Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PELEMBAP MUKA/MOISTURIZER TERBAIK 2024 - Jenis Water Based Berkesan untuk Kulit Kering & Makeup Glowing Tahan Lama

Pelembap muka atau moisturizer yang ini memang sesuai sangan dengan kolin. HANSAEGEE NATURE AQUA WHITENING CREAM ini memberikan ketenangan pada kita sendiri tau. Maksudnya macam kolin yang mempunyai masalah kulit dengan jerawat, jeragat, kulit kering dan ada penuaan awal memang mencari-cari solusi kepada masalah ini. Syukur sekarang kolin dah guna Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini selama dua (2) minggu dan kesan dia sangat positif. Bekas comel aje, kalau nak bawa travel pun senang. 


Aqua Cream adalah moisturizer water base. Caranya ambil sedikit amaun krim dan sapu-sapu dalam beberapa saat 'water drop'(bintik-bintik air) akan muncul. Itulah maksud "moisturizer water based". Disebabkan itu kalau korang guna Aqua Cream ini sebagai pelembap muka ianya mampu memberikan kelembapan pada wajah sepanjang hari.

 

KELEBIHAN MOISTURIZER AQUA WHITENING CREAM

1. Moisturizer Water Based

Buat pengetahuan korang moisturizer water based dari Hansaegee Nature mampu merawat kesan selar matahari atau kesan kemerahan pada wajah akibat aktiviti seharian kita sendiri. Sesiapa yang selalu banyak kerja di luar, terasa muka macam kering, terkena 'sun burn' wajib cuba Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Moisturizer terbaik setakat ini yang pernah kolin guna. Memberikan kelembapan secara instant! Ianya juga krim malam terbaik tau. 


2. Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak

Bagi kulit berminyak macam kolin, sudah pasti takut kalau-kalau pelembap yang nak digunakan menambahkan lagi berminyak lagi kulit kita. Akan tetapi kejadian ini tidak berlaku kalau kita guna pelembap muka Aqua Whitening Cream. Ianya sangat cepat diserap dan tidak melekit langsung. Muka terus tampil segar dalam masa yang lama dan ianya dapat mengatasi masalah kulit berminyak juga tau. Masa serapan yang cepat memang membantu untuk cepat bersiap bila keluar pergi kerja setiap hari. Memudahkan!

 

3. Make up Base

Cara makeup tahan lama dan tidak 'crack' adalah dengan mengunakan pelembap muka. Maksudnya kita kena prepare muka kita untuk bermekap. Dan jangan lupa 'primer' juga penting sebelum bermekap. Untik itu, guna sahaja moisturizer terbaik Aqua Cream ini. Sapukan rata-rata di selurush wajah korang untuk dapatkan makeup base terbaik. Disebabkan kelembapan yang tinggi dari Aqua Cream, makeup jadi lebih 'pigmented' dan tidak bercapuk. Ianya melembabkan muka dan bertindak juga sebagai primer terbaik. Jika nak makeup korang tahan lebih lama, moisturizing dan nampak lebih 'glow', tips dia senang aje - HANSAEGEE NATURE AQUA WHITENING CREAM


4. Tekstur yang ringan 

Disebabkan moisturizer water based ini memberikan kadar serapan yang cepat, ianya mampu meresap ke dalam kulit dengan baik dan cepat. Ianya dibantu dengan keadaan krim yang mempunyai tekstur yang sangat ringan. Korang jangan risau okay, pori-pori tidak akan tersumbat dan ianya sangat moisturizing. So tak akan timbul masalah seperti jerawat pun. Yang risau kalau krim tu 'clog porse' selepas itu masalah jerawat pula. Yang ini TIDAK MEMBUATKAN PORI TERSUMBAT, sangat ringan dan serapan krim sangat pantas!


BAHAN-BAHAN DALAM MOISTURIZER TERBAIK AQUA WHITENING CREAM

Dirumus dari herba yang terpilih itu yang memberikan kesan kulit lembut, lembab dan membantu masalah wajah dari dalam, totally moisturizing!

Ada 'Camelia Japonica Seed Oil', non comedogenic, tidak akan membuatkan liang pori tersumbat, tidak akan menyebabkan kulit berjerawat, membantu masalah kulit kering & kulit kusam juga. 

Malah kalau korang baru balik dari trip ulau dan kena 'sun burn' boleh sapu krim ini tau. Memang rasa selesa dan tak lah muka tu terbakar kemerahan lama, cepat baik. 

Lagi power ada Niacinamide yang boleh melembapkan kulit, membantu mencerahkan tona kulit wajah dan mengawal sebum berlebihan keluar dari kulit muka serta mengecilkan pori besar. 

CARA PAKAI MOISTURIZER YANG BETUL 

Ambil krim pada amaun yang sesuai, oleskan pada wajah kita. Dan sapu rata-rata secara perlahan-lahan tuk bagi krim tu meresap masuk ke dalam wajah. Selepas korang sapu tu, memang boleh nampak 'water drop' muncul tau. Inilah keistimewaan krim ini, dia water based dan tidak berminyak. Selepas itu, korang boleh tap-tap serata wajah dengan lembut untuk memastikan seluruh wajah kita mendapat kebaikan krim moisturier water based. 

Kolin suka pakai 2 kali sehari, selepas cuci muka dengan cleanser. Muka terus rasa 'fresh' bila apply pelembap muka terbaik ini dan paling bagus untuk cuaca panas. Sebelum keluar rumah tu, kolin pastikan dah siap sapu moisturizer Hansaegee Nature terus. Lagi satu kolin dah mula ada tanda penuaan atau kedutan awal, sejak guna pelembap muka ini kolin perasan garis-garis kedutan halus mula samar dan pudar, kulit kusam pun tiada lagi. Hebat kan!

KOLIN REVIEW SELEPAS 2 MINGGU

Konsisten pengunaan pagi dan malam memberikan kesan lembapan menyeluruh pada kulit itu yang buat kolin suka sangat. Maklumlah masalah kulit kering dan kusam disebabkan usia yang makin meninkat. Lagipun memang selalu terdedah kepada cahaya matahari, tambahan pula setiap minggu ada kenduri kan. Tapi sejak mengunakan Aqua Cream yang memberikan lembapan yang tinggi, buat muka lebih berseri-seri walau panas makan kenduri. Muka tetap glow dan makeup on point aje, tak bercapuk lagi. 


Untuk korang  yng selalu sertai run atau larian sesuai gunakan krim ini juga. Orang perempuna boleh guna, lelaki pun boleh guna, unisex kiranya. Pakai pun tak banyak sangat, boleh tahan dalam 1 ke 2 bulan terpulang pada cara pengunaan. Pendek cerita krim ini boleh pakai siang dan malam. So pakai 1 krim sahaja dah jimat!!

Lebih informasi mengenai HANSAEGEE NATURE AQUA WHITENING CREAM boleh klik di bawah okay.


Hansaegee Nature

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtubepage: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

 


 


 


2 comments:

  1. kita pun pakai jugak... kulit nampak lebih fresh!

    ReplyDelete
  2. Suka lah packaging dia! Suka sangat moisturizer water-based!

    ReplyDelete

loving me..loving you