Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Mudahnya shopping baju Hari Raya dengan Shopee

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Dah masuk puasa ke-lima pun kita kan. Pasti korang semua sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang ramadhan ni. Dengan tadarus, dengan terawih dan banyak lagi aktiviti lain. Jadinya nak shopping Hari Raya memang lah tak ada masa kan. Inilah dia kolin nak kongsi dengan korang semua, Mudahnya shopping Baju Raya dengan Shopee

Buat yang tak pernah tengok atau tahu mengenai laman web Shopee ini memang rugi tau. Untuk semua ada kat situ, untuk ayah, ibu, suami, kita dan jua anak-anak. Malahan disebabkan harga yang sangat berbaloi korang pasti ada bajet yang boleh dibeli. Bukan sahaja sepasang, malah berpasang-pasang. Oleh itu, kali ini kolin nak berkongsi dengan korang apa yang kolin beli bersempena nak menyambut hari raya tahun ini. Pelbagai fesyen tudung, anak tudung, baju, telekung dan juga barangan lain. Banyak tau seller dalam laman web ini. Korang jangan risau sebab laman web Shopee sangat mudah digunakan. Senang nak beli, senang nak berurusan yang penting semua barangan harga mampu milik. Lagipun berpuasa ni bukan ada masa sangat nak ke sana sini, inilah shopping online dapat membantu. Untuk mak-mak bz macam kita ini kan....ambil lah kesempatan betul tak? 

Inilah antara busana atau fesyen yang korang boleh beli di laman web ini tau. Ini antara pilihan kolin buat Hari Raya tahun ini. Manalah tahu boleh beri korang semua idea sesikit kan. Yang pertama baju kurung fishtail 


Untuk baju kurung biru, coklat yang sangat selesa ini kolin beli dari 
https://shopee.com.my/jubahrm80 manakala untuk anak dalam tudung (snow cap) dan juga selendang panjang ini dari https://shopee.com.my/miwahbeauty
Percaya atau tidak, bajet untuk kolin bergaya begini dari tudung sehingga baju tak sampai pun RM100. Kalau tak percaya korang boleh lah tengok sendiri di laman web mereka. Kebanyakkan baju dan produk dijual dengan harga yang sangat murah. Macam tak percaya kan, korang boleh bergaya macam ni di Hari Raya nanti. Biarlah murah janji bergaya, betul tak? Janji selesa, senang beraya dan melayani tetamu. 

Buat yang mencari blouse di Hari Raya nanti. Kolin ada dua blouse untuk korang tengok. Inilah pilihan kolin masa shopping di Shopee. Rambang mata sebenarnya sebab banyak sangat seller dan pilihan, tapi akhirnya pink memikat hati. 


Shawl panjang printed tu korang boleh beli kat sini https://shopee.com.my/luni_collection
Shawl panjang ini senang di gayakan, dengan warna yang terang dan corak bunga segar memang boleh tampil lebih muda. Maklumlah umur pertengahan 30an dah ni kenalah cari warna-warna yang sesuai dengan kita juga. Kolin suka sebab ianya tak licin. Untuk inner tudung kolin gunakan inner dua warna dari https://shopee.com.my/rosebudhijabs  Kalau korang perasan ianya ada dua bahagian warna. So jimat sangat bila korang memerlukan warna biru boleh pakai bahagian hadapan biru, kalau nak pink tukar sahaja bahagian depan ke warna pink. Yang penting tak bergerak dan selesa aje. Senang betul kan ! nak warna coklat pun ada. So kalau nak travel bawa ini. Senang recycle, bila balik kampung berhari raya nanti. Jimat ruang beg balik kampung kita kan. 



Dan blouse yang ada zip di bahagian tangan dan hadapan baju ini boleh di dapati di https://shopee.com.my/blousemuslimah siap ada poket di sebelah kanan baju tu. Selesa dan paling sesuai untuk kita gayakan di Hari Raya. Boleh letak sampul raya dalam poket kan, tak payah usung handbag dalam rumah kalau nak bagi duit raya kat budak-budak. Untuk mak-mak yang menyusukan anak pun sesuai sebab zip bahagian depan. Nak pakai pun senang tak perlu minta tolong orang zip belakang kan. Inilah antara ciri-ciri menarik blouse ini. 

