Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Jambatan Panjang di Pantai Murni, Yan Kedah

Assalammualaikum dan apa khabar semua? Rasanya kolin pernah berkongsi pasal Pantai Murni yang terletak di Daerah Yan, Kedah Darul Aman. Tapi dedulu tak ada apa sangat tarikan disini. Maklumlah pantai sini mana boleh nak mandi manda. Tapi sekarang dah tular atau viral wei kat facebook. Sure korang kalau ke utara jangan lah lupa singgah kat Yan ye. Kolin beruntung berjodoh dengan orang sini. Rezeki!!




Belakang tu lah jambatan tu. Kolin tak larat nak berjalan, cuma anak-anak aje dah pergi explore. Air surut lagi pun. Ada juga aktiviti memancing kat sini. Kalau petang memang happening la dengan pelbagai aktiviti riadah yang ada. 


muka penat wei baru berkenduri. So tangkap gambar posing gini. Kunun hipsturrr padahal nak menyorok muka tak siap !!! Lainkali kolin jalan laa atas jambatan tu sampai hujung yeee. Tapi tak tipu, sunset lawa giler kat Pantai Murni! Best Ever !



Selain itu, korang boleh melepak di medan selera yang ada kat sini. Boleh lah pekena ABC atau Lai Chee Kang. Cuma nak cakap lah, 2 kedai kami order dedua tak sedap hahahahha. Baik order air sirap pekak dan minum. Satu lagi mereka tak mesra laaa....mungkin kurang pelancong datang dan lebih kepada penduduk tempatan. Haaa.kalau dah ramai penduduk tempatan kat sini boleh sewa mainan macam-macam lah. Dah macam dataran tu...pelbagai aktiviti ada, nak memancing kat jeti tu masa air pasang pun boleh, tiada sekatan.

Paling kolin suka menunggu 'sunset' atau matahari terbenam. Memang sejenis 'sunset hunter' so kalau boleh nak tunggu sampai segala-galanya hilang. Seronok dan rasa puas sangat tengok pemandangan macam ni. Ini gambar tak edit tau, semua direct handphone Huawei Nova2i kolin. Ala uolss telefon dah lama pun, tapi masih gigih berbakti dengan tuan. 

Kalau rasa nak berjalan ke Kedah tak tahu nak lepak mana, datang lah ke daerah Yan. Sure korang suka suasana tenang di sini. Ada rezeki naik lah Gunung Jerai tu. Sini banyak penginapan harga patut jangan risau. Lepak sahaja semalam dua sure suka. Nak shopping sila ke Tanjung Dawai beli oleh-oleh. Boleh korang beli bilis dan ikan pekasam buat stok bulan puasa nanti. Itu lah yang selalu kolin buat pun. Beli sana banyak-banyak dan masa bersahur atau berbuka senang. Terliur dan berselera aje makan nasi tu sebab berlaukkan pekasam kann.


Sampai jumpa lagi korangg....jaga diri !





Love & Peace,

Kolin Zainal 

4 comments:

  1. Nampak macam best jer ni beb..next week aku pi Perlis...denagrnya adik2 nak singgah Kedah..x tau la plak jadi ke x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha perlis jauh, nak singgah kedah banyak daerah...pi belah mana. semoga jadi lerr...minum air byk2 okay

      Delete
  2. mmg hipstur posing ko tu hehe..syok tgk sunset sambil layan angin ptg tu

    ReplyDelete

loving me..loving you