Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Fresh To Go dari 7 Eleven

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ingat tak dulu kolin pernah share pasal Fresh to go dari 7 Eleven? Kalau tak ingat ada di sini


Ada pelbagai jenis hidangan makanan yang korang boleh dapat di sini ada nasi goreng, sandwich, salad, roti, kek dan pelbagai lagi. Lagi best rangkaian Fresh To Go dari 7 Eleven adalah dijamin kesegarannya. 
 Ini contoh yang ada kalau korang semua ke 7 Eleven dan nak cari Fresh to Go



Korang sedia maklum kolin adalah seorang ibu yang bekerja. Nak cerita perjalanan kolin balik hari-hari dari Shah Alam ke Jinjang Utara memang lah jauh ditambah pulak dengan kesesakkan lalu lintas pula kan. 
Jadi kolin memilih Fresh to Go untuk keluarga kolin. Lagi pulak kolin mempunyai dua orang anak yang sedang membesar. Kali ini kolin singgah di 7 Eleven dan kami dapatkan kek dan roti bagi alas perut sebelum makan malam. Sebab kami semua nak makan malam bersama Papa kan. Jadinya penyelesaian terbaik ialah pergi ke 7 Eleven dan dapatkan Fresh to Go.


Inilah pilihan kami untuk makanan waktu minum petang sebelum makan malam. 
Kolin memilih sponge kek, Alisa memilih muffin coklat dan Imran memilih roti cheese stik untuk alas 
perut sebelum makan malam. Jangan tak tahu, semua ini disediakan segar hanya di 7 Eleven. 


Mudah dan sedap untuk pilihan kami seisi keluarga sebelum menjamu selera dengan makan 
malam sebagai sebuah keluarga yang lengkap. 


Lihatlah sendiri, anak dara kolin suka giler dengan Muffin Coklat dari Fresh to Go.
Korang patut pergi dan cuba tengok seleksi hidangan makanan yang ada. Paling kolin suka adalah
nasi goreng kampung dan nasi lemak. Esok boleh cuba untuk lunch pula.

Fresh to Go dari 7 Eleven adalah terbaik untuk ibu yang sentiasa nak cepat macam kolin ini. 
Senang dan mudah, dah siap makan boleh lah anak-anak pergi mengaji atau tuition kan. 
Jangan lupa singgah 7 Eleven ok!

Love,

Kolin Zainal

3 comments:

  1. balik kerja selalu singgah 7E tapi yang tinggal macam biasa la yang akak x makan..hehehe...kena pi awal2 la kan...eh kat KL Sentral xde tau Fresh and Go..ke akak terlepas...

    ReplyDelete

loving me..loving you