Blouse hijau ini juga kolin dapatkan dari seller Blouse Muslimah dan tudung bawal printed ini dari Luni Collection. Buat korang yang suka mix and match memang sesuai lah shopping raya di Shopee. Macam kolin ni ...gembira sangat !!!





Kalau dah berhijab ni memang tak akan pernah cukup, betul tak. Itu semua lumrah si pemakai tudung, kalau nak hijau tu ada 10 variasi hijau tau. Hijau muda, hijau tua, hijau pucuk pisang, hijau kusam dan disebabkan itu lah kolin membeli belah di laman web ini pelbagai jenis dan warna shawl. Kolin suka sebab ada antaranya pos tu FREE. So order sahaja bayar harga barang, duit pos dah jimat. Kalau kat kedai penat nak tengok kan, lagipun kolin ni bukan ada masa sangat nak pergi mencari. Penyudah yang senang tengok aje kat laman web ini dan shopping !! Inilah antara inner, shawl dan tudung yang kolin beli




Yang ini istimewa sangat dari https://shopee.com.my/zavira.contemporary Kenapa ianya istimewa sebab dah siap inner kat dalam. Jadi senang dan ringkas sangat. Yang penting hiasan batu tu sebelah kanan tu memang sweet sangat. Kemas dan selesa. Banyak lagi rekaan dari Zavira Contemporary yang boleh korang pilih. Bukan yang ini sahaja tau, banyak instant shawl yang menarik kita boleh gayakan di hari raya. Kan kalau berhari raya ini kita suka tampil lain dari yang lain kan. 





Untuk selendang warna pastel ini, panjang dan senang di gayakan. Inilah shawl dari Rose Bud Hijabs tau, bukan inner sahaja mereka jual tapi mereka jua jual shawl yang sangat selesa. Senang nak pakai, buat yang nak ringkas gayakan sahaja begini.




Nampak tak elok aje kat muka inner tu, inner sekali dengan bahagian labuh terus ke dada ini kolin dapatkan di https://shopee.com.my/zo_series. Buat yang suka simple nak ringkas-ringkas pakai shawl kolin cadangkan korang beli inner ini. Untuk hari raya nanti korang tak yah lah nak terhegeh-hegeh nak betulkan inner. Inner dari koleksi ini cukup labuh dan material dia sangat-sangat lembut. Memang puas hati !! Disebabkan suka inner ini kolin beli dua hahahah. Satu warna coklat dan ungu. Senang sebab ada getah di bahagian tengah dan labuh. Memang senang untuk buat kerja dapur masa hari raya nanti. 


Yang ini pula shawl dari https://shopee.com.my/mardhiyahhijab. Ikutkan banyak laaaa pilihan mereka. Semua glamor-glamor dan ada jua perincian mutiara sabah. Tak percaya korang boleh lah ke kedai mereka di Shopee, tengok sendiri. 




Yang hijau tu ada batu-batu swasroski di sekeliling shawl tau. Memang mengerlip lah, simple tapi sweet. Yang warna coklat gelap ini ditambah dengan perincian bahagian hujung. Labuci merah hati, yang kolin suka dengan koleksi dari mereka ini ianya mengunakan material yang selesa dan bermutu. Itu yang elok aje terbentuk masa nak pakai tu. Senang dibentuk.


Kalau dah ada baju, blouse, inner dan tudung, telekung buat terawih dan pagi raya tidak dilupakan jua. Kolin suka nak kongsi dengan korang telekung yang baik kualiti, tidak jarang, cukup labuh dan penting sekali ianya ada getah di bahagian muka. Material yang berat dan tidak panas ini memang penting bagi kita yang nak beribadah sepanjang bulan puasa dan seterusnya kan. Jadi apa lagi, di Shopee memang korang boleh beli telekung dengan harga yang cukup berbaloi dan di jamin kualitinya. 


Kolin memilih https://shopee.com.my/sistergojes kerana kualiti mereka yang terbaik. Kolin memilih warna hijau gelap dan bahagian hujung telekung ada sedikit hiasan warna lain. Selesa, cukup labuh untuk kolin yang tingginya 165 cm ini. 




