Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Guna Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminous System selama sebulan dan lihatlah hasilnya !

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bertuah rasa dapat mencuba rangkaian Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminous System. Satu rangkaian penjagaan wajah yang terbaru ini mengambil unsur berlian yang menampilkan ketelusan, kecerahan, tulen, kulit muka yang sekata dan juga pelembapan optimum.
  
Kali ini kolin nak share pengalaman kolin yang telah mengunakan rangkaian ini selama sebulan. Rangkaian ini sesuai untuk kulit orang Asian. MelaCEP Plus Luminous System ini ada 5 produk iaitu
Ultimate Serum, Foaming Cleanser, Freshener, Mask dan Ultimate Cream


 Rangkaian dari Mary Kay ini memberikan kesan lembapan dan kecerahan yang kekal lama. Sesuai dengan kulit biasa, berminyak atau pun kulit yang mempunyai kombinasi minyak dan kering. Kolin try pakai setiap pagi dan malam sebelum tidur. Memang nyaman dan tidak ada tegang-tegang kulit pun. 

Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminous System telah dicipta dengan baik seperti Ultimate Cream yang boleh dipakai sebelah siang dan malam ini. Kulit lembap dan rasa lembut sahaja. 


Dari kiri: Ultimate Cream, Mask, Freshener, Foaming Cleanser dan Ultimate Serum

Bahan tambahan yang bagus ada di dalam formula MelaCEP Plus+ Luminious System ini antaranya Shiitake Mushroom extract yang mana terkenal dengan kesan ketulenan yang ada di dalam cendawan ini, Edelweiss Extract iaitu tumbuhan bunga di kawasan pergunungan salji, Algae Extract dan juga Vegetables Amino Acids. Selain itu Hexylrescorcinol yang dapat membantu mengurangkan kesan pigmentasi kulit, Maritime Pine dan White Birch Extract untuk mengekalkan melanin 
yang ada di wajah kita. 

Sekarang kolin nak share keadaan kulit kolin sebelum kolin pakai rangkaian 
Mary Kay ini selama satu bulan. Hasil yang memberangsangkan ini membuatkan kolin happy!


sebelum guna Mary Kay

Ada banyak kesan parut jerawat dan juga tona wajah kolin memang tidak sekata. 
Disebabkan kolin mengalami masalah kulit bercampur iaitu berminyak dan kering. Agak sukar nak mencari rangkaian produk yang lembut di muka. Lagi pulak umur dah pertengahan 30an. Memang banyak isu lah.

Kolin ikut peraturan yang telah disediakan maknanya cuci muka, freshener, ultimate serum nipis di muka dan diikuti dengan ultimate cream setiap hari pagi sebelum ke tempat kerja dan malam sebelum tidur. 
Ternyata muka kolin lebih sihat dan sekarang masalah jerawat tak berapa nak ada. Pori-pori di muka kian mengecil. Lagi seronok sekarang kolin tak perlu letak foundation yang tebal nak cover parut. Sebab dengan langkah kecerahan dan ketulenan Mary Kay telah memudarkan parut jerawat kolin secara lembut. Tiada pengelupasan kulit pun berlaku. Dan percayalah, Ultimate Serum dan Ultimate Cream tu tak berminyak langsung muka. Selesa dan lembut sahaja.

Selepas sebulan guna Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminious System

Inilah kulit kolin sekarang. Tak perlu letak foundation tebal-tebal. Kalau perasan kesan hitam pun dah mula kurang. Lagi seronok pori yang terbuka besar dah mula mengecil. Terima kasih Mary Kay sebab berkongsi dengan kolin mengenai produk yang hebat ini. Botol semua besar-besar, boleh tahan lama kalau sekali beli. 

Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminious System khusus untuk kulit orang Asia. Dermatologist tested, clinically tested untuk kesan alergi atau iritasi kulit dan sesuai untuk sesiapa yang ada kulit sensitif. 

Untuk Mask dari Mary Kay ini kolin gunakan 2 kali seminggu.
Sapu sahaja nipis-nipis dan rehat selamat 15 minit sebelum cuci dengan air suam. 
Buat selama empat minggu ternyata kulit makin segar dan lembut sahaja bila sentuh. 

gunakan mask dari Mary Kay seminggu dua kali

 Kolin bebetul tekun mengunakan rangkaian in dan sekarang kulit kolin nampak lebih baik. 
Terima kasih Mary Kay sebab share dengan kolin.

Untuk korang yang masih mencari produk yang bersesuaian. Jangan buang masa bertukar-tukar produk. 
Kolin dan cuba sebulan dan bukan review suka-suka. Inilah realiti kulit tampak makin sihat. 
Raya nanti berseri-seri lah kulit uoolss sebab guna Mary Kay.


Dapatkan maklumat mengenai produk ini melalui Mary Kay Independent Beauty Consultant bermula April 2016. Untuk lebih pertanyaan sila hubungi 03-7711 7500 atau layari sahaja www.marykay.com.my

Love, 

Kolin Zainal




6 comments:

  1. Salam kak. Tumpang tanyaa. Mmg akak pakai full set rasa berkesan ya?? S

    ReplyDelete
  2. hello sis
    sy baru guna semua set ni kecuali mask selama dua bulan...sebulan guna mmg bagus masuk bulan kedua ni jerawat naik tumbuh mcm cendawan...punya la risau sy sis...ingatkan proses tindakbalas kulit tp kalau jerawat makin naik rasa2 nak stop, sebelum ini muka sis bukan jenis bejerawat...cuma kalau nak period aje kluar sbiji dua biