Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Augmented Reality Book yang super best beli di BIG BAD WOLF 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Macam biasa lah mood menaip sampai, kita pun menaip dan bercerita lah lagi ye. 

Buat semua kaki buku, ulat buku atau suam-suam kuku tu, kolin nak berkongsi dengan buku koleksi terbaru untuk anak-anak itu buku Aplikasi 4D, Augmented Reality yang memberikan sisi pengalaman lain dari biasa. Bayangkan lah selalu kita baca buku secara tradisional kan. Maknanya pegang buku kann....



Ini lain korang... buku AUGMENTED REALITY BOOK  ini ada 4D tau. Korang perlu download aplikasi Hippo Magic di telefon bimbit masing-masing dan boleh dah enjoy dengan anak-anak korang. Halakan sahaja telefon bimbit yang dah download tu, nanti buku itu terus 'hidup'. Nak tahu apa kolin maksudkan tengok lah video ini dalam seminit lebih aje. 



Menarik sangat dan kolin beli 4 buah buku tau. Satu hanya RM15 sahaja semasa jualan 24 jam BBWKL2018 yang telah pun tamat pada 17 Disember 2018 yang lalu.







Semoga lain kali korang yang terlepas dapat bersama-sama memeriahkan lagi Big Bad Wolf dengan mencari lebih banyak bahan bacaan yang lebih bermanafaat. Kolin sendiri dah teruja dan tak sabar nak tunggu BBWKL 2019 nanti...yeayy..






Yang jakun tengok buku 4D, 

Kolin Zainal


1 comment:

loving me..loving you