Rumah bersepah masalah semua orang kan. Termasuk la kolin! Itu yang try nak disiplin macam mana nak biar rumah tu sentiasa kemas dan ready untuk terima tetamu.
Perkongsian di Facebook betul-betul membuka mata. Cuma kolin nak tambah aje yang setiap hari tu. Kolin hari-hari mesin baju, kena basuh dan terus sidai. Tak boleh nak tengok berlonggok-longgok. Yang lelain tu setakat ni memang tengah try.
Yang setiap hari tu kolin tambah dua tugas lagi tau, iaitu basuh baju dan sidai baju. Yang seminggu sekali tu kena semak balik hahahhaha..kadang-kadang terlepas buat laa. Bab lap barangan perhiasan tu lah. Vacum dan lap kipas memang seminggu sekali. Lap cermin tu aje, setakat nak hari raya hahaha. So kena ubah gaiisss. Malu aje tengok rumah bukan Islam lagi bersih dari rumah orang Islam. Kita kena berubah, kan nabi sayang umat yang bersih. So jom kita ubah dan didik sekali orang dalam rumah sekali. Vakum memang biasa anak lelaki kolin, basuh toilet selalu si anak perempuan. Kadang-kadang tu tukar giliran lah...supaya dah besar esok pandai buat kerja rumah kan.
Yang sebulan sekali dan 4 bulan sekali kena ikut dah senarai ni. Serius laaa..Soon bila kolin dah rajin buang barang, dah kemas mengila, confirm iolss akan share gambar rumah iolss kat uolss okay. Doakan okay, mana yang nak ikut cara ini, boleh lah ikut ye. Mana yang baik kita share, mana yang tak baik kita biarkan!!
Salam sayang & assalammualaikum,
Kolin Zainal
Good tips nie Kolin.. tapi Kak Sue tak ikut pun cara nie haa.. main bantai ja semua nak buat lepas tu penat. Lepas nie boleh lah ikut tips nie kan.. tq for sharing Cik Kolin cantik selalu..
ReplyDelete