Inilah telekung dari sister gojes, pelbagai barangan lain turut dijual oleh mereka. Jangan tak terjah sebab harga murah-murah rugi tak terjah tau. Selain itu kolin juga suka sangat dengan produk mereka ini. Habis memasak aje satu rumah kolin sembur kat langsir, kusyen dan karpet. Terus segar satu rumah !!! Wangi...harga pun murah !!!





AfeefA Fabric Pefume Spray memang terbaik buat hari raya nanti korang tau. Sebab pagi-pagi raya spray satu rumah, kat semua fabric yang ada tu. Terus wangi serumah di pagi Aidilfitri kita nanti. Berseri-seri beraya rumah dan baju pun baru belaka wangi semuanya.


Jadi...korang tak perlu buang masa dan bajet yang ada boleh lah mula bershopping hari raya di SHOPEE nak lagi senang download sahaja apps mereka di dalam telefon bimbit korang semua. Senang nak cari barang yang diperlukan bagi rancang masa nak menyambut hari raya nanti kan. Segalanya mudah, ringkas, murah dengan Shopee !!


Love, 


Kolin Zainal 






dUCK Scarves mampu milik di Carousell



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Mesti korang semua nak beraya dengan tudung terkini yang ada dalam pasaran sekarang kan. Semua fesyen tudung terkini mestilah kita nak gayakan menjelang Aidilfitri nanti. Kolin pun tak sangka pula tudung Duckscarves mampu di miliki dengan harga yang sangat-sangat berpatutan di Carousell. Buat korang yang masih tak tahu menahu apa yang ada, kolin nak berkongsi dengan korang bahawa pelbagai barangan yang berjenama dan berkualiti dijual dengan harga yang sangat berbaloi di laman web ini. Korang boleh klik di sini MuslimahFashion dan lihat lah sendiri pelbagai fesyen terkini di tawarkan. Bagi korang yang menjimatkan duit dan masa inilah masa yang paling sesuai tau. Kolin memang dah lama mengidam nak ada koleksi yang ini tau. So inilah masa yang sesuai untuk membeli koleksi tudung idaman kolin yeay !!!



Perkara pertama korang buka laman web atau nak mudah download sahaja Apps di Play Store. Selepas itu type sahaja ‘duckscarves’ di ruangan cari di atas tu. Jangan tak percaya dari yang baru sehinggalah yang ‘preloved’ ada di jual di Carousell. Korang boleh pilih pelbagai corak dan warna kat sini. Memang buat kolin rambang mata sangat tau, sampai tak tahu nak yang mana satu dah. Antara yang  mengamit perasaan koleksi yang ini. Harga asalnya RM130 tau, tapi preloved yang ditawarkan pada RM100 cukup berbaloi untuk koleksi ini.


Untuk yang mencari yang koleksi lain pun ada juga tau. Yang ini warna maroon dan koleksi KLCC. Memang menjadi idaman Malaya tau, ramai gigit jari nak beli yang ini. Untuk yang ini preloved hanya RM280 sahaja tau. Harga asal dekat RM400, kalau mengidam tutup mata aje boleh lah beli yang ini. Kan kolin dah cakap kat laman web ini memang korang boleh rambang mata sebab banyak koleksi yang ditawarkan pada harga yang sangat berbaloi. Memang kenalah dengan masanya nak berhari raya ini kan. 
Hari Raya mestilah kita nak bergaya. Lagi pun ini antara warna kegemaran kolin ni.

 
Yang ini pula dUCk Scarve Limited Edition, Songket in Blue. Kalau dah limited edition maknanya tak banyak lah koleksi di jual kan. Dekat sini korang boleh beli dengan harga yang sangat berpatutan. Kalau harga asal limited edition ini memang lah mahal. Tapi kali dah berpatutan sangat ini. Memang kolin minat betul koleksi yang ini. Sesuai betul digayakan di pagi hari raya nanti huhuhu…tak sabar nak klik dan chat dengan seller ini. Nak close deal cepat-cepat, semoga yang ini menjadi milik kolin cepat !!!! 



