Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

LUNCH DATE - HOMETOWN HAINAN COFFEE, QUILL CITY MALL KL

Assalammualaikum korang

Beberapa bulan lepas baru lah kolin dapat bersua dengan kawan lama ni. Maklumlah masing-masing nama sahaja duduk KL tapi busy kalah menteri sukan hahaha.

Nak lunch date kat Quill City Mall, kami memilih Hometown Hainan Coffee untuk makan tengahari. 

Suasana kat sini cantik juga, yang best orang tak berapa padat. Nak makan dan borak tu memang seronok.


Kolin memilih untuk makan Char Kuey Teow dan kawan kolin makan mihun kari kut, lupa pula nak snap gambar menu tu nama apa.


Air pula dedua minum air mineral hahha. Memang sejenis tak minat manis-manis.

Jujur, sedap lah kuew teow dia. Kolin makan sampai licin, suka! Yang kawan kolin makan tu, kolin tak try pun. Sejenis tak suka hidangan berkuah macam tu. Lagipun kolin tak tahan makan tomyam atau pedas-pedas tu. 

Bil pun oklah, tak pricey sangat harganya. Rasanya kalau sesekali melepak dengan kawan boleh lah ke sini.


Inilah kawan kolin dari UiTM, tak silap dari tahun 2000 ke 2001. Kami sebaya tapi dia senior 1 semester dari kolin.

Kami duk sebilik, bergaduh baik balik, baik balik ..bergaduh hahaha. Biasalah kawan kan.

Tapi untuk 2024 kolin harap kami berdua sentiasa saling menyayangi dan mendoakan satu sama lain. Sayang sampai mati!!

I can't wait for next trip with you soon. Nanti kita dating lagi okay.


 

6 comments:

  1. Pernah makan kuey teow goreng dua kali di Hometown Hainan Coffee tapi di KLIA2. Memang sedap!

    ReplyDelete
  2. mini RU ke tu :) ,mee kari dia mengancam juga nampaknya ..

    ReplyDelete
  3. yang i makan tu prawn meehun... thanks for your time ya...insyaAllah 2024 ni we will see each other more often. I LOVE YOU MANY MANYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY

    ReplyDelete
  4. waduhhh i kenot say no to k.teowwwww nyummmmmm hehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah rezeki makan sedap2..

    ReplyDelete

loving me..loving you