Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

ODEN DI FAMILY MART SEDAP, BUAT SENDIRI KAT RUMAH PUN SEDAP JUGA

Hey peminat oden..kita memang geng. Dulu masa memula kenal oden di family mart kerap tau pergi beli. Disebabkan buka 24 jam, jam 2 pagi pun pergi tapau, punya lah craving. 

Tapi lelama, kopak juga sebab harga agak mahal. Kalau satu family 4 orang belanja besar dan satu lagi tak boleh top up makan. Ramai juga dah jual pes oden online, tapi kolin belum pernah try lagi. Nanti nak cuba satu yang viral tu. Tapi sebelum tu, kita cipta sendiri oden di rumah. Cerita nya dari lunch sampai ke dinner kami sekeluarga ber oden atau stimbot.



PES UNTUK KUAH ODEN KAT RUMAH:

2 paket tomyam pes adabi

2 paket asam pedas pes adabi

2 kiub ayam

1 sudu gula

Itu sahaja yang digunakan. Letak air secukupnya, masuk semua pes dan biarkan mendidih. Wangi memang semerbak. Bahan pun beli yang simple sahaja. Banyak kepada bahan segar, kalau bebola tu kan proses food. Ada juga, tapi saja tambah daging, ayam, sotong dan udang. Sayur lebihkan tau, memang sedap sangat.




Lebih baik kalau kat rumah nak bagi kenyang beli mee oden tu. Ada dijual di 99 speedmart harga RM1.50 sahaja. Sebabnya kalau tak karang tak kenyang. So sambil ber oden atau stimbot tu kena ada 1 bahan yang mengenyangkan.





SEDAP LAGI BUAT SENDIRI

bab tu terpulang lah kepada selera memasing. Tapi seronok lah sekali sekala duk berkumpul makan macam ni. Kalau selalu jenuh juga.

Pada yang malas, boleh lah beli pes siap tu, viral dah pun. Mana yang nak explore cipta kuah oden sendiri, boleh try macam kolin

Sesapa malas tuuuu, pi aje beli kat family mart okay :)

KENAPA KITA SEMUA KENA PAKAI KRIM PELINDUNG MATAHARI ATAU SUNSCREEN

Assalammualaikum semua

Jujur kolin cakap ni...kolin mula ada kesedaran tahun 2020. Lepas pakai baru perasan kulit muka makin elok. Pori pori muka pun makin mengecil. Muka lagi lah naik glow. Rupanya silap kolin tak pakai sunscreen. Rugi!


Ini yang kolin pernah pakai setakat ni. Jenama guardian memang tak mengecewakan. Senang aje nak amalkan korang, buh dalam beg. Masa pagi nak pergi kerja, panaskan enjin kereta kan, terus sapu sunscreen sesiap. Sebelum pakai make up. Sama juga lepas zuhur, sapu dulu baru mekap balik. Korang akan perasan jerawat mula kurang, dark spot pudar. Pepori mengecil dan mula tambah glow.

Yang face republic tu best juga tau. Effect muka macam mirror skin laaa lepas sapu. Yang itu selalu kalau duduk rumah atau nak berjalan kolin pakai. Sebab yang tu tinggal kat meja solek. Jadi kalau tak kerja, lepas subuh tu sapu terus. Simple aje wei, dah 3 bulan kolin amal memang best jaga muka dengan sunscreen ni.

Kolin bukan pakar, tapi kalau korang search memang 100% pakar dermatologist suruh pakai spf kat muka. Boleh kontrol kedut dan tak la muka tu cepat tua. Tak nak mekap tak mengapa, tapi pastikan korang pakai spf tu. Penting sangat...sebab boleh avoid kanser kulit juga.

KENAPA PERLU PAKAI SUNSCREEN?

Sumber Hijabnista

1. Elak kulit nampak kusam, tak bermaya, gelap atau pun burn
2. Elak kulit berkedut dan cepat nampak tua.
3. Elak ada pigmentasi/jeragat – Kebanyakan punca utama jeragat, sebab tak pakai sunscreen.
4. Mencegah daripada penyakit kanser kulit.

Tidak perlu pakai sunscreen pada waktu malam. Jika di rumah, perlu tak pakai sunscreen?Mesti ramai yang tertanya-tanya.

