Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

NAK TAHU BAGAIMANA CARA PENGAGIHAN ZAKAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN?

NAK TAHU BAGAIMANA CARA PENGAGIHAN ZAKAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN?

Assalammualaikum korang semua, semoga semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja ye. Kolin rasalah korang mesti tak tahu bagaimana pengagihan zakat di Wilayah Persekutuan. Sebab apa ramai tak tahu, sebab ramai yang malas nak ambil tahu. Kalau bab menghukum netizen memang terer, tapi nak sebarkan memang tak ada. Buat yang nak tahu, yang memang tinggal di Wilayah Persekutuan dan rasa nak menolong jiran, sahabat yang nak tahu boleh lah baca seterusnya ok. 

Kalau korang nak tahu MAIWP yang menguruskan zakat di Wilayah Persekutuan tau. Iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Bukan satu Malaysia ye, itu kita kena faham lahkan. Kutipan zakat oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP dan yang mengagihkan zakat dilaksanakan oleh MAIWP sendiri. 

Buat yang ada persepsi negatif, yang mana kata MAIWP tak pernah agihkan zakat dengan betul tu, marilah kolin cerita lagi ya. Agihan zakat dibuat menerusi 28 skim bantuan zakat yang membantu masyarakat asnaf daripada segala asperk merangkumi keperluan asasi, perumahan, pendidikan, perniagaan, kebajikan dan dakwah. Bantuan ini berjalan sepanjang tahun dan bukanlah bulan-bulan terpilih tau. Sepanjang tahun untuk yang memerlukan, iaitu Asnaf. 


Sebagai contoh satu keluarga yang dikenalpasti tergolong dalam golongan asnaf miskin, mereka akan dibantu dari segi:

- bantuan kewangan bulanan
-bantuan sewa rumah sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah
-bantuan pelajaran kepada anak-anak
-bantuan perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan
-bantuan perniagaan sekiranya mreka ada membuat perniagaan kecil-kecilan 

Kalau itu caranya bantuan, MAIWP juga memudahkan proses permohonan dan penyaluran zakat ye. Kalau nak tahu, sebelum ini, proses permohonan bantuan zakat hanya boleh dibuat di ibu pejabat Baitulmal MAIWP. Akan tetapi bermula tahun 2008, nak memudahkan orang ramai berurusan dengan Baitulmal, maka MAIWP telah membuka cawangan dikenali sebagai Pusat Agihan Zakat atau ringkasnya PAZA. Sehingga kini PAZA telah dibuka di 9 lokasi di Kuala Lumpur dan satu lagi di Labuan. Lokasi PAZA korang boleh tengok kat link ini ya https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/hubungi-kami/lokasi-kami 

Segala bentuk urusan permohonan boleh dibuat di ibu pejabat sekarang boleh juga dibuat di PAZA. Dan borang permohonan pun dua muka surat aje, depan belakang. Sekeping sahaja tau..mudah kan. Kaunter Bergerak Baitulmal MAIWP pun ada di lokasi tumpuan orang ramai iaitu di masjid, bazar-bazar masa bulan Ramadhan dan juga pasar malam. Punya laaa nak bagi semua masyarakat senang memohon kan. So korang tak perlu nak sebarkan atau viral kat sosial media. Boleh terus ke sini okay..

Lagi best Skuad Jejak Asnaf Baitulmal ASNAF telah ditubuhkan untuk turun padang dan menjejaki kalau ada yang tercicir dan layak mendapat bantuan zakat. Skuad ini secara rutin turun padang ke PPR dan kawasan atau lokasi yang dipercayai memerlukan. 


Selain itu, korang yang nak membantu boleh terus ke hotline mereka iaitu 012-518 3614 / 012-512 7614. Talian bebas tol mereka 1800 88 5222 dan Facebook mereka www.facebook.com/BaitulmalMAIWP dan juga search sahaja MAIWP ya. Cara lain MAIWP agih zakat secara tidak langsung pun ada juga. Dana Zakat dimanfaat untuk penubuhan prasarana yang dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang. Dalam aktiviti pendidikan pula, MAIWP membuka institusi bermula dari peringkat usia muda sampailah pengajian tinggi. Ini senarai institusi pendidikan di bawah MAIWP. 

1. Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri.
2. SMA- MAIWP Labuan
3. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bandar Tun Razak.
4. Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung Pandan
5. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan
6. Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda
7. Darul Ilmi di Sungai Penchala
8. Pondok moden Al-A'Baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak
9. Ma'alim al - Sunan Li dirasati al-Sunnah al- Nabawiyyah 

Institusi Perlindungan dan Kebajikan pula 

1. Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak untuk anak-anak yatim
2. Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh untuk pemulihan wanita yang terjebak dalam gejala sosial.
3. Darul Hidayah - perlindungan untuk muallaf

Dah baca setakat ini dah 'clear' kan, betul tak. Kalau bab ada birokrasi memang lah tak ada uolss...tak ada istilah nak menyusahkan orang memohon zakat. Isi borang pun 2 halaman, sekeping sahaja depan dan belakang. Maklumat penting kenalah isi kan, untuk MAIWP laksanakan amanah pembayar zakat. Tak perlu pun permohonan tu nak disahkan oleh sesiapa pun. Proses pula dalam masa 5 hari kalau kecemasan tu memang dalam kadar segera tau. MAIWP juga tidak ketinggalan di audit oleh Jabatan Audit Negara. Segalanya kena mendapat kelulusan dari JK Perundingan Hukum Syara' Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Mufti bagi setiap sen zakat yang dibelanjakan. Dan korang tau tak MAIWP dapat Sijil Audit Bersih lebih 10 kali berturut-turut sejak 2006 dan penarafan 4 bintang bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan juga daripada Jabatan Audit Negara selama 3 tahun berturut-turut 2011 sehingga lah tahun 2013. 



Jangan lupa online di www.maiwp.gov.my atau di www.facebook.com/maiwp.hq atau terus ke laman instagram www.instagram.com/hqmaiwp atau youtube mereka www.youtube.com/MAIWPTV

Dah jelas kan...panjang penulisan kolin kali ini nak jelaskan untuk sesiapa yang rasa MAIWP tak jalan agihan dengan betul. Terus pm page mereka okay kalau ada kemusykilan. Terima kasih MAIWP dengan penjelasan panjang lebar mengenai agihan zakat. Sekarang dah tahu kan...sebarkan okay...

Salam Sayang,


Kolin Zainal 

 



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you