assalammualaikum dan salam sejahtera
Kalau ke Johor Bahru dan mencari penginapan yang selesa boleh lah cuba Hotel Crystal Crown yang terletak dekat dengan Shopping Complex KSL ini.
Inilah twin bed yang cukup selesa. Bilik sangat selesa dan luas. Ada sign kiblat juga.
TV yang cukup besar disediakan juga.
Kerusi rehat juga disediakan di dalam bilik tau.
Boleh lah nak relak-relak sambil minum kopi panas yang disediakan dalam bilik ini.
Tinggal bancuh sahaja.
Ini lah view dari tingkat 15, Hotel Crystal Crown di JB.
Ni pasal flash atau pantulan, so korang tak nampak laa macam kolin nampak.
Hakikatnya lawa sangat...sayup mata memandang.
Ni kalau tak buat memang pelik lah kan. Selfie dalam bilik ayaq hotel.
Siap ada hair dryer..senang nak keringkan rambut sebelum pakai tudung.
Kolin selalu pentingkan yang ini, sebab kalau tak memang hangkut laa dryer yang ada kat rumah tu.
Bilik air siap bath tub. Kalau datang boleh laa rendam badan dalam air panas kalau ada masa.
Selesa dan seksi ..sebab kalau buka tirai tu ..cermin tau hahahha
boleh laa korang buat 'show'. Itu yang untuk pasangan bulan madu yaaa..
Yang tak bernikah jangan nak buat...rotan karang.
Ada juga bantal extra disediakan. Itu seterika baju, korang kena request juga dekat housekeeping. Untuk makan breakfast, lunch dan dinner kat sini biasa-biasa sahaja.
Tiada yang istimewa untuk kolin sharekan. Semua biasa sahaja, macam kita makan kat hotel selalu tu.
Ini lah kisah penginapan kolin selama 2 malam di Crystal Crown Hotel Johor Bahru.
Terima kasih kepada Esther yang sudi melayan kolin dan team.
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you