Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Sentuhan Ramadan Berbuka Puasa di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat siapa yang tidak tahu lokasi Pearl International Hotel ini, ianya terletak di Batu 5, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Dekat betul dengan Yaohan lama dulu tu. Kalau dari zaman kolin dulu, memang 
Yaohan glamor habis tau. 

Kali ini Pearl International Hotel, menjanjikan hidangan untuk berbuka puasa dengan tema 'Sentuhan Ramadan Berbuka Puasa' bagi semua tetamu yang ingin datang berbuka puasa di sini. 
Terletak di aras 5 Hotel ini, sudah tentunya Cafe 5, Pearl International Hotel amat selesa buat sekeluarga.


Bermula 6 Jun sehingga 4 Julai 2016, Pearl International Hotel bakal menyajikan hidangan enak setiap hari bagi yang ingin berbuka puasa di luar. Macam kolin lah kan, balik kerja jalan jem, nak masak lagi, memang renyah dan penat sangat. Tak salah kalau kita bawak keluarga kita cuba berbuka di luar kan. 

Pearl International Hotel memperkenalkan Eksekutif Chef Francis Tan bersama krew mereka yang berdedikasi bagi menyediakan semua hidangan. Pelbagai masakan melayu tradisional korang semua boleh rasa. Ada rojak buah, pelbagai jenis kek, pajeri nenas, sambal petai ikan bilis, sayur jawa, lontong, nasi kandar, gulai daging kawan dan kalau nak kolin senaraikan memang karangan ni 15 muka surat. 

Dengan menu berbeza-beza setiap hari memang korang akan rasa teruja nak berbuka di sini. Telefon 03-7983 1111 ext 3203 atay 3205 (Alan Wong/Izzwan) untuk membuat tempahan ok.

Cerita banyak-banyak tak guna kan. Jom kita tengok sendiri kelazatan hidangan 
sempena ramadhan di Pearl International Hotel.










Dari Timur sampai ke Barat semua ada di sini. Masih tak nampak meriah kan. 
Jom kita bagi gambar lagi. Sila tahan air liur anda dari meleleh ok.




Tak cukup dengan itu, pelbagai buah-buahan dan jenis manisan yang disediakan. 
Ada bubur lambur dan bubur cha-cha juga tau. Ulam dan sambal belacan, tempoyak, budu pun ada.
Memang confirm akan terbuka selera kalau berbuka di sini. Cuti memasak ok sangat kan. 







Haa nampak tak spread buffet dia memang banyak sangat pilihan. 
Tempat duduk pun cukup selasa tau. 

Sentuhan Ramadan Berbuka Puasa yang bakal bermula dari 6 Jun sehingga 4 Julai 2016 mengenakan harga yang sangat berpatutan iaitu RM98+ untuk dewasa dan RM45+ untuk kanak-kanak dan warga emas umur 55 tahun ke atas. 

Bagi yang ingin buat gathering atau berbuka beramai-ramai, ada penjimatan untuk anda. Dengan membeli buku baucar ramadan yang bernilai RM650 nett sahaja. Untuk dapat harga 'early bird promotion' ini, korang boleh call Mr. Lawrence Khoh di talian 03-7983 1111 ext 3309 atau 016331840. Tapi kena beli sebelum 5 Jun 2016 ok. Baru lah dapat satu lagi baucar tambahan percuma sempena buffet ramadhan yang mereka adakan ini. Cepat booking yaa !!


Tempat yang bersih dan selesa. Cukup untuk semua. 
Kolin makan yang ini hari tu, memang menu buka puasa yang amat-amat istimewa. 
Jemput makan ya semua !!! Nasi panas, petai, ulam, kambing golek plus sambal tempoyak..ohsemm~!~


'The Pearl of Klang Valley
Pearl International Hotel'


Love,

Kolin Zainal

2 comments:

  1. mata ai terus tertancap ke kambing golek..hehehehe....apapun paling menarik gambar u ngan buah2 tu...geram kat buah2 tu..pelbagai...

    ReplyDelete

loving me..loving you