Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KARNIVAL YEAR END ZAKAT (YEZ) 2018 BERLANGSUNG DENGAN MERIAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Dah masuk bulan Disember 2018 dan tahun baru bakal menjelang kan. Semoga 2019 membawa lebih banyak keberkatan buat kita semua. Sebut pasal keberkatan ini, kolin nak berkongsi dengan korang semua mengenai KARNIVAL YEZ oleh PPZ-MAIWP yang telah pun berlangsung hujung minggu yang lalu iaitu pada 1 dan 2 Disember 2018 di perkarangan Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju. Bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam. Mereka  telah berjaya mempromosikan dakwah zakat dengan lebih meluas terutamanya di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan jua Labuan. Bagus kan...rugi tak pergi tau.




Pelbagai aktiviti telah dijalankan hari tu, memang siapa yang tak pergi tu rugi lah. Aktiviti yang tanpa bayaran atau lebih kepada FREE tu memang dapat memikat hari orang ramai yang datang berhibur sambil mendapat ilmu kat sana. Ada gerai-gerai jualan, ada kempen menjadi sahabat zakat, ada pelbagai peraduan dan pertandingan malah yang paling menarik ceramah dari ustaz selebriti yang sama turut hadir bagi memeriahkan lagi Karnival YEZ ini. Kalau nak tahu, pertandingan memasak pun ada weii..bersama MasterChef iaitu Chef Zubir tau. 





Inilah dia semua pemenang tu



Untuk anak-anak ada penampilan Didi & Friends, Maskot Omar dan Hana malah pertandingan mewarna pun ada. Itu yang kolin cakap karnival yang memenuhi semua umur ini telah berlangsung dengan meriah malah sukses dengan adanya selebriti tanahair iaitu, kumpulan Hijjaz, Raihan, Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, PU Amin dan ramai lagi lah. Kalau korang pergi boleh lah selfie bersama hari tu. Tak pergi...tengok gambar kami selfie aje lah hahahha

Semasa karnival ini juga semua pemenang bagi kempen PPZ-MAIWP dapat hadiah mereka. Antara kempen yang menawarkan hadiah tajaan tu ialah Kempen Skim Thohir dan Kempen Portal. Yang paling best ialah tajaan menunaikan umrah untuk 2 orang. Bagi yang terlepas tu, nanti boleh join lagi. Bukan susah pun, korang berzakat sahaja, pahala dapat, hadiah pun dapat, Insha Allah. 

Buat orang macam kolin ini, nak ucapkan seribu beribu beribu tahniah buat PPZ-MAIWP dan semua warga mereka yang telah menjayakan Karnival YEZ yang penuh dengan kemeriahan ini. Tak sangka semua seronok dan paling best balik dengan senyuman sebab ada cabutan bertuah juga tau. Semoga tahun depan buat lagi ya. Jangan lupa korang ke laman web mereka http://www.zakat.com.my/ untuk kira sendiri zakat yang perlu korang langsaikan okay. Senang aje, online pun boleh, terus print resit korang untuk simpanan. Senang dan mudah aje sekarang. 

Siapa yang pergi Karnival tu, sila lah komen dan share pengalaman korang okay. Tahniah PPZ-MAIWP


Salam Sayang,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you