1. Tak perlu pakai sunscreen kalau duduk di rumah yang tak buka langsung pintu dan tingkap, ataupun bangunan yang tak masuk cahaya matahari langsung. Kiranya langsir pun tak buka, bergelap gelita dan harapkan lampu sahaja daripada pagi sampai malam. Cahaya matahari pun tak nampak. Jadi tak perlu pakai sunscreen pun tak apa sebab kulit tak kena cahaya matahari langsung.

2. Perlu pakai sunscreen kalau duduk di rumah tapi buka tingkap, cahaya matahari masuk dan tingkap tak ada perlindungan daripada UV. Kalau tak nak pakai sunscreen, moisturizer with SPF15-30 should be enough.

3. Perlu pakai sunscreen kalau di duduk rumah, tapi keluar sekejap-sekejap untuk jemur kain, abang pos laju datang hantar barang ke ataupun keluar siram pokok. Bila keluar rumah walaupun sekejap, kulit kita terdedah dengan matahari. Jadi, kita perlulah pakai sunscreen. Untuk daily use, SPF30 should be enough tapi make sure pakai yang secukupnya.

Kesimpulannya, lebih elok pakai sunscreen untuk melindungi kulit daripada selaan cahaya matahari. Oleskan sunscreen setiap dua jam, terutama jika memiliki kulit sensitif.

So korang jadikan tips ni amalan harian ye. Yang dah masuk 4 series macam kolin ni kena pakai. Yang muda kalau belum mula, kena pakai. Rugi tak mula dari awal, rugi sangat.

Esok pagi sebelum pi kerja jangan lupa oles sunscreen okay..take care gais

Hospital Pantai Kuala Lumpur sumbang RM60,000 untuk kanser payudara

Dana untuk menyediakan payudara tiruan dan baju dalam khas untuk 

golongan kurang bernasib baik.



KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2020 - Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) menerusi 

inisiatif tahunan kanser payudaranya, Kempen Wear It Pink menyumbang RM60,000 

kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Kebajikan Kanser 

Payudara Malaysia. Sejak dilancarkan pada tahun 2006, kempen tersebut telah memainkan 

peranan besar dengan menyokong pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran umum 

dan mengumpul dana untuk kanser payudara termasuklah Pink October Walk, Sidang 

Kesihatan, Program Kebajikan Minum Petang dan lain-lain. 



“Pada masa sekarang dengan penularan wabak COVID-19, kita perlu memberi perhatian 

yang lebih kepada pejuang kanser kita. Pesakit kanser mempunyai sistem pertahanan 

badan yang rendah berikutan rawatan yang diterima dalam usaha untuk mengawal sel 

kanser tersebut. Kami perlu memastikan pesakit kanser tersebut masih boleh datang ke 

Pusat Penjagaan Payudara untuk mendapatkan rawatan dan bantuan,” kata Erica Lam, 

Ketua Pegawai Eksekutif, PHKL. “Sumbangan ini boleh memberikan impak positif dalam 

kehidupan pejuang kanser tersebut dan kami di PHKL berikrar terus memainkan peranan 

aktif untuk membantu mereka sebaik mungkin”. 

Dr. Saladina


Bagi Edisi 2020 Kempen Wear It Pink, PHKL telah menjual lebih daripada 1,500 kotak 

pelitup muka edisi khas berwarna merah jambu untuk mengumpul sumbangan. “Kami mahu 

selepas pejuang kanser ini menjalani pembedahan payudara, mereka masih berasa kembali 

pada sedia kala. Seolah-olah tiada apa-apa yang berubah pada tubuh mereka seperti 

sebelum dibedah. Kami berharap baju dalam khas dan payudara tiruan ini dapat membantu 

proses pemulihan mereka. Kami amat berterima kasih kepada PHKL dan orang awam yang 

banyak menyumbang untuk tujuan ini,” kata Dr. Saladina Jaszle Jasmin, Perunding 

Pembedahan Payudara dan Endokrin, PHKL yang juga merupakan pengerusi kempen 

kanser payudara di hospital tersebut tahun ini. 

