Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

LITTLE RARA THAI BOAT NOODLE, KUALA LUMPUR

Assalammualaikum korang. Kali ini kolin nak kongsi satu tempat makan yang kolin rasa boleh lah korang nak cuba kalau ke KL. Agak penuh juga meja masa kolin pergi tu, rasanya tempat ini dah femes di tiktok dan media sosial juga.

LITTLE RARA THAI BOAT NOODLE

Sesiapa yang nak mengimbau makan di hatyai Thailand tu boleh la ke sini. Boleh lah buat hilang rasa teringin tu.

Kedai ini terletak sebelah aje dengan Nasi Kandar Kudu. Kalau korang selalu makan kat sini parking memang agak susah. Disebabkan kolin pergi malam minggu dan larut malam, parking sahaja tepi jalan. 

Malam tu kolin dah suami order Nasi Kad Pra Pau Daging dan Seafood. Harga tak ingat, lupa pula nak snap harga. Tapi yang kolin ingat, portion nasi ni kecil.




Kepada yang jenis makan banyak memang tak cukup. Sebab husband kolin kata tak cukup hahahaha. So kalau nak try boleh lah. 

Anak kolin tak mahu makan thai food. So dia order pizza dari kedai sebelah. Ting Tong Pizza!


Harga ok, pizza pun sedap. Ramai juga yang datang untuk makan pizza daripada thai food tu. So boleh cuba lah korang ek.

Harganya kalau tak silap kolin dalam RM35 ke RM40. Tak ingat pula. 

Untuk minuman pula, kolin pilih Green Tea Ice.


Dan satu lagi minuman ni kolin lupa lah. Tapi menarik untuk korang cuba juga. 

REVIEW

Pada kolin makanan dia sedap, nasi sedikit pedas buat kolin. Sebab kolin sendiri tak tahan pedas haha. 

Pizza dia suka sangat, sedap!! cukup lah segala cheese. Cuma bab portion nasi tu rasa sikit lah. So sesiapa 'big eater' kena order menu lain tuk tambah. Mungkin next round kolin boleh try noodle dia pula. Ini post ikhlas ya, semoga buat kaki hunting makan di KL boleh terjah sendiri. See you!

LITTLE RARA THAI BOAT NOODLE, KUALA LUMPUR 


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you