Kalau korang rasa preloved sahaja yang dijual, korang memang silap. Sebab kat Carousell ini korang boleh juga dapatkan barangan NEW atau baru. Macam yang kat bawah ini. Duck Scarves Worldmap harganya RM450.00. Masih baru dalam kotak lagi tau !! Yang ini memang memukau mata kan, dengan warna pelangi pastel. Pendek cerita kalau korang nak yang baru pun ada di jual. Yang penting tudung terkini dapat di miliki betul tak. Baru atau preloved terpulang lah pada kepada selera citarasa kita sendiri. Yang penting pilihan yang ada banyak untuk kita kan. Siapa yang tak nak tudung terkini di pasaran kan.

 
Apa pun pilihan kita, kita pilih lah sendiri bajet kita. Ikutkan pelbagai barangan yang ditawarkan. Apa yang kita boleh buat, kita bandingkan harga, tengok berapa banyak pilihan yang ada dan paling penting laman web ini sangatlah mudah digunakan. Dalam banyak-banyak Duck Scarves yang ada dalam ini mesti ada yang menjadi pilihan kita kan. Kolin suka yang simple dan plain dan sudah tentu kolin memilih yang sesuai dengan bajet raya kolin nanti. Kalau korang perhatikan beli di kedai dan di laman web ni, kadang-kadang lagi murah di laman web. Itulah sebabnya kolin cadangkan korang semak dahulu sebelum membuat pembelian ok. Lagipun kalau korang buka Carousell memang banyak pilihan yang ada. Lagi satu di sini banyak jenama-jenama selebriti dan jenama popular yang ada dijual. 



Lagi best semua jenama selebriti dan popular ini dijual pada harga yang sangat berpatutan. Siapa sangka dengan satu laman web yang sangat mudah dan simple ini segalanya ada.
Buat korang yang masih mencari tudung untuk digayakan di pagi raya, jangan lupa singgah okay. Mana yang dah tahu laman web yang menjual pelbagai jenama ini jangan lah tak berkongsi dengan kawan-kawan. Kongsi tau cerita kolin ini, mana tahu kita dapat bantu kawan-kawan kita berjimat dengan shopping di Carousell. Ianya lebih murah, mudah dan paling penting boleh dipercayai. Kolin cerita ini melalui pengalaman kolin. Senang sangat nak berurusan di laman web ini. Lagi satu penting untuk kolin beritahu kat korang semua, Carousell ini korang juga boleh jual barangan kesayangan korang. Haaa..mana tahu ada banyak barangan, pakaian atau apa sahaja yang korang nak jual, boleh lah jual kat sini. Senang nak buat duit tau dengan barangan yang kita tak perlukan lagi tu. Proses senang tak susah pun, daftar sahaja, upload gambar dan mula lah proses jual beli. 

Yang penting hari raya kolin bermakna tahun ini dengan dUCk Scarves idaman kolin di miliki dengan harga yang sangat berpatutan. Rasanya hampir 5 jenis dUCk Scarves yang kolin berkenan hahahhaha. So sekarang nak kira bajet lah pulak, ada yang preloved dan baru yang kolin tengok ini. Korang jangan lupa tau, dapatkan tudung terkini buat korang dan sesiapa jua yang tersayang di Carousell.

Love, 

Kolin Zainal

'Sajian Bijak Raya' KIMBALL untuk Aidilfitri

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat kita yang sedang menjalani ibadah puasa memang dah fikir dah menu apa yang istimewa nak dihidangkan di pagi raya kan. Hari raya memang hari buat semua bergembira, tapi kadang-kadang bajet yang ada membataskan segalanya betul tak. Dengan itu untuk memberikan korang satu idea di mana nak berbelanja dan semua barang yang naik ini dengan 'Sajian Bijak Raya' Kimball memang suatu yang istimewa buat kita semua. 


KIMBALL adalah satu produk kulinari yang terkenal dalam sos, sos spaghetti, pasta dan lain-lain kini memahami cabaran suri rumah yang teringin sangat nak adakan rumah terbuka sempena menyambut Aidilfitri nanti. Berikutan itu, kerjasama dengan pencipta resipi iaitu Chef Rohani telah mencipta menu 'Sajian Bijak Raya' Kimball bagi memperkenalkan cara bijak berjimat dalam mengadakan jamuan hari raya tanpa mengunakan bajet yang tinggi. Dengan bajet RM100 sahaja, lima menu hidangan telah disediakan. Ada dua pembuka selera, dua hidangan utama dan satu pencuci mulut yang dapat memenuhi selera seramai lapan orang. Demontsrasi masakan ini menghidangkan sajian berkelas restoran dan pengacara popular Raja Azura atau dikenali dengan Kak Engku memeriahkan lagi majlis. 

