Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Super ICT SALE di Plaza Low Yat

Assalammualaikum & salam sejahtera

Kali ini Plaza Low Yat telah mengadakan Super ICT Sale untuk semua para pengunjung yang hadir.


Menarik kan!! Setiap pukul 1.00 atau 5.00 petang ada Hot Deals Up for Grabs antaranya ada pendrive RM5, Western Digital 1TB Hardisk RM129.00, Bluetooth Headphone RM69.00. Untuk esok pula 1 May 2016 akan ada Pineng Power bank 10000mh RM25.00, Huawei Y5C RM159.00, HP Deskjet Printer RM99.00, Sport Pouch RM15.00 dan Remax 2 in 1 Cable RM 5.00. Kolin nasihatkan pergi awal-awal dan beratur untuk dapatkan apa jua barang ICT idaman korang.

Datang awal-awal dan beratur ok.



Pembelian di sini dilakukan secara sistematik ok. Jangan risau lah hal berebut atau apa. Semua teratur dan ada juga kawalan keselamatan.



Selain itu, Plaza Low Yat juga memberikan tiket wayang untuk 2 orang secara PERCUMA. Korang hanya perlu bergambar dengan Super Heroes yang berada di ruang legar jam 1.00 dan 5.00 petang. Macam yang kolin posing ini, Like FB Plaza Low Yat seterusnya upload gambar tu dengan caption korang tersendiri. Tiket wayang untuk menonton apa jua filem untuk 2 orang terus menjadi milik anda. Senang- senang aje kan dapat tengok wayang FREE. Esok ada lagi, jangan lupa pergi ok.




Posing macam kolin ni tau. Mudah sangat nak menang tiket wayang FREE. Ada 60 tiket wayang untuk dimenangi korang semua.



Selain itu buat pengunjung Plaza Low Yat yang berbelanja melebihi RM200 dapat bermain permainan yang disediakan dan menangi hadiah- hadiah yang menarik. Resit boleh gabung tau bukan satu resit.

Lagi tambah syiok selepas main game menangi pelbagai barangan ICT yang disediakan oleh Plaza Low Yat. Yang bertuah pula bakal memenangi Grand Prize bernilai lebih RM20,000.00. Hah..mana tahu tuah badan menang lucky draw kan.



Jadi jangan lepaskan peluang membeli barangan ICT pada harga berbaloi dan memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan di Plaza Low Yat. 

Kolin happy sebab dah dapat tiket wayang. Balik ini boleh lah dating dengan yang tersayangkan. So korang yang weekend tak pergi ke mana-mana boleh la pergi ke Plaza Low Yat dan lihat sendiri kemeriahan Super ICT Sale yang diadakan.





Jangan lupa bawa kawan-kawan dan keluarga ok. Segala-galanya berbaloi untuk korang miliki.

Love,

Kolin Zainal


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you