Bercerita lebih lanjut tentang kanser payudara, Lam mengucapkan tahniah kepada pasukan 

penyelidikan klinikal PHKL yang diketuai oleh Dr. Mastura Md. Yusof atas kejayaan mereka 

menjalankan ujian imunoterapi ke atas Kanser Payudara Negatif  Tiga Negative (Triple 

Negative Breast Cancer atau TNBC). TNBC metastatik adalah jenis kanser paling agresif 

yang mengakibatkan kadar kematian tinggi dalam kalangan pesakit muda. Pasukan 

penyelidikan Dr. Mastua merupakan antara pasukan dari 29 buah negara yang menilai 

keberkesanan dan keselamatan ubat imunoterapi yang dipanggil pembrolizumab. Ubat ini 

digabungkan dengan salah satu daripada tiga jenis kemoterapi lazim yang digunakan untuk merawat TNBC berulang, tidak boleh dibedah atau metastatik yang tidak dapat 

disembuhkan menggunakan kemoterapi dalam suasana metastatik. 

Manuskrip lengkap yang memperincikan keputusan positif daripada penyelidikan 

KEYNOTE-355 tersebut akan diterbitkan dalam jurnal Lancet, iaitu salah satu daripada 

jurnal perubatan yang terkemuka tidak lama lagi. 

Sepanjang bulan Oktober Merah Jambu, PHKL akan diterangi lampu berwarna merah jambu 

yang boleh dilihat dari luar premis untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia 

mendapatkan ujian saringan kesihatan payudara untuk pengesanan awal. Pakej istimewa 

ultra bunyi dan mamogram juga ditawarkan hingga bulan Disember 2020.

TIPS UNTUK ATASI BIBIR KERING

BIBIR, aset paling penting bagi kolin. Aset ini kalau hitam, kusam, tak menarik, senyum lah macam mana pun memang tak boleh blah. Perkara pertama senyuman kita, so kalau nak senyum kena pastikan korang jaga bibir korang semua secara sihat. 

Bibir adalah satu part bahagian muka yang tiada masalah jerawat tau. Tapi kena tahu ianya akan ada masa kering!!! Bila kering memang jenuh lah berkeping-keping aje. Kena singkir kulit mati kawasan bibir. Tapi siapa sahaja yang ada kesedaran kan. Kolin dulu pun tak ada kesedaran yang skrub bibir tu penting. And now, dah ada kesedaran. 

Meminati lipmatte atau lipstik yang stay 16 jam sehingga 20 jam kat bibir memang satu bahana. Memang lipmatte ini tahan lama kat bibir, kalau korang makan, minum atau apa sahaja, elok terletak. Tapi buat bibir hitam, lebam dan kusam. Haaaa tak tahu kan. 

Buat yang kunun tak mahu pakai lipstik tu, kena skrub juga. Sebab kecantikkan bibir korang akan terserlah pink sihat sebab skrub bibir. Exfoliate atau pengelupasan sangat penting. 

www.instagram.com/cekkolinofficial


Kolin copy paste dari sini  TIPS JAGA BIBIR

 

Tip Mengatasi Kekeringan

Perubahan cuaca, musim serta beberapa tabiat akan sering membuatkan kulit kering, terutamanya pada bahagian bibir. Kini, masalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan beberapa tip berikut:

1. Jangan jilat 

Anda mungkin selalu membasahkannya dengan air liur dengan harapan ia membantu mengatasi masalah kekeringan yang anda hadapi. Tindakan ini sebaliknya membuatkan ia menjadi lebih kering. Air liur mengandungi asid yang merengsakan. Tambahan pula, menjilatnya secara berterusan boleh menjadikannya lebih kering.

2. Gunakan balsem

Balsem bibir membantu memberikan kelembapan padanya. Selain menggunakannya ketika di luar rumah, anda juga boleh menggunakannya sebelum mencuci muka kerana pencuci muka anda mungkin boleh mengeringkannya.

3. Minum banyak air

Salah satu sebab bibir kering adalah kurang air. Hidratkan badan anda dengan mengambil air sebanyak yang boleh. Tapi jangan banyakkan ambil air kopi yang mengandungi kafein. Ia hanya akan membuatkan badan anda hilang lebih banyak air kerana kerap ke tandas untuk membuang air kecil.

4. Gunakan minyak badam

Anda boleh sama ada menggunakan minyak badam secara langsung atau menggunakan balsem bibir yang mengandungi minyak badam.

