Jenama Eversoft ini bukan lah baru pada kolin. Kalau korang semua nak tahu, kolin dari remaja diperkenalkan dengan jenama ini. Cuma kedegilan kolin masa remaja yang sukar menukar-nukar produk tu yang buat tak setia. Tapi kalau korang nak tahu, ramai sangat yang mengunakan jenama ini dan kulit wajah memang elok sangat. Nasihat kolin, kalau dah guna satu produk dan muka elok bersih tanpa jerawat dan masalah wajah lain, korang setia okay! Setia ajee...supaya kulit wajah tak rosak.
Untuk kali ini, fokus kepada pengunaan komestik. Macam pembayang mata, celak, maskara, pemerah pipi dan sebagainya sememangnya menyerlahkan lagi penampilan seseorang wanita. Tapi tahukah korang setiap bahan tu ada bahan kimia dan pewarna yang perlu dibersihkan betul-betul selepas setiap kali pengunaannya.
Seiringan dengan itu, jenama yang sudah lebih 20 tahun di pasaran. Memformulasikan dengan 100% ekstrak tumbuhan organik dan mengunakan teknologi Jepun, memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air dan tidak melekit. Ianya mengabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah yang mudah.
EVERSOFT Micellar Cleanser Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim, pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa perlu mengosok. Mampu membersihkan secara menyeluruh termasuk kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori wajah. Ada 3 variasi, rangkaian Eversoft Micellar Cleansing Water untuk disesuaikan pelbagai jenis kulit.

EVERSOFT AVOCADO MICELLAR CLEANSING WATER - UNTUK KULIT NORMAL
Jika kulit korang, normal dan kurang berminyak boleh lah gunakan yang ini. Menyuburkan an membantu mengekalkan kesimbangan kulit wajah. Ekstrak Avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E bermanafaat untuk melawan radikal bebas, pencemaran serta mengandungi ciri-ciri anti penuaan juga tau.
EVERSOFT GRAPEFRUIT MICELLAR CLEANSING WATER - UNTUK KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT
Untuk yang ada masalah kulit macam kolin ni, untuk kesan terbaik guna yang ini! Manafaat ekstrak limau gedang yang terkandung dalamnya mengurangkan minyak yang berlebihan serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ianya berupaya mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat juga.
EVERSOFT TOMATO MICELLAR CLEANSING WATER - UNTUK KULIT KERING
Untuk kulit kering, korang mesti pakai pembersih muka yang tidak mengeringkan kulit lagi tau. Yang ini tak perlu bimbang sebab ianya bebas dari astringen dan juga alkohol. Ekstrak tomato organik dapat menjaga kulit dan mencerahkan tau. 100% dari bahan organik membekalkan kulit wajah perlindungan dari sinaran matahari. Ianya pelindung kulit yang terbaik!
Rangkaian ini mula dijual di semua pasaraya pada harga RM25.90 untuk semenanjung dan RM27.20 untuk Sabah/Sarawak. Bersaiz besar 300ml cukup berbaloi. Kolin suka kalau pergi travel, nak solat basuh mekap pakai aje yang ini. Senang!!! Korang tak mau cuba ker? Pakai cotton pad terus wipe dan hilang kesan mekap! Kulit pun terjaga..tiada paraben, tiada mineral oil, tiada bahan pewangi, tiada pewarna, tiada alkohol, tiada SLS dan SLE serta tiada propylen glycol. Cuba okay..

Assalammualaikum,
- Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you