Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PHOTOSHOOT RAYA DI CVS PRODUCTION MY

Assalammualaikum korang semua. Selamat hari raya dan maaf zahir batin tau. Untuk korang yang beraya ni, jom kolin nak berkongsi satu tempat untuk photoshoot raya murah dan berbaloi. Bersempena raya 2020 dan kita semua kena PKP kan, jom lah abadikan gambar raya korang dengan yang tersayang, macam kolin sekeluarga. 

Tak perlu jauh pun korang, dalam kuala lumpur dan yang duk lembah klang tak perlu melintas daerah, confirm polis tak tahan ye. Dekat CVS Production  yang terletak di Cheras Balakong, kalau dari Mines tu dekat aje. 


Ini pula details mereka yang boleh korang jadikan panduan sebelum booking photoshoot raya okay.


STANDARD OF PROCEDURE
 
1) Studio akan di sanitize setiap 2-3 hari sekali.
 
2) Photographer akan sentiasa memakai mask muka.
 
3) Pelanggan perlu serta kan detail mereka (QR Code).
 
4) Hand sanitizer akan di bekalkan di pintu masuk studio.
 
5) Perlu check suhu badan. Jika suhu panas, anda tidak dibenarkan masuk.
 
6) Hanya 1 keluarga sahaja di benarkan berada di dalam studio untuk satu-satu masa.
 
7) Tidak di benarkan berdekatan dengan photographer dan tidak perlu salam photographer.
 
8) Gambar yang sudah di edit akan di hantar melalui email dalam masa 1-2 hari bekerja.


BOLEH WASSAP UNTUK BOOKING OKAY, 
KLIK LINK INI


 
 HARGA PROMOSI SEMPENA PHOTOSHOOT RAYA
 
💖RM79 (Normal price RM99)
- 10-20 min studio putih
- 1 keluarga (max 4 orang)
- Semua gambar termasuk "touch up" akan di berikan.
- Tambahan seorang ahli keluarga : RM10/seorang. Bayi percuma


💖RM99 (Normal price RM199)
- 10-20 min studio putih
- 1 keluarga (max 6 orang)
- Semua gambar termasuk "touch up" akan di berikan.
- Tambahan seorang ahli keluarga : RM10/seorang. Bayi percuma

.

Tambahan :
- Poster frame : 16"x24" : RM100 / 10"x15" = RM60. Location Studio Cheras Balakong (BUKAN CHERAS KL)CVS Production, B-28-2, Jalan C180/1, Dataran C180, 43200 Cheras, Selangor.

Direction
Waze pun boleh tau...cari sahaja alamat ni.
C180 Cheras Selatan / CVS Production. (Above Dr Voon Clinic & One Print Ads)

Kolin sekeluarga dan bergambar dah. Syukur sangat dapat abadikan kenangan beraya pkp tahun 2020 dengan CVS Production MY. Buat pengetahuan korang, ini tahun ketiga kolin mengunakan servis mereka. Memang puas hati dan gambar pun banyak. Ada yang statik, ada candid, siap ajar macam mana nak posing tau. 
 
So korang cepat booking slot korang sebelum penuh dan bergambar raya sekeluarga okay. Sementara tu jom la layan gambar raya tahun 2020 kolin sekeluarga ye. 
 
 ni kolin dengan anak-anak

 antara gambar candid yang kolin suka

 with hubsbaby... *time baik hahaha


banyak sangat gambar sebenarnya hampir 50 keping kut. Kolin sendiri tak kira pun. 
 
Banyak sangat gambar semua cantik-cantik. Ni baru berapa keping aje kolin share kat uols kan. Kalau nak ada gambar kenangan raya sekeluarga, pergi sini okay. Book cepat!!

1 comment:

loving me..loving you