5. Pengelupasan (exfoliate) atau GUNA LIP SKRUB

Ada di antara kita yang tidak mengamalkan tabiat ini tetapi bibir harus menjalani pengelupasan  sekali seminggu. Sama ada anda menggunakan produk pengelupasan yang dijual di kedai atau buatan sendiri, kedua-duanya adalah boleh. Kulit pada bahagian ini sama seperti kulit pada wajah, pengelupasan kulit membantu menyingkirkan sel kulit yang mati serta menjadikan ia lembut, licin dan layak dicium.



www.instagram.com/cekkolinofficial


6. Penggunaan gincu matte

Gincu matte memang menawan dan menakjubkan, sudah tentu ramai individu wanita selalu menggunakannya pada majlis khas. Walau bagaimanapun, gincu matte boleh menjadi sangat mengeringkan (yang membantu gincu ini kekal lama). Jadi bagaimana untuk melindunginya semasa menggunakan gincu matte kegemaran anda? Sekali lagi, penggunaan balsem adalah amat disyorkan. Sebelum mengenakan gincu matte, anda harus menggunakan balsem terlebih dahulu untuk melindungi bibir anda daripada bahan kimia.

7 . Jumpa doktor

Jika semuanya tidak mendatangkan hasil, anda mungkin mengalami keadaan kesihatan tertentu seperti alahan. Anda perlu dapatkan bantuan perubatan daripada doktor.

GUNA LIP SKRUB YANG BEBAS KIMIA

Untuk korang yang tak pernah try nak skrub bibir, boleh lah ke laman instagram BIBIR LAWA LIP SKRUB Mengunakan semua bahan semulajadi dan organik dan sudah tentu murah.

Boleh juga beli kat apps shoppe, search sahaja bibir lawa beli dari situ ya. 

semoga perkongsian ini bermanafaat buat semua dan kita mula menjaga bibir kita aset penting ni ya.

take care semua..terima kasih baca entri ini.

SHARIFAH SHAHIRA JUMPA RAHSIA BANTU SAKIT LUTUT IBUNYA

 Rupanya dah lama aktres dan penyampai radio popular, Sharifah Shahira mencari produk yang boleh melegakan sakit lutut ibunya.

“Jadi ini berita gembira buat ibu saya. Tapi saya sebenarnya juga sudah kena belajar pakai benda ini. Umur macam saya ini, kena ambil tahu. Lainlah orang badan ringan tetapi keturunan saya pula badan besar, berat, jadi mudah sakit lutut.



Kalau saya berjalan pun dah pakai selipar. Buat show pun pakai selipar. Takut kena effect bila ramai orang tua selepas umur 50 ke atas atau wanita menopaus, mudah sakit-sakit lutut. Tapi Alhamdulillah tahun 2020, saya terjumpa produk ni.


“Mulanya beli untuk mak, sebab dia susah nak bangun dari duduk. Nak bergerak pun perlahan sebab nak adjust tulang-tulang. Tapi saya pun pakai,” kata Sharifah Shahira tentang produk Gel Amani.


“Tapi jangan harap sekali pakai, terus baik. Kena pakai hari-hari, insyaAllah akan lega dan sakit semakin kurang,” katanya yang turut menggunakan Gel Amani buat suaminya, Ijoy Azahari yang gemar bermain golf.


Bukan setakat Gel Amani, nampaknya Sharifah Shahira juga mengambil Pati Jus Amani yang mengandungi madu, kurma, delima, minyak zaitun dan habbatus sauda sebagai rutin hariannya.


Katanya, Pati Jus Amani mudah diambil kerana siap sedia diminum tanpa perlu dibancuh dengan air.


Senang makannya, buka dan makan. Sebagai wanita berkarier, mana ada masa sangat.


“Pati Jus Amani ini bagus untuk membantu menambah tenaga saya. Umur macam saya lebih 40 tahun ini kena mesra dengan produk begini. Nak bertenaga dan saya pula suka pot pet pot pet, maka saya perlukannya. Yang penting tiada gula, jangan risau dan mereka yang ada kencing manis pun boleh makan Pati Jus Amani,” katanya menerusi satu rakaman video 


Menurut Pengarah Urusan Amani Life Sdn Bhd, Leo Adiputra, produk Gel Amani telah membantu hampir sejuta pengguna sejak dikeluarkan pada 2014 dan dihasilkan dengan teknologi biotech yang disokong oleh komuniti Eropah.


