Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

LITTLE RARA THAI BOAT NOODLE, KUALA LUMPUR

Assalammualaikum korang. Kali ini kolin nak kongsi satu tempat makan yang kolin rasa boleh lah korang nak cuba kalau ke KL. Agak penuh juga meja masa kolin pergi tu, rasanya tempat ini dah femes di tiktok dan media sosial juga.

LITTLE RARA THAI BOAT NOODLE

Sesiapa yang nak mengimbau makan di hatyai Thailand tu boleh la ke sini. Boleh lah buat hilang rasa teringin tu.

PELEMBAP MUKA/MOISTURIZER TERBAIK 2024 - Jenis Water Based Berkesan untuk Kulit Kering & Makeup Glowing Tahan Lama

Pelembap muka atau moisturizer yang ini memang sesuai sangan dengan kolin. HANSAEGEE NATURE AQUA WHITENING CREAM ini memberikan ketenangan pada kita sendiri tau. Maksudnya macam kolin yang mempunyai masalah kulit dengan jerawat, jeragat, kulit kering dan ada penuaan awal memang mencari-cari solusi kepada masalah ini. Syukur sekarang kolin dah guna Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini selama dua (2) minggu dan kesan dia sangat positif. Bekas comel aje, kalau nak bawa travel pun senang. 


Aqua Cream adalah moisturizer water base. Caranya ambil sedikit amaun krim dan sapu-sapu dalam beberapa saat 'water drop'(bintik-bintik air) akan muncul. Itulah maksud "moisturizer water based". Disebabkan itu kalau korang guna Aqua Cream ini sebagai pelembap muka ianya mampu memberikan kelembapan pada wajah sepanjang hari.

HAPPY BIRTHDAY BESTIE !

Assalammualaikum semua

Selamat hari lahir buat bestie, Kamilah pada 6 Jan yang lalu. Rasanya kolin hutang dia kek dan kopi lagi. Sebab masa birthday dia hari tu belanja makan lunch tapi tak tiup lilin lagi. 

Kali ini kami lunch di Kelana Seafood di PKNS Shah Alam. Restoran ini agak lenggang waktu lunch di hari Jumaat. Mungkin tak ramai tahu sini menyediakan lunch kut.  

sebenarnya suka juga bila tempat makan tengahari tenang tak ramai orang. Pemandangan tasik shah alam pun tenang aje. 

D'BUKIT FOREST

Assalammualaikum

Menyambut kelahiran anak sulung kolin kali ini di D'BUKIT FOREST yang terletak di Daerah Kundur, Negeri Sembilan. 

Macam mana kolin tahu pasal tempat ini melalui Agoda lah. Sebenarnya hari sabtu & ahad Krismas tu ada kenduri di Negeri Sembilan. Jadinya nak menyenangkan, kami booking 1 malam. Senang tak berulang balik dari KL ke Seremban. Birthday Imran pula jatuh pada 26 Disember :)

D'Bukit Forest ini hanya ada 7 chalet dan harga yang ditawarkan tidak ada sarapan pagi. Buat kolin sekeluarga yang semua anak dah remaja, sesuai. Cuma tuk warga emas yang ada masalah lutut atau berjalan, kalau boleh tak payah lah. Sebab tak sesuai. 

 

TIPS SENANG MENABUNG

 Assalammualaikum semua :)

Yuk semangat semua menabung tuk 2024. Kolin dah mula tabung RM1 sehari ini dari 2022. Kalau mana yang sukar nak menabung apa kata korang mulakan dengan jumlah kecil macam ini. 

Hakikat kolin ada lah menabung jumlah lain, tapi nak kongsi biarlah yang kecil agar korang yang datang baca blog kolin ini rasa tak terbeban menabung.


LUNCH DATE - HOMETOWN HAINAN COFFEE, QUILL CITY MALL KL

Assalammualaikum korang

Beberapa bulan lepas baru lah kolin dapat bersua dengan kawan lama ni. Maklumlah masing-masing nama sahaja duduk KL tapi busy kalah menteri sukan hahaha.

Nak lunch date kat Quill City Mall, kami memilih Hometown Hainan Coffee untuk makan tengahari. 

Suasana kat sini cantik juga, yang best orang tak berapa padat. Nak makan dan borak tu memang seronok.

SHOPPING RM100 DI GUARDIAN MALAYSIA DAPAT CERAMIC CASSEROLE PERCUMA !

Korang...sorry tau. Update story PERCUMA ni lambat hahah. Tapi kat sosmed kolin dah berkongsi dah. Harap ada yang sempat grab kempen kat Guardian tu. 

SHOPPING RM100 DI GUARDIAN MALAYSIA DAPAT CERAMIC CASSEROLE PERCUMA !


Saja nak tayang kat korang yang kolin dah dapatkan kedua-dua mangkuk ceramic casserole ini dari Guardian Malaysia. Comel sangat!