hahaha. Boleh kami datang lagi!!!
Tempat yang berbaloi dan sesuai sangat untuk seisi keluarga. Syukur kolin dah jumpa tempat lepak terbaru ini. Kolin harap korang semua yang mencari tempat baru nak lepak dan bagi anak bermain sampai puas hati sila lah ke sini okay. Jangan risau, pintu keluar mereka ada kawalan. So anak-anak tak boleh keluar sesuka hati. Sebab suis kawalan mereka yang jaga..so nak keluar memang kena maklumkan penjaga kaunter di hadapan. Jangan lupa bawa stokin sesiap okay. Selamat berlibur di Waka Waka KL okay!!
jangan lupa follow FB dan IG mereka okay. Banyak sangat tawaran menarik dan murah untuk bawa anak bermain kat sini. Ohh..jangan lupa tengok youtube kolin tuuu...nanti subscribe sekali tau. Nanti kolin balas balik ye....
Hari yang sama ada pula pertandingan Glitter Painting Competition untuk bendera dan tempat menarik Singapura. Tanpa melengah kami semua join lah. Alhamdulillah, Ali Imran dapat tempat ketiga weii...syukur dapat voucher hahaha. Boleh kami datang lagi!!!
tahniah ali imran
twinning with my BFF
Salam Sayang,
Kolin Zainal
selain main2 indoor tu ada juga aktivities lain..bdk2 pasti suka
ReplyDelete