Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Gigi Kekal Sihat Dengan KODOMO LION

Assalammualaikum semua pembaca blog kolin, semoga korang semua sihat selalu. KODOMO LION satu jenama ubat gigi yang tidak asing lagi kan. Kolin sendiri pernah guna hahahha, nampak sangat zaman tu ubat gigi No. 1 untuk kanak-kanak di Malaysia ini telah lama bertapak. Sudah tentu ianya bagi memastikan semua kanak-kanak dari usia muda sampai lah besar mempunyai gigi yang kuat serta sihat. Buat ibu ayah yang masih ragu-ragu, ini lah ubat gigi terbaik untuk anak-anak. Kodomo bermaksud kanak-kanak dalam bahasa Jepun tau. Dan ianya ada merekabentuk berus gigi buat anak-anak yang berumur dari sekecil 6 bulan. Ada 4 peringkat berus gigi dari 6 bulan sampai 12 tahun. Ubat gigi pun sama juga. Tu dia anak kolin si Alisa Maisara punyalah happy siap posing dengan koleksi dari KODOMO LION.



Kepentingan menjadi gigi dan gusi ini untuk memberi lebih kesedaran kepada semua dan membantu mereka memahami masalah pergigian yang boleh berlaku sekiranya penjagaan gigi tidak di terapkan dari usia muda. Malahan kanak-kanak di Malaysia dari 10 orang purata lebih kurang 7 kanak-kanak mempunyai masalah gigi. Menakutkan bukan !!!

Disebabkan itu, pelancaran Kodomo Lion Healthy Teeth, Happy Smile Campaign telah dilancarkan dengan meriah. Malah mereka juga menceritakan bagaimana ianya boleh membantu kanak-kanak supaya lebih terbuka untuk penjagaan gigi. Malah korang yang ada anak-anak kecil, di galakkan mengadakan 'masa memberus bersama' ini boleh lah buat selalu tu. Supaya mereka ada aktiviti bersama kita. Masa ibu ayah dan anak pun tercipta juga kan. 



Tidak ketinggalan berkolaborasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan kempen ini sampai ke peringkat Pra Sekolah. Dari sini mereka telah berkerjasama di sekolah di Johor hampir 20 tahun dan bercadang untuk melebarkan sayap ke satu negara pula.

Harga Kodomo Lion Children Toothpaste ada 4 perisa bebas gula iaitu Strawberry, Grape, Orange, Apple dari harga RM3.40 (40g) dan RM5.00 (80g). Manakala Kodomo Lion's Soft and Slim Childrens Toothbrush pula bagi kanak-kanak 0.5 tahun sehingga 0 tahun harganya RM5.05 sahaja. Kodomo Lion's Progress Professional Children's Toothbrush pula bagi umur 0.5 tahun sehingga 12 tahun hanyalah RM3.95. Dengan harga yang mampu milik ubat gigi dan berus gigi dari Kodomo Lion kolin percaya ibu ayah boleh beli dan ajarlah anak-anak kita mengenai penjagaan gigi yang lebih baik okay.



Pastikan anak-anak kita pandai jaga kebersihan gigi. Dan paling penting makanan seperti gula-gula dan coklat pun kena jaga juga. Semoga kita semua sentiasa menjadi Rakyat Malaysia yang lebih sihat giginya okay...Thank you KODOMO LION










Yang suka telan ubat gigi grape masa kecik-kecik,

Kolin Zainal

1 comment:

  1. ubat gigi bebudak ni.. hehehe tp kalo tak sempat beli guna jer ubat gigi org tua wakakka..

    ReplyDelete

loving me..loving you