Menurut Chef Rohani, kebanyakkan menu di jamuan hari raya kini senang untuk di ramal. Memang ada ketupat, rendang dan lemang. Jesteru ini saya menghasilkan menu 'Sajian Bijak Raya Kimbal' bukan sahaja menjimatkan malah ianya adalah pilihan yang lazat untuk Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri yang bakal menjelang nanti. Untuk Kak Engku yang mempunyai 3 orang anak, beliau memang agak tertekan nak sediakan jamuan hari raya yang lengkap dan kreatif. Sebagai seorang selebriti, sudah tentu hidangan yang hebat menjadi keutamaan dalam hidangan beliau. Dengan Sajian Bijak Raya Kimball ianya sudah tentu lain daripada yang lain dan beliau amat teruja nak hidangkan Ayam Masala Kimball kerana ianya mengunakan sos spaghetti. Agak unik dan tentunya istimewa untuk semua tetamu yang datang berhari raya. 

Ayam Masala Kimball

AYAM MASALA KIMBALL
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 30 minit
Saiz Hidangan: 8 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani
Kos: +RM21.00

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (anggaran 1.8 kg), potong sebesar 4 sm
2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
½ cawan Sos Lada Hitam Kimball
3 sudu besar serbuk cili
1 ½ sudu besar serbuk kunyit
100 g halia, dihiris
5 ulas bawang putih, dihiris
2 bawang merah, dihiris halus
1/3 cawan minyak
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh jintan putih
4 sm kulit kayu manis
2 tangkai daun kari
1 botol Sos Spageti Tradisional Kimball
Garam, secukup rasa

Cara memasak:
1.    Letak ayam dalam mangkuk adunan besar dan gaul dengan Sos Berperisa Tiram Kimball dan Sos Lada Hitam Kimball, serbuk cili dan jintan putih. Perap 10 minit. Masukkan ¼ cawan air bersama halia, bawang putih dan bawang, kisar halus. Ketepikan
2.    Panaskan minyak dalam periuk atas api sederhana. Masukkan biji sawi, jintan putih, kulit kayu manis dan daun kari. Apabila biji sawi meletup letup, campur pula bahan kisar. Kacau selalu sehingga bahan menjadi perang.
3.    Masukkan ayam (bersama bahan perapan) dan goreng anggaran 15 minit. Tambah Sos Spagetti Tradisional Kimball dan 1 1/2 cawan air. Biarkan mendidih, barulah perlahankan api. Sesekali kacau sehingga ayam empuk dan kuah pekat – anggaran 20 minit. Perasakan dengan garam.
Hidangkan segera sementara panas.


Gado-gado Raya Kimball


GADO-GADO RAYA KIMBALL          
Masa Penyediaan: 30 minit
Masa Memasak: 20 minit
Saiz Penyediaan: 8 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani


Kos: +RM18.00


Bahan-bahan:
Untuk sos:
2 sudu besar minyak
2 sudu besar pes cili
½ cawan Sos Lada Hitam Kimball
½ cawan Sos Cili Kimball
½ cawan santan
2 cawan air
1 1/2 cawan (180g) kacang tanah panggang, tumbuk halus

Untuk salad:
6 batang kacang panjang, potong 5sm panjang, dicelur dan disejat
3 cawan hirisan kubis, dicelur dan disejat
1 ikat kecil kangkung, petik 5 sm, dicelur dan disejat
2 biji kentang, direbus dan dihiris tebal
3 biji telur rebus, dipotong baji
3 keping taufu, digoreng dan dipotong 2 sm kiub
1 biji sengkuang, diparut halus
2 keping tempe, digoreng dan dipotong 2 sm kiub
1 biji timun, diparut halus
1 tin Kacang Kuda Kimball, disejat

10-20 keping keropok melinjau

Cara memasak:
1.   Untuk sos: panaskan minyak dan tumis cili giling atas api perlahan sehingga masak dan naik minyak. Campur Sos Lada Hitam Kimball dan Sos Cili Kimball. Biar 5 minit, kemudian masukkan santan dan air. Bila didih, tambah kacang. Masak 10-15 minit lagi, kacau selalu sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan rasa.
2.   Letak semua bahan salad dalam pinggan besar.
3.   Hidang bersama sos dalam mangkuk lain.

