Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Lebaran ShowCase 2016 dari BAHARI ASYEK

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat yang baru nak mengenali Bahari Asyek, Selamat Datang kolin ucapkan. Bahari Asyek yang beroperasi dua butik mengunakan label yang sama, Bahari Asyek Fabrik dan Busana Bahari Asyek khusus dalam penjualan fabrik dan pakaian siap tradisional yang semakin mendapat tempat di hati peminat tempatan dan juga antarabangsa. Menawarkan produk bermutu dan berkualiti, Bahari Asyek sememangnya menjadi pilihan pengemar yang dah tahu lama akan keaslian dan mutu produk dari Bahari Asyek.


Bertempat di Concorde Hotel Shah Alam, Bahari Asyek telah memperkenalkan koleksi atau ShowCase Lebaran 2016 yang sememangnya anggun. Setiap kali koleksi Bahari Asyek di peragakan atas pentas tak putus-putus mata kolin memerhatikan cutting atau potongan sesuatu busana yang digayakan. 
Memang dalam kerlas yang tesendiri.


Tampil penuh tradisi di acara pembukaan semalam memang dah meletakkan Bahari Asyek di dalam kelas yang tersendiri. Untuk koleksi tahun 2016, pengunaan fabrik yang diperbuat daripada 'natural fibre' seperti kapas, voil, linen, rayon dan sutera menjadi keutamaan di dalam pemilihan fabrik Busana Bahari Asyek.

Cukup sesuai dengan keadaan negara kita yang agak panas kan. Sempena Syawal yang bakal menjelang, Busana Bahri Asyek mengorak langkah baharu menghasilkan pelbagai busana menarik yang dikhususkan untuk dipakai di hari raya nanti. Bohonglah kolin cakap tak jatuh cinta dengan koleksi yang diperagakan semalam. Memang lawa sangat dan lagi buat kolin jatuh cinta dengan koleksi mereka ialah 'Baju Kurung Archipelago' selain kebaya labuh Che Siti Wan Kembang dan kurung Tun Teja yang menjadi ikon Bahari Asyek. Pemilihan kain berteraskan kapas yang bermutu tinggi lagi sesuai lah digayakan di hari raya nanti kan.


One of my favourite baju kurung!!! Lawa kan.


Kebaya juga ada diperagakan. Menampilkan warna polos dan juga bercorak, Bahari Asyek memenuhi permintaan peminat fesyen yang mementingkan keselesaan dan penampilan yang tampil elegan. 

Bagi yang menyambut tetamu di rumah, pelbagai fesyen dan corak berteraskan kain polos juga ada untuk koleksi kali ini. Ada juga ditambahkan dengan penambahan sulaman dan manik dan memeriahkan lagi koleksi. Setiap tahun, Bahari Asyek mengadakan pertunjukkan fesyen bagi memperkenalkan dan membawah fesyen tradisional ini jauh ke hadapan. Selain potongan yang diberi pembaharuan, fesyen dan fabrik juga berbeza saban tahun. Inilah kelainan Bahari Asyek.

Pemilik Bahari Asyek, Puan Zahalina menyatakan, beliau sanggup ke Dubai, Turki, Mesir dan Pakistan bagi mendapaktan fabrik yang bermutu bagi menghasilkan koleksi Bahari Asyek. Semua ini bagi menjaga pelanggan yang senantiasa menantikan kelainan di Bahari Asyek. 

Jom kita tengok antara koleksi yang ada di Showcase Lebaran 2016 oleh Bahari Asyek








Memang lawa dan tak puas tengok semua koleksi ini. Yang nak pergi tengok sendiri macam kolin ini. Jom beramai-ramai ke Butik Bahari Asyek yang berada di Tingkat 1, Plaza Masalam (Plaza Shah Alam) yang bersebelahan dengan Concorde Hotel Shah Alam di Seksyen 9. 

Kepada yang berminat untuk mendapatkan fabrik atau ingin berniaga boleh juga ke butik atau telefon sahaja butik di 03-5513 5310. Nak tengok banyak lagi perkembangan fesyen dan busana dari Bahari Asyek sila layari www.facebook.com/BahariAsyek atau www.instagram.com/BahariAsyek

Tak sabar nak pergi beli sehelai dua koleksi syawal dari Bahari Asyek. 
Raya nanti boleh lah kolin OOTD dengan Bahari Asyek kan. 
Tahniah buat pemilik ini, Puan Zahalina dan juga suaminya.

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you