Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Keselesaan tanpa kompromi, Triumph Lingerie

"Rasa Lembut dan Ringan Sepanjang Hari" itulah yang menjadikan koleksi ini menjadi kegilaan kaum wanita. Sebagai 'reward' atau balasan bulan ini kolin hadiahkan diri sendiri satu benda yang selalu pakai dan tak pernah miss out lah kiranya iaitu BRA kalau bahasa melayu COLI. Memang kalau kita fikir semula, perkara ini agak malu kalau dedulu lah. Itu kolin tak nafikan, tapi zaman kian moden dan rasanya semua dah tahu pun. Lagi manis kalau kaum suami ni semua tau saiz isteri dan belikan sempena hari-hari istimewa kan. Kenapa tidak!! Kalau korang suami-suami nak tahu, ini adalah hadiah yang sangat manis tau kalau korang bagi si isteri. 







Kucing

yup...suka kucing! Tapi aku tak bela kucing sebab kekangan masa dan ruang rumah yang tidak mengizinkan. Tapi itu tak membataskan ye, ada juga kucing datang rumah minta makan. Kadang tu sian, tapi hormati jiran juga. Ada juga jiran bising kata sebab kita bagi makan dan berak merata. Masalah juga kalau ko tinggal flat ni kan. Kalau rumah kampung bela rimau pun boleh kut hhihi. Tapi ada juga sekor kucing yang bukan aku bela tapi suka sangat datang rumah. Dan dia buat macam rumah dia sendiri ya. Cuma bagus dia ni, tak pernah berak dalam rumah aku. Dah makan dia akan bunyi depan pintu minta keluar rumah. Masalah aku tak tahu dia berak kat rumah jiran atau dia ke bawah. Sebab rumah aku kan tingkat 2..so aku assume dia ke taman bawah laa buat 'bisnes' dia. Nama dia GEDIK, betina dan dah 3 kali beranak. Tapi semua tak kat rumah aku. Sebab awal-awal aku dah pesan kat Gedik, yang aku tak boleh jaga dia dan anak-anak. So memang tak pernah laaa dia beranak kat rumah aku tuuu. Eh dia fahammm ye aku cakap!!





Inilah dia gedik!!! Memang tidur dah macam manusia hahahahha

"Dare To Leap" tagline terbaru dari RealMe Malaysia !

Haii korang semua. Apa khabar? Kolin harap semua sihat dan baik belaka. Mengenai RealMe, sebagai satu jenama global yang kian berkembang di Malaysia. Kali ini mereka telah memperkenalkan tagline terbaru mereka. Pada kolin, jenama ini yang sangat mewakili golongan remaja tampil dengan tagline atau slogan terbaru mereka iaitu "Dare To Leap". Bersama-sama pelancaran tagline terbaru ini bermula dari 19 Julai sehingga 21 Julai 2019 di Lower Ground 2, Blue Concourse Area di Sunway Pyramid ada pelbagai aktiviti bagi korang semua yang sukakan sukan lasak dan mencabar adrenalin.




Teman mama pergi semak Wang Tidak Dituntut

Helloo semuaa..nak jadi cerita aku semalam terus cuti. Nak tahu kenapa, sebab dah janji dengan mama aku atau lebih dikenali dengan nama Cik Timah tu pergi semak kalau-kalau ada duit dia yang masih tidak dituntut. Awal pagi keluar macam nak ke pejabat macam biasa, kolin pergi jemput dia. Dalam jam 8.30 pagi kolin sampai dan suruh mama pergi dulu ambil nombor. 


Bersyukur lah kat Jabatan Akauntan Negara tu dia dahulukan orang-orang yang Warga Emas, sarat mengandung, OKU dan sebagainya. Soooo...sekejap aje mama dah dapat semak. Tahniah laa kepada mereka yang prihatin. Dan kalau korang nak tahu...yee ada duit dia hahaha..ribu jugak lah. Berbaloi semalam aku cuti dan bawa dia pergi semak. Aku semak gak sekali, tapi aku tiada wang yang tidak dituntut hahahahha. Semua duit aku dah tuntut abisss dah, sekali laa semak alang-alang dah cuti kan. 