Anda boleh dapatkan produk Amani dari ejen-ejen online dan kedai jamu di seluruh negara.


KENAPA PERLU MEMILIH GEL AMANI ?

✅ Telah membantu hampir 1 juta pengguna sejak tahun 2014.


✅ Dijamin selamat oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA di bawah kategori ubat traditional. Nombor kelulusan : MAL17086021TC


✅ Dijamin HALAL oleh JAKIM. Nombor sijil halal : MS2424:2012


✅ Dihasilkan dengan teknologi biotech yang disokong oleh kominiti Eropah. Mematuhi piawaian antarabangsa untuk menjamin mutu dan kualiti.


✅ Mudah dibawa kemana-mana kerana disimpan dalam botol plastik yang ringan dan tak mudah pecah sehingga boleh dimasukkan ke dalam poket seluar.


✅ Rasanya yang sejuk berangin sangat selesa pada kulit membuatkannya sesuai untuk digunakan oleh pelbagai peringkat usia.


✅ Berbentuk cecair, mudah kering tanpa kesan melekit.


✅ Harganya berbaloi dan tidak membebankan : RM35 (30ml) & RM60 (60ml).


Untuk dapatkan produk ini atau ingin tahu dengan lebih lanjut boleh layari Facebook



CAKOI HATYAI VIRAL DI JINJANG UTARA

Hiii korang semua, hari ini nak share dengan korang tentang yang viral baru baru ini iaitu CAKOI HATYAI. Sebenarnya dekat sangat kedai ini dengan rumah. Tak sangka viral kat sosial media baru baru ni. Jadi today selepas hantar parcel, kolin singgah la beli untul hidangan minum petang.


Satu beg plastik tu RM5 dan dapat kaya pandan tu dua bekas. Kalau nak kaya tu extra tak silap kena tambah seringit satu.

Sedap kalau di makan panas panas itu sudah pasti. Kuih apa pun kalau korang makan sejuk sure tak sedap. So panas, kena dengan teh o panas untuk minum petang memang terangkat.

Tak jauh pun kalau korang nak datang beli kalau dari jalan kuching ke jinjang utara dalam 10 minit. Dia berniaga kat rumah tepi jalan besar aje. Waze memang sampai kut. Sebab memang popular. Banyak orang dah review.


Tengok la sendiri korang. View dan komen banyak kan.


Korang search aje kat FB memang ramai berkongsi. So nak feeling hatyai sila lah ke jinjang utara hahahaha..

Terima kasih baca entri ini korang. Jangan lupa klik iklan iklan yang ada belanja ye. Take care semua ^-^


RESIPI AGAR AGAR GULA MERAH SANTAN COPY DARI BLOG KAK ANA JINGGA

Haii korang semua. Kali ni kolin nak share pasal agar-agar merah yang ada putih putih atas tu. First time buat oiii tiru resipi dari kak ana jingga blogger hebat tu. Boleh terjah blog dia https://www.anajingga.com/2020/10/resepi-agar-agar-santan-gula-melaka.html?m=1



Senang tau..suka betul anak-anak semua makan. So ini lah dia agar agar versi kolin. Derhaka sikit lerr tak pakai agar agar bertali tu. Tapi kolin pakai yang serbuk hehehehe.

Ini cara kolin, copy paste resipi dari kak ana.

1. Panaskan air dalam periuk, dalam 5 cawan.

2. Masukkan serbuk agar agar clear dalam periuk.

3. Kemudian masukkan gula merah, kolin pakai serbuk dalam 7 sudu dan gula putih dalam 5 sudu.

4. Buh daun pandan jangan lupa. Secubit garam juga.

5. Pada masa yang sama kolin pecahkan sebijik telur dan letak setengah kotak santan. Kacau perlahan lahan guna garfu.

6. Larut semua gula tu,perlahan lahan kolin tuang santan dan telur yang dikacau tadi.

7. Kacau rata dan tunggu sampai semua masak siap.

8. Tuang semua dalam tray dah pun siap.

Hasilnya macam pro wei hahahaha. Terasa macam terer tau bila suami dan anak anak puji. 1st time masak happy giler menjadi lah pulak.

