PELAJAR MALAYSIA BERSAING UNTUK KEPUJIAN TERTINGGI DALAM PERTANDINGAN MEMASAK MENGUNAKAN PRODUK HALAL DARI TAIWAN
Berikutan sambutan yang mengalakkan terhadap Pertandingan Memasak Halal Taiwan tahun lepas, Majlis Pembangunan Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) telah ditugaskan oleh Biro Perdagangan Luar Taiwan untuk menganjurkan Pertandingan Masakan Halal Taiwan yang ke 2 semasa Taiwan Expo 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pertandingan memasak tahun ini diadakan pada 26 Ogos 2023 yang lalu dan penganjur telah meningkatkan cabaran dengan menawarkan pelbagai bahan baru. Pada tahun sebelumnya pertandingan memberi tumpuan kepada pengunaan dating tumbuhan halal sebagai bahan utama, bagi tahun ini pengajur telah menyediakan rangkaian makanan yang lebih luas. Rangkaian bahan yang lebih luas ini memberikan lebih banyak peluang kepada peserta untuk meneroka pengunaan produk halal Taiwan dalam mencipta rasa menarik yang berbeza dan mempromosikan makanan Taiwan berkualiti tinggi kepada lebih ramai penguna di Malaysia.