Hotel Langkasuka, Langkawi

Penginapan 2 malam di Hotel Langkasuka, Langkawi harus dikongsi. Sebab apa, kolin rasa harganya murah dan berbaloi. Hotel ini bersekali dengan shopping mall tau. Walaupun agak jauh dari pekan kuah, tapi shopping mall tu adalah satu faktor yang membuatkan hotel ini menang lokasinya. Bayangkan malam korang nak beli roti, tuala wanita, air fresh orange ada pasaraya la kat bawah hotel. Nak shopping bodyglove, watson, guardian, vincci atau padini pun ada. Ruang parking luas di belakang hotel pun ada disediakan. Selain itu, peramah betul yang kerja kat lobi tu, kolin rasa kalau korang nak datang sekeluarga, ambil sahaja bilik deluxe tu memang luas sangat. Fasiliti lengkap!!! Nak pergi langkawi dan nak yang hotel best tapi dalam lingkungan bajet murah tu boleh cuba yang ini. Melainkan korang nak lepak pantai memang kena tidur kat chenang la kan. Tapi padat oiii...cuma best kat sana dah ada grab..so tak perlu nak sewa kereta punnnn kalau setakat nak pergi jalan dekat-dekat. Tapi kalau nak merata-rata tuu elok sewa kereta aje okay.


cukup luas dan selesa kannn

manfaat anggur hijau

Sesiapa yang ikut atau follow media sosial kolin, memang selalu kolin akan share buah-buah yang murah ada jual  kat MBG. Dan lately kolin share buah anggur hijau murah sangat-sangat laa kat MBG tu. Dua kotak tu hanya RM10. Anggur tak besar, tapi paling penting tak ada biji dan tak masam, manis wei. Dalam diam kolin boleh abiskan satu kotak anggur hijau tu bila buat kerja kat pejabat hehehe. Kolin suka buah kat MBG tu kadang fresh dan elok. Dan paling best bila harga dia sama dengan pasar malam. Itu yang kadang beli tak ingat dunia tu....

Disebabkan kerap sangat 2 ke 3 minggu ni makan anggur hijau,  kolin pun search laa pasal kebaikan atau keburukkan anggur hijau ni. Jom baca sesama ye kengkawan. Bahasa arah ke Indonesia sikit, sebab banyak rujukan blog keluar yang negara seberang. Harap korang faham lerr ye.....ada sikit kolin ubah laa



Bengkel kereta di Jelebu, Negeri Sembilan

Aduiii...memang masa kena ni, kolin fikir dugaan aje tau. Dugaan kami sekeluarga. Sebelum kolin cerita panjang lebar kenangan kami terpaksa bermalam 2 hari di Jelebu, kolin nak kredit atau pujian kepada bengkel kereta yang membantu kami  serta membaiki kereta sehingga kami boleh terus balik ke KL tanpa rasa tidak selamat. Dah laa sangat membantu, malahan caj yang dikenakan pun tidak lah mahal sangat. Takut juga kan, bila kereta kita rosak di tempat orang dan bengkel pun main redah aje, kadang kena 'sembelih'. Tapi nasib kami baikkk...malahan ada juga kolin berkenalan dengan dua keluarga yang membantu kami. Tuhan sahaja dapat membalas jasa mereka tau, dah la tengah malam, tengah gelap gelita memang dah nak jadi kisah weiii...So buat korang yang nak terperangkap kereta rosak di Jelebu atau apa-apa aje lah kereta rosak area tu, boleh call Udo. BENGKEL KENDERAAN TEKUN IKHLAS atau UDO AUTO GARAGE ini terletak dekat dengan pekan jelebu, cari KFC dan bengkel mereka dalam kawasan berpagar ada car wash sekali depan sikit dari KFC tu lah..itu lokasi bengkel ye.



SALAM JUMAAT

Bila ada orang tak suka, ada aje yang mereka-reka cerita. Dah bercerita, di sampaikan pula oleh orang tak takut dosa. Bila tak takut dosa (dhaif) dan  orang-orang yang tak berilmu (bodoh) pun percaya. Hebat kannnnn...itu kenyataan...pernah ke kita semuka orang yang dituduh atau difitnah tu... tak pernah....realiti itu lah dia...TAK AKAN PERNAH!




SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI DENGAN GARNIER

Jenama Kecantikan berjaya mengumpulkan RM15,000 bagi memperkasakan wanita menerusi TechForGood

Assalammualaikum korang semua dan semoga semua sihat selalu. Aidilfitri sudah pun melabuhkan tirainya dan semangatnya tetap ada. Semangat bersedekah juga tetap ada bagi membantu orang yang memerlukan. Tahun ini Garnier Malaysia memberikan makna yang baru bagi Sambutan Hari Raya iaitu menersui kempen Serikan Diri di Aidilfitri menerusi rakan peruncit Mydin untuk menyumbangkan kembali kepada masyarakat.


Kempen yang dilaksana dengan kerjasama TechForGood adalah satu program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA). TechForGood adalah inisiatif yang meningkatkan dan memperkasakan komuniti mikro di Malaysia dengan memudahkan pembelajaran kemahiran baru yang dapat meningkatkan pendapatan mereka. Ianya ditubuhkan pada 2019, dan telah membantu seramai 500 ahli.