assalammualaikum dan salam sejahtera
Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia !!! Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kemudahan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kita semua.
Alhamdulillah, suami dan anak-anak kolin memang celebrate hari ibu. Memang orang kata hari-hari ialah hari Ibu. Tapi apa salahnya kalau ada satu hari istimewa raikan ibu kan. Tak salah pada kolin, terpulang pada niat korang ajelah. Yang pasti kolin suka apa yang suami dan anak-anak buat.
So semalam suami kolin suruh kami semua bersiap-siap untuk keluar makan tengahari. Jadinya kolin cuti lah masak yeay!!! Alhamdulillah orang nak belanja kita makan. Dalam kereta puas tanya suami, nak pergi mana ni..nak pergi mana ni..
Tapi suami kita cakap SURPRISE. Wahhhh....ada gezutan,,ahkak sukak hahahhaha
Akhirnya kereta kami berhenti di depan kereta ini. Waa selalu dengar dan pernah tengok dalam Majalah 3 sebelum ini. Akhirnya dapat juga kolin merasa makan di Menate.
Menurut kata suami, yang ini baru sahaja di buka. Kemas dan selesa sangat.
Pekerja di sini sangat membantu. So pada korang yang first time nak datang jangan segan nak tanya bagaimana nak order di sini. Memula kami pun kalut juga, sebab tak banyak dalam menu kan. Tapi rupanya banyak sangat jenis daging yang boleh korang pilih untuk rasa. Dari ratusan ringgit Malaysia sehinggalah puluhan ringgit Malaysia. Pendek kata tengok lah pada bajet yang ada.
Sorry lah gambar sedikit goyang sebab excited tengok semua range harga daging yang ada di sini. Disebabkan kolin first time datang di Menate ini, kolin dan ali imran pilih promo mereka ajelah.
Promosi harga dari RM48 kepada RM24 sahaja.
Dan suami kolin pilih daging kambing untuk di cuba. Dia pilih cara masakan Medium Well.
Untuk minuman pula, kalau pilih stik atau set memang dah free minuman. Tapi kalau nak air masak putih pun ada juga. Tapi lagi menarik di sini, air boleh di refill. Maknanya korang ambil lah berapa kali air, apa jenis minuman pun FREE.
Inilah dia Extremely Patties Wagyu Meat Quarter Pounder Size
Lembut, sedap, berasa dan memang berbaloi dengan harga yang dipromosi. Nasihat kolin kalau korang nak rasa yang ini dengan harga RM24.00 cukup murah tu. Datang lah sebelum 30 June 2016.
Ini bukan pergi food review nak puji melangit, ni memang pengalaman kolin makan sendiri.
I bayar ok..bukan free tau. Berbaloi dengan harga..memang penat nak habiskan sebab portion dia besar.
Ini pula stik atau lamb chop yang dipilih suami. Siap mash potato dan sedikit sayur.
Malas nak cakap dah..tengok gambar pun korang dah tahu. Yang ini dalam RM40 kut harganya. Tapi berbaloi sebab siap masak dan side dish plus air lagi.
Alisa macam biasa dia pilih kentang goreng sahaja lah.
Bestnya dapat celebrate makan di Menate, terima kasih En. Suami
Nanti jangan lupa belanja kita lagi hehehhehe
Korang yang memang hantu stik atau nak merasa apa sedapnya stik pada harga yang amat berbaloi. Sila lah ke Menate Steak Hub dan pilih sendiri daging pada bajet anda.
Tengok tak aku dah gemuk tu..uwaaaa
Jom Menate !!
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you