Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Bercuti ke Kuala Perlis

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kalau dah balik Kedah rasa rugi pulak tak singgah ke Perlis kan. Bukan singgah, tapi menyampai namanya hahhaha. Kali ini kolin bersama keluarga sebelah Hubby ke Kuala Perlis dan akan menginap di T Hotel yang betul-betul berhadapan dengan Jeti nak ke Langkawi tu. Memang mengadap bebetul. Bilik yang kami book pula satu katil queen dan satu single. Inter-connecting door dan sesuai jugaklah kalau nak menginap beramai-ramai tu. Lain kali nak ke Langkawi boleh stay sini dulu kalau penat kan.


Sempat snap shot masa dia bukan main fokus driving. Maklumlah kami konvoi 3 biji kereta. 
Fokus oiiii...sebab esok plan nak ke ladang harum manis.


Dah sampai pun Kuala Perlis dalam 2-3 jam sahaja dari Sg. Petani tu.
Dah agak lewat petang kami semua check in di T Hotel lah dahulu. 

Ruang tidur


Tandas yang selesa


Ada televisyen, wifi, tuala mandi 3 helai, meja bersolek dan juga sejadah.
Cukuplah untuk penginapan kami semalam sahaja kan. 


 Ini pemandangan matahari terbenam masa kami berdua dating-dating makan laksa hihihhi


Bila lagi nak tinggal anak pergi dating berdua kan. 
Inilah masanya. Nanti sebelah malam kami akan datang kat sini balik untuk makan malam pula.
Kali ini menu ialah makanan laut yeay...


Panjang tak meja kami, inilah keluarga sebelah suami kolin. 
Order dah, tunggu sahaja makanan yang kami order tu sampai. 
Semua kat sini harga berpatutan. Boleh tanya dahulu.
Banyak sangat gerai kat sini, rasa tak ok..pindah saja ke gerai lain ok.


Sotong goreng tepung, sekilo kami order
so dia buat dua pinggan atau dua hidang lah kata sesetengah orang


Petai bakar dan sambal belacan mesti lah kene ada kan.


Tomyam campur buat kuah-kuah aje
Dan lauk-lauk lain kolin lupa nak tangkap gambar sebab sibuk makan hahahha
Teruk betul kan. Sebab dah lapar wei..lepas tu makan pulak beramai-ramai.
Memang kecoh dan meriah lah. Tapi percayalah kata kolin, kalau korang ke sini jangan lupa
makan seafood mereka ok. Ada kerang besar-besar, lala, ketam, udang dan pelbagai jenis ikan yang korang boleh cuba, Kalau tak dapat ke Sabah, ke Kuala Perlis pun tak kurang hebatnya.


Ini gambar yang sempat anak dara kolin snap. Senget pun sengetlah Alisa janji ada.
Esok nak bersiap untuk ke Ladang Harum Manis pula. Tetiba FB kolin penuh orang nak order.
Sorry lah kengkome semua, duit yang ada cukup untuk saya membeli belah. 
Nak belikan untuk orang lain memang tak cukup dana. Sorry tau !

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you