Korang jangan tak cuba okay. Ni nak kena duduk rumah balik. Harap ada yang sudi guna resipi ni tuk pelbagaikan menu kat dapur masing masing.

Jaga diri okay..

Pastikan kerap cuci tangan tau. Ajar anak anak sekali. Terima kasih sudi singgah blog kita. 



IKAN SIAKAP GORENG

Halo korang semua! Dah isnin kan, dan kali ini kolin nak share pasal hidangan sepanjang weekend. 

Buat pegetahuan korang, minggu lepas kolin ke AEON Big kawasan rumah. Sebab ada promo ikan siakap RM9 sahaja sekor. Boleh terus bersihkan wei, tapi tak lah fresh semuanya sejuk beku. Tapi pasal takut ke pasar, kolin memilih ke situ aje. Kurang orang dan lagi tersusun. Beli ayam, beli ikan dan sedikit sayur serta buah. Maklumlah 2 minggu kan anak-anak duduk rumah, memang asyik lapar aje.

So hidangan pertama, 2 ekor ikan siakap kolin bedakkan dengan kunyit dan garam, terus goreng garing. Kemudian kolin goreng cili besar, bawang merah, bawang putih dan tomato. Bila goreng tu letak gula dan garam sesiap ler, abis goreng patut tumbuk. Tapi malas lah pulakk. Penyudah di blender semua hahaha. Tapi tetap sedap bila ikan siakap garing cicah cili tu. Macam IKAN SIAKAP PENYET lah jadinya. 


Dan menu paling senang tomyam. Bahan cuma cendawan dan tomato, selain cili, bawang, daun limau purut dan pes tomyam siam. 

Musim pkpb ni memang kolin kalau ada kat rumah memilih untuk duk diam dan masak aje. Macam takut nak tapau, kadang ada juga beli kat kedai area rumah tu. 

Ahad pula, masakan simple aje. Kentang sambal petai dan ayam butter salted egg. Ni jenis dry, kolin tak letak susu. Kalau korang letak susu, berkrim dan kuning warnanya. Yang penting semua hidangan habisss....



Nak resipi?! alaaa tak payah hahahah. Malu nak share setakat masak simple macam ini. 

Akhir kata, korang jaga diri okay. Jangan jejak kaki korang kat mana-mana mall. Duduk rumah dan jangan lah keluar rumah kalau tiada tujuan okay. 

Minggu ni kolin kerja 3x di pejabat dan 2x WFH. Semoga dengan usaha ini dapat mengurangkan kadar orang di luar kan. So khamis nanti kita masak lagi!!! Babai korang :)

LUNCH WITH MY EX BOSS

Reunion! Kami berdua pun dikira reunion tak hahaha. Ini lah ex boss kolin yang interview kita dulu dan sempat kerja dengan puan selama 1 1/2 tahun juga lah. Orangnya tegas tapi comel sangat. So memang belajar banyak sebab dia kerja memang kena semak betul-betul.



Minggu lepas ada masa terluang,terus wasap puan ajak lunch. Tapi special tau, ex boss yang jemput kita hhahahah. Masa dia jadi bos kolin banyak kami bercerita sebenarnya. So bila dapat jumpa sesekali kami update pasal keluarga dan aktiviti masing-masing sambil melepas rindu.


Tak cukup belanja lunch, titip pula duit sedekah ke anak-anak. Baik kan ex boss kolin, tu kadang segan nak ajak lunch sebab dia tak kasi kita belanja dia. 


Kolin harap pun sekeluarga terus sihat dan bahagia selalu. Banyak nasihat dia bagi kolin. Insha Allah kolin ingat selalu. Harap ada masa boleh jumpa lagi.


Thank you puan, terima kasih banyak-banyak. Ada rezeki kita jumpa lagi. Semoga ukhwah kita berpanjangan sampai bila-bila....


Thank you for reading this gaisss


ORDER SADO LADO DARI FOOD PANDA

Heyyyy..yang ini bakal mengugat jiwa raga. Pertama kali order memang dah impresed wei.Set ikan siakap dengan 3 jenis kuah gaiss..harga nya lebih kurang RM25 tapi serius berbaloi giler!