Selain itu resipi Sajian Bijak Raya Kimball ada Gado-gado raya, Taufu Sumbat Goreng Kimball, Nasi Kerabu Goreng Kimball dan paling istimewa Kek Velvet Hitam 
sebagai pencuci mulut. 

Menurut Cik Tania Lee, Pengurus Kategori Campbell Soup Southeast Sdn. Bhd., Kimball amat memahami bahawa dengan kos hidup sara yang meningkat kinik, ibu-ibu terpaksa mencari cara yang lebih efektif lagi bagi memaksimakan setiap sen yang dibelanjakan dalam persediaan menyambut hari raya. Dengan adanya ciptaan resipi-resipi Sajian Bijak Raya Kimball ini dapat juga membantu kita semua berjimat. Bayangkan dengan RM100 hidangan untuk 8 orang dapat disediakan. So kalau dah begitu boleh lah kita tukar langsir raya baru sebab bajet hari raya dah ada lebih kan hihihi. Untuk lebih maklumat mengenai ini korang layari KIMBALL atau ke Facebook mereka iaitu www.facebook.com/KimballMalaysia bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai produk Kimball dan panduan bagaimana menghasilkan hidangan lazat mengunkan ramuan-ramuan ringkas yang diperolehi di rumah dengan harga yang sangat berpatutan. 



Kolin harap dengan perkongsian ini korang semua ada lebih banyak idea bila nak fikir menu di Aidilfitri nanti. Yang penting hidangan tu dalam bajet kita dan lazat untuk dijamu buat semua tetamu kan. Jangan lupa ok, cuba resipi Kimball yang kolin kongsi tau. 

Love, 

Kolin Zainal 

Pelbagai barangan bayi dari Babyhood Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat semua ibubapa kini korang ada pilihan yang sangat bagus dan terbaik apabila korang menimang cahaya mata. Pada kolin ianya pasti 'good investment' buat korang. Sebab boleh pakai lama dan baby cot ini di inspirasikan untuk pelbagai guna. Maknanya korang boleh pakai Sova Cot ini dari umur bayi sehinggalah anak dewasa. Jangan tak tahu ianya selamat, dan telah di uji oleh Australia Standards dari Furntech, ternyata ianya di antara yang terbaik. Kayu yang dijuga bermutu tinggi, ternyata Kaylula Sova Collection dari Babyhood adalah terbaik buat kita semua. Mana yang mencari katil buat si comel boleh lah cuci mata dan tengok sendiri gambar-gambar kat sini. Kolin yang anak dah besar-besar pun teruja sangat tengok katil yang pelbagai guna ni tau. 

Sova Cot ada 5 fungsi iaitu yang petama, Bassinet


Yang kedua, Cot


Yang ketiga: Katil budak atau toddler bed


Kerusi dan meja untuk belajar dan bermain


Atau jadikan ianya playpen atau ruang bermain yang ada pagar. So satu ini boleh pelbagai guna, dan bayangkan kalau korang invest beli unit yang ini boleh pakai sehingga umur 6-7 tahun tau. Lagi bagus dengan kualiti yang ada korang boleh pakai sehingga anak kedua, ketiga atau seterusnya. Apa yang boleh kolin katakan, good investment tau.

Kayu yang dijamin tahan lama dan selamat digunakan. Dulu memang tak tahu kan, tapi sekarang dah tahu so kenalah berubah kepada yang lebih jimat kos dan tahan lama kan. 
Yang ini pula Amani 4 in 1 cot. Mempunyai rekaan yang sangat mewah bagai sang putera dan puteri. Mengunakan kayu yang solid dan mewah sokongan yang sangat kuat amat penting untuk si kecil. The Amani Cot ini memang senang dengan fungsi yang ada. Kalau korang nak ambil anak dalam ni pun senang sangat, sebab boleh buka tepi tu. Mengunakan grad A kayu balak dari New Zealand memang membuatkan kita rasa selamat. Produk dari babyhood ini selamat dan tentunya berkualiti tinggi.

