Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TIPS SENANG MENABUNG

 Assalammualaikum semua :)

Yuk semangat semua menabung tuk 2024. Kolin dah mula tabung RM1 sehari ini dari 2022. Kalau mana yang sukar nak menabung apa kata korang mulakan dengan jumlah kecil macam ini. 

Hakikat kolin ada lah menabung jumlah lain, tapi nak kongsi biarlah yang kecil agar korang yang datang baca blog kolin ini rasa tak terbeban menabung.


kalau korang nak tahu, nampak macam jumlah kecil aje kan. Tapi boleh la buat pergi holiday sekeluarga dekat-dekat pun jadilah.

RM365 tu boleh booking hotel atau homestay buat sekeluarga dan tinggal bajet makan minum, minyak dan tol. Rasanya tak lah beban kalau ahli keluarga kita ramai. 

Satu lagi duit masa 2022  memang kolin dah guna tuk holiday. Manakala RM365 untuk tahun 2023, kolin top up bagi yuran mengambil lesen memandu anak bujang kolin. Tidak lah rasa teruk sangat sebab dah separuh kos yuran di tampung oleh simpanan sendiri. 

Satu lagi tabung yang kolin teruja sangat nak buka ialah 'tabung suka suki'. Tabung tu kolin beli kat ecoshop dan memang kalau nak buka kena buka macam tin susu. 

Jumlah pula suka suki kolin masukkan. Bila ada rezeki kadang masuk RM100, RM50, RM10, RM20, RM5 ataupun RM1. Tak kisah ikut apa yang kolin mampu jimat dalam masa seminggu. 

Kalau minggu tu puasa, isi minyak dan tol sahaja, memang duit makan kolin masuk tabung suka suki tu. 

Harap bila buka tabung tu nanti, jumlahnya mampu buat kolin bayar semua hutang hahahah. Berangan kan percuma sis!

Kolin harap kalau ada pelajar/student yang baca pun, amalkan menabung dik. Seminggu RM1 pun tak apa. Menabung aje, percayalah kehidupan korang yang susah akan berubah. 

Jangan lupa juga wujudkan tabung sedekah subuh tau. Lepas solat masuk 10sen pun tak apa. Jumaat nanti masukkan semua dalam tabung surau atau  masjid. Tuhan tahu :)

Jom 2024 baru hari ke-8, sempat lagi kalau nak menabung tau. 

Kita cuba sesama okay!!

Tips senang menabung dari kolin tuk uolss...take care.

 

 

 

 

2 comments:

  1. Salam kenal kak. Cuya first time singgah sini. Cuya follow ya!

    ReplyDelete
  2. selamat menabung...salam kenal..

    done follow as Ain Farhana

    ReplyDelete

loving me..loving you