Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Ayam Brand™ Lancar Laman e-Charity Untuk Manfaat Komuniti

Assalammualaikum semua. 

Ayam Brand™, jenama kegemaran rakyat Malaysia selama 126 tahun yang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin berkualiti telah  melancarkan  laman web: Ayam Brand e-Charity https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html. Maknanya dengan Ayam Brand™ semua orang boleh menyumbang kepada badan kebajikan.
 
Laman web Ayam Brand™ e-Charity dipercayai antara yang pertama seumpamanya dilancarkan di Malaysia dan diuruskan oleh pengeluar makanan. Ia bertujuan membolehkan lebih ramai orang membantu komuniti yang memerlukan menerusi kemudahan membuat pesanan secara dalam talian. 



Ayam Brand menawarkan potongan harga runcit sebanyak 15% ke atas produknya dan menyediakan penghantaran percuma untuk menggalakkan orang ramai membantu 8 Badan Bukan Kerajaan (NGO) terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor. Semua NGO tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Jenama ini merancang mengembangkan program tersebut untuk melibatkan NGO di lebih banyak negeri. Laman web itu sudahpun tersedia dan orang ramai boleh memilih sebanyak mana produk Ayam Brand™ yang ingin mereka sumbangkan kepada organisasi berkenaan. Sumbangan minimum ialah satu karton.
 
Ayam Brand e-Charity dilancarkan pada acara akhir Festival Makanan Kanak-kanak Sihat yang diadakan di Sunway Putra Mall pada hari ini. Ia merupakan sebahagian daripada CSR Ayam Brand™ yang sudah dijalankan selama 11 tahun berturut-turut. Secara kumulatifnya jenama ini telah menyumbang sebanyak 1,404,000 hidangan sihat bagi tujuan kebajikan yang memberi manfaat kepada hampir 20,000 orang dari 482 organisasi kebajikan dengan 358,920 hidangan telah diagihkan pada tahun ini.
 

Menurut Pengerusi Ayam Brand™, Yang Mulia Tunku Dato’ Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed, semua orang harus mempunyai akses mudah untuk menderma. Platform seperti Ayam Brand e-Charity ini membolehkan orang ramai membuat sumbangan yang dengan lebih mudah.
 
“Makanan merupakan satu keperluan asas. Makanan berkhasiat sememangnya amat penting untuk kanak-kanak yang membesar dan warga emas. Namun, kanak-kanak dan warga emas di bawah jagaan NGO mungkin tidak mempunyai akses ke atas sebahagian hidangan seperti Omega-3 dan makanan yang kaya dengan protein misalnya tuna dan sardin yang penting untuk kesihatan fizikal dan mental mereka.
 
“Ayam Brand menawarkan makanan-makanan ini dalam bentuk bebas bahan pengawet dan tiada MSG tambahan. Kami berbangga kerana dapat menjadikannya lebih mudah diakses oleh orang ramai agar mereka boleh memberi makanan berkhasiat kepada golongan yang amat memerlukannya,” jelas Tunku Dato’ Mu’tamir.
 
Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand™ bermatlamat memperkasakan kanak-kanak supaya memilih makanan menerusi aktiviti yang interaktif. Ia juga membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan, memahami saiz makanan serta membuat keputusan tepat kerana makanan boleh membentuk tubuh secara positif.  
 
Ayam Brand™ menyumbang produk-produk keluarannya kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian. Ia adalah sebahagian daripada acara tahunan ini. 
 
Setelah Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada mereka mengalami masalah obesiti program peka komuniti ini diadakan tepat pada masanya. Obesiti boleh dikaitkan dengan cara pemakanan sejak kecil dan bagi kanak-kanak obes, mereka selalunya akan membesar menjadi dewasa yang obes.
 
Mengulas tentang Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, Pengerusi Ayam Brand™, Yang Mulia Tunku Dato’ Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed berkata, “Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi permainan. Justeru, Ayam Brand telah menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang direka khas buat kanak-kanak agar mereka seronok ketika belajar bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami harap kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dan berkongsi tips ini dengan rakan-rakan dan menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.”



Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’, kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.
 
Semasa event tersebut, Ayam Brand™ memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang mengunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus dan timun segar untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat.
 
Yayasan Sunbeams Home, Pusat Jagaan Kanak-kanak Harapan, Rumah Impian PJ, Rumah Ozanam, Rumah Sayangan, Home of Peace, Rumah Bakti Nur Syaheera dan Rumah Kasih Harmoni dari Kuala Lumpur dan Selangor menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
 
Menurut wakil dari Yayasan Sunbeams Home, Pastor Victor, sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka. 
 
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menjemput Yayasan Sunbeams Home untuk menyertai acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak. Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti.
 
“Kami akan menjalankan beberapa bengkel sama di Yayasan Sunbeams Home tidak lama lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka,” kata Pastor Victor.
 
Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.


Salam Sayang, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you