Yang ini cot yang mempunyai 2 level untuk bassinet dan juga katil budak. Kalau korang tengok dalam gambar pun dah tahu kan, ianya bermutu tinggi. Ada 2-3 warna yang boleh korang pilih mengikut selera memasing. Bagi kolin, putih memang lah lawa sangat kan. Sesuai untuk bilik bayi, betul tak?



Jika tidak digunakan sebagai katil, kita juga boleh gunakan ianya sebagai sofa atau tempat duduk kanak-kanak setelah tidak digunakan sebagai katil bayi. Ini kan cantik, ada dua warna pilihan untuk korang pilih. Kalau kolin sudah tentu lah putih, sebab english taste gitu
Comel juga kalau letak kat ruang tamu buat anak-anak menonton TV kan. Lagi selesa dan paling penting mereka ada tempat melepak sendiri. Kita kan memang digalakkan mengadakan ruang selesa buat anak-anak. 

 Ini pula Diva Glider. Ianya memang menjadi idaman buat ibu-ibu berehat. Lagi pula dengan pelbagai sokongan yang ada buat ibu relak dan anak juga selesa. Kalau kat sini nak menyusukan anak pun selesa sangat. Siap boleh angkat kaki lagi, so tak lah lenguh kaki si ibu menunggu sambil menyusukan anak kan. Kolin bagi A+ untuk yang ini. Buat suami-suami yang baca artikel ini kolin harap ada duit lebih jangan lah kedekut nak beli tau. Inikan buat keselesaaan yang tersayang kan. Kata sayang hihih


ada juga warna hitam




Tak kira lah warna apa apa atau yang mana satu, apa yang kolin boleh cakap. Semua produk mereka dari Babyhood memang di kalangan yang terbaik. Apa sahaja bagi ibu dan anak korang boleh cari kat laman web mereka. Barangan berkualiti dan paling penting selesa dan selamat tau. So inilah perkongsian kolin hari ini buat korang yang bergelar ibu bapa. Semua nak yang terbaik kan ? Inilah antara yang terbaik buat yang tersayang. 

Love, 

Kolin Zainal 

Gema Ramadhan di The Venue, Shah Alam

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat kawan-kawan yang nak menambah listing buat berbuka di bulan puasa nanti, kolin ada satu tempat baru yang boleh korang cuba. The Venue Shah Alam yang terletak di seksyen 15 Shah Alam (sila waze tau), yang baru dibuka ini menawarkan pakej berbuka puasa Gema Ramadhan yang menyajikan lauk pauk tradisi kampung pada harga RM63 nett untuk dewasa dan RM43 nett bagi kanak-kanak berumur 4-12 tahun. 



Bermula dari 6.00 petang sehingga 9.30 malam, dari tarikh 27 May 2017 nanti korang dah boleh telefon di talian 019-8585825 untuk tempahan buat berbuka bagi sekeluarga. Untuk yang nak pergi kolin memang cadangkan korang waze ok. Alamat No. 15, Jalan 15/22, Seksyen 15 Shah Alam Selangor memang mudah untuk di cari. Tapi elok waze ok, sebab tempat ini tempat baru sangat. Buat yang nak tengok bagaimana lawanya lokasi ini sila ke laman web sosial mereka ok 


Ini diantara menu yang ada buat korang berbuka nanti.






Jadi jangan lupa kalau nak cuba tempat baru untuk berbuka, The Venue Shah Alam antara yang korang boleh cuba. Menyediakan ruang yang sangat tenang dan cantik memang boleh buat lokasi majlis perkahwinan untuk bakal-bakal pengantin. 


So nanti dah sabtu, dan bermula lah 1 Ramadhan. Buat semua pengunjung blog kolin, seribu kemaafan kolin pohon untuk segala kesalahan dan salah silap. Semoga ramadhan ini kita dapat beribadah dan berbuat sebanyak mana pahala buat bekalan. 



Mohon maaf sekali lagi, dan selamat berpuasa semua !!!

Love, 

Kolin Zainal