Bekas memang besar wei.Ikutkan set ni untuk makan berdua. Tapi tamak punya pasal kolin makan sorang aje. Nasi memang tak habis, tapi ikan ratah habis hahaha. Sambal hijau dia sedap, sambal ikan masin tumis cili api dia sedap, kuah masak lemak dia terbaik giler. Lupa ada timun dan kerabu mangga juga. Tak tau la kenapa rasa macam murah betul.





Nak order kat shah  aje. Kolin rasa tak ada kedai ni, beroperasi dari rumah sahaja. Kalau korang duduk area Shah Alam boleh la order. Hanya dalam food panda tau, grab tak ada! Semoga penjual hidangan yang dikenali Sado Lado ini terus sukses. Nombor telefon dia ada kat bekas gambar 1st kolin upload. Korang mungkin boleh call terus tuk tempahan. Memang tak akan menyesal...sedap teruk gaissss..

Thank you for reading this :)

JOM CUBA DIET GMD !

Assalammualaikum semua! Pertama kali dengar GMD tu dari kawan baik sendiri. Kata dia boleh hilang 5kg ke 7kg dalam masa seminggu! Alamak, kita kalau dengar yang turun laju  memang terpedaya. Mula lah cari apa dia GMD. 


GENERAL MOTORS DIET

Hari Pertama - Makan buah sahaja, cuma jangan makan pisang. So makan buah, minum air kosong dan air panas green tea atau kopi o' kosong. Itu sahaja sehari  ye..Kolin hidup hari pertama!!! Tapi malam mula rasa tak kenyang-kenyang! hahaha


HIDANGAN LAUK PAUK DI HUJUNG MINGGU

Kalau hujung minggu memang kolin kerap masak lah, hari bekerja biasa makan apa yang dibungkus atau biasa kolin tak makan dinner. Maklumlah dah naik berat ni, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul hahaha. Plus ali imran pulak balik dari asrama. Memang pulun masak. 

Hidangan pertama butter salted egg ketam. Simple aje, guna perencah salted egg tepung bestari. Kemudian masak tumis air sawi dan bayam. Campur dedua sebab nak perhabis sayur dalam peti ais tu. Kemudian kolin goreng ikan termenung dan tumbuk sambal belacan. 

Bila dah siap masak semua, inilah dia hidangan lauk pauk di hujung minggu rumah kami sekeluarga. 

Dan sambal ikan tu saja kolin buat wei. Dah sekali masak, kita join lah contest Maggi Malaysia. Beli aje pes sambal tumis dia tu. Masak apa sahaja hidangan, upload di IG masing-masing ikut hashtag yang diberikan. 

Buat korang yang suka masak, join lah contest tu, mana tau menang kan. Suka join, dari membazir update bukan-bukan kat laman socmed tu baik join peraduan. Sebenarnya banyak peraduan di IG dan FB tau korang. Be positive and happy! Jangan layan gosip aje, rugi hidup. 

 

CONTEST MAGGI MALAYSIA

Inilah dia gambar yang kolin dah upload untuk masuk contest. Sampai 20 Oktober gais. So sempat lagi lah kalau sesiapa yang join juga. Jangan lupa buka IG mereka dan follow. Ada lagi yang kolin plan nak join. Tapi tunggu masak hujung minggu baru kita upload. 

Hari kerja memang tak memasak heheh. Kadang rindu time PKP yang selalu kita masak untuk sekeluarga kan. 

Nak pesan, tak ada urusan jangan keluar rumah. Mohon jangan bawak anak-anak dan orang tua berjalan. Kita duduk rumah balik okay. Kalau bukan kita, siapa lagi nak sekat penularan Covid ni. 

Semoga semua dilindungi dan dibawah redha rahmat Allah SWT ya. 

 

babai korang  



 

SUKA MINUM AIR DETOKS LEMON? NAHHH BACA SINI...

 Assalammualaikum semua! teruja nak detoks kita selalu ambil air lemon kan.Perah lemon dalam air dan minummmmm..minum sampai kembong. Mengata orang, aku pun sama hahahha. Kolin pun sejenis suka benar minum air lemon untuk detox tau. Sekali terbaca pulak yang ini, terus serammm