Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

D'BUKIT FOREST

Assalammualaikum

Menyambut kelahiran anak sulung kolin kali ini di D'BUKIT FOREST yang terletak di Daerah Kundur, Negeri Sembilan. 

Macam mana kolin tahu pasal tempat ini melalui Agoda lah. Sebenarnya hari sabtu & ahad Krismas tu ada kenduri di Negeri Sembilan. Jadinya nak menyenangkan, kami booking 1 malam. Senang tak berulang balik dari KL ke Seremban. Birthday Imran pula jatuh pada 26 Disember :)

D'Bukit Forest ini hanya ada 7 chalet dan harga yang ditawarkan tidak ada sarapan pagi. Buat kolin sekeluarga yang semua anak dah remaja, sesuai. Cuma tuk warga emas yang ada masalah lutut atau berjalan, kalau boleh tak payah lah. Sebab tak sesuai. 

 

Walaubagaimana pun tempat dia memang cantik dan tenang aje. 

Masa sampai tu, kolin di jemput oleh pekerja mereka. So selepas tunjuk invoice yang telah dibayar melalui Agoda Online. Kolin masih diminta RM50 untuk deposit pembersihan (bab ni rasa macam  - kenapa Hotel & Resort Malaysia masih mengenakan deposit ini?)

Diberi kunci, remote aircond kami dapat lah Chalet Acu yang terletak betul-betul depan kolam. Cantik susunan chalet semua. Ada nama abah, mak, along, alang, acu dan lain-lain tak ingat. Surau pun ada juga ya. 

Inilah chalet kolin CHALET ACU. Naik tangga lah sikit. Tuk orang muda okay, tapi mama kolin selepas naik tak keluar mana dah hahaha. Tinggi juga tangga besi dan kayu tu.

ni lah jalan ke chalet lain, semua ada laluan besi ni. kat sini ayam tiruK lalu lalang. Alah ayam yang bunyi kluk kluk tu hahaha
 

 

Dalam chalet ada 1 katil queen, ni kolin booking tuk 4 pax tau. Tambah satu pax lagi bayar RM25.

Dia bagi satu tilam single dan juga toto. Tapi kolin bawa tilam angin saiz queen. So bersusun la tuk malam tidur. Semalam sahaja kan, ok lah. 

Bilik air selesa, siap tuala, peti sejuk kecik dan juga kettle nak masak air panas.

Kat tingkap ni lah mama kolin melepak makan buah sambil tengok cucu mandi kolam.

inilah view dari tingkat bilik

 


AKTIVITI DI D'BUKIT FOREST

Mandi Kolam Renang

Antara aktiviti yang sekeluarga boleh buat mandi kolam. Air kolam tu dari sungai kut, atau mata air. Sejuk, sedap badan mandi tau.

Memancing 'catch & release'

Kalau nak memancing pun boleh. Sewa pancing dan beli umpan dari pekerja mereka. Tapi 'catch & release' sahaja rasanya. Kalau nak bawa balik ada caj juga, kena tanya lah. 

Banyak juga ikan imran dapat. Ikan patin besar wei..lupa tangkap gambar. Macam-macam ikan ada. Rupanya owner pun tak tahu, dia sendiri terkejut hahahha

Naik ATV

ada juga atv kat sini ronda-ronda kampung. Caj kolin tak pasti, tapi pagi tu memang nampak ada yang sewa. 

BBQ

Sebenarnya sini boleh bbq di ruang cafe mereka. Kalau korang buat family day kat sini boleh lah sewa

Itu sahaja yang kolin nampak lah. Selain itu boleh semak di laman media sosial mereka, lebih detail.

Kekurangan kat D'Bukit Forest

Untuk makanan ringan beli siap-siap okay. Sini tiada kedai. So kalau nak beli air kotak, biskut, roti dan lain-lain sila beli dengan kadar cukup untuk trip korang. Nak keluar makan masa 3 ke 5 minit juga. Jalan sempit. 

Makan malam tu kolin tapau dari Wariqh Salai. Keluar dari kampung tu memang banyak restoran. So tapau sahajalah, pinggan mangkuk kolin pinjam dari cafe mereka. Sebab beli nasi putih dan lauk-pauk kan. Kat D'Bukit Forest tak ada menu yang korang boleh order kalau lapar malam-malam.

Itu sahaja pada kolin lah, bab makan. Selain itu, semua okay. So ini pengalaman kolin peribadi kat D'Bukit Forest.

 Terima kasih baca blog kolin ya.


 


4 comments:

  1. Menarik..first time tau ni kat area tu ada tempat healing best..bleh la ajak suami SA lepak sini..

    ReplyDelete
  2. Dok usha2 blog kolin pergi D'Bukit Forest ni, teringin nak pergi, menarik!!!

    ReplyDelete

loving me..loving you