Assalammualaikum semua !! Lama tak bersiaran sebab sibuk laaaa. Cehhh..kita tulis macam ramai pula baca blog kita ye. Tapi apa pun walau tak ramai, tetap ada...terima kasih yang sudi membaca ye. Walau kadang perkongsian tidak lah best sangat.
Hari rabu yang lalu, kolin terlupa nak top up stok daging salai. Eh lupa pula nak cerita. Sekarang ni kolin jadi agen jual daging salai keluaran SABAK SALAI. So, kalau korang nak stok lauk atau nak sesekali makan daging salai masak lemak cili api ker, nak jadikan rencah dalam mihun atau nasi goreng tu boleh lah roger kolin okay. Tak mahal pun, sepaket hanya RM17 sahaja. Bersekali itu kolin ke restoran mereka yang terletak di Seksyen 7 Bangi untuk dinner lah. Alang-alang dah sampai kan.
ini lah yang kolin jual tu, RM17 aje. Kalau nak boleh roger tau. Sedap tak tipuuuuu
malam gambar tak lawa sangat.....
Malam tu suami kolin order set nasi daging salai. Okay segala-gala nya okay cuma pedas hahahahah. Maklumlah laki kita bukan orang Nogori. Kalau tak pedas bukan masak lemak cili padi lah..tapi abis wei dia makan. LazaT!!!
Kolin order char kuew teow campur. Ala char kuew teow campur udang dan kerang. Okay laa...macam biasa
Alisa order mee kolok daging, ini memang kolin suka. Rindu nak makan. Masa pergi Kuching dulu asyik makan ni aje. Rasa sikit-sikit macam mee wantan atau meggi hahaha. Tapi yang ni sedap!
Secara ikhlas ianya sedap dan berbaloi. Bersekali air minuman, kami hanya bayar lebih kurang dalam RM31.50 tak silap kolin. Lagi satu restoran yang terletak di corner lot ini memang selesa. Dan paling penting pekerja dia ramah dan mesra. Kalau korang katakan lah tersesat kat sana dan lapar boleh lah singgah.
Tapi kolin teringin nak lunch sebenarnya kat situ. Katanya banyak pilihan lauk pauk kampung. Itik salai ada, udang masak lemak ada, ulam-ulaman dan paling rindu nak cuba ikan keli salai. Maklumlah kat rumah kolin semua tak makan keli. Kali ini kami dinner, insha Allah lain kali ada rezeki kita lunch okay.
Terima kasih membaca!
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you