assalammualaikum dan salam sejahtera
Hari ini dah 19 Mei dan korang jangan nak buat-buat pitam pada 6 June 2016 ini kita semua akan berpuasa. Bila dah masuk bulan puasa atau Ramadhan salah satu aktiviti mengeratkan silaturrahim adalah berbuka bersama-sama. Kolin ada cadangan tempat berbuka yang berbaloi untuk anda sekeluarga.
Acara penuh meriah apabila dua pengacara ini bergabung iaitu Sharifah Nadia dan Maria Tunku Sabri. Memang gamat dengan persembahan tarian kebudayaan, persembahan gendang dari pelbagai kaum di Malaysia, bersilat ...kalau nak cerita memang tak panjang ini. Tapi memang majlis perasmian ini grand.
Acara dimulakan dengan ucapan dari YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, perasmian Hot Catering sebagai katerer rasmi di The Club @ Bukit Utama. Dan juga sedikit ucapan dari Chef Yang Jamil, Chef Warisan Negara.
my pretty Alisa
Hot Catering di The Club @Bukit Utama ini menjanjikan semua hidangan bercirikan makanan yang selalu mak kita masak tau. Kenalah dengan tema "Nikmati Sajian Dari Dapur Bonda" kan.
Bermula dari 8 Jun 2016 sehingga 1 Julai 2016, Early Bird Promotion iaitu potongan harga 20% ke atas tempahan sebelum 31 Mei 2016.
Dan kalau tempah untuk 9 orang, dapat percuma untuk lagi seorang.
Untung lah kan!!! Boleh makan reramai kat sini. Harga Promo mereka iaitu RM55 (sah sehingga 31 Mei 2016), selepas itu harga berubah ke RM69 per pax. Untuk kanak-kanak RM30 (sah sehingga 31 Mei 2016), selepas itu RM39 per pax.
Percuma untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah.
Jom kita review apa lauk pauk yang ada. Sila tahan air liur anda dari meleleh ya hihih
Ini hanyalah sebahagian lauk. Kerabu ada banyak kerabu, lauk ada banyak lauk, kek ada banyak kek. Dengan sate, nasi ayam, nasi pengantin dan memang kolin rasa kalau korang nak berbuka di sini memang terbuka selera. Sebab memang semua lauk pauk bonda atau mak-mak yang dihidangkan.
Ramadhan takde kambing bakar tak sah kan!!
Kalau nak tempah dan tahu apa menu yang ada korang boleh call untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
013-366 6039 Khairul
017-298 2503 Azhani
013-356 2008 Eddy
011 1859 2726 Chef
013-6391071 Dhirar
017-379 0654 Ain
Ada pelamin boleh korang posing macam kolin ini. Perasan jap duduk pelamin cantik ni. Sebab dulu masa menikah naik pelamin biasa-biasa aje. Ni siap effect lampu glamor lagi.
So maknanya, bukan setakat korang boleh makan untuk berbuka puasa kat sini sahaja. Kalau nak tempah majlis perkahwinan pun boleh juga di The Club @Bukit Utama ini. The Malay Wedding Exclusive ini ada pelbagai pakej yang boleh korang pilih kalau nak kenduri kahwin kat sini. Ada pakej Akasia, Allysum atau Azalea. Pertanyaan lanjut sila hubungi 013-366 6039 atau 016-6656039
Untuk penempahan atau apa sahaja boleh layari www.hotcatering2u.com atau FB mereka www.facebook.com/hotcatering atau www.instagram.com/hotcatering
Ok jom sambung gambar makanan yang ada lagi. Biar meleleh ayaq liuq kita yaa
meratap gambar-gambar hidangan yang ada huhuhu
Jangan lupa try berbuka di The Club @Bukit Utama ok..dekat aje dengan IKEA tu.
Sekian Terima Kasih
Love,
Kolin Zainal
kambing tk tahan tu...ank teruna ko mana...xnmpk
ReplyDeleteada..cuma tak letak gambor sini ahhaha
Deletemana leh tinggal wei