Assalammualaikum semua
Selamat hari lahir buat bestie, Kamilah pada 6 Jan yang lalu. Rasanya kolin hutang dia kek dan kopi lagi. Sebab masa birthday dia hari tu belanja makan lunch tapi tak tiup lilin lagi.
Kali ini kami lunch di Kelana Seafood di PKNS Shah Alam. Restoran ini agak lenggang waktu lunch di hari Jumaat. Mungkin tak ramai tahu sini menyediakan lunch kut.
sebenarnya suka juga bila tempat makan tengahari tenang tak ramai orang. Pemandangan tasik shah alam pun tenang aje.
Dekat pula dengan masjid negeri Shah Alam. Memang terbaik buat kami berdua lunch kat sini.
Menu yang kami order
Kamilah order Ying Yong Noodle. Presentation dia WOW sangat dengan keliling suhun goreng tu. Macam kelopak 'spider web' pun ada juga.Kolin order nasi goreng seafood. Sedap juga nasi goreng dia tau.
Untuk minuman kamilah order kedondong asam boi dan kolin macam biasa air kosong.
jom ler bersantap bersama birthday girl. Seronok makan dengan aman kat sini. Rasanya boleh jadi tempat lepak lunch jumaat untuk kami relak-relak dari ke mall bersesak tu kan.
Harga untuk semua yang kami order tak lebih RM50 pun. Nah dia bil kami tuk lunch
Dan ada bad news! Kelana Seafood dah ditutup secara rasmi setelah 2 tahun beroperasi. Maknanya last lah kami melepak 5 Januari yang lalu.
Ianya di kongsikan sendiri di laman media sosial mereka sendiri. Setelah 2 tahun menamatkan perkhidmatan. Semoga baik-baik sahaja buat pihak pengurusan. Terima kasih buat hidangan sedap-sedap setiap kali makan kat sini
Sayorana SACC Kelana Seafood
ler dh tutup ye...tktau pn tmpt ni ...cold water rm 5..oh mcm 1 jug gitu ye
ReplyDeleteKenapa tutup? Baru 2 tahun tu.
ReplyDeleteYing Yong Noodle tu memang menarik. Teringin nak cuba.
La kenapa tutup tu. Best apa makan kat tepi tasik gitu.
ReplyDeletesayangnya dah tutup... harap ada yang baru sebagai gantinya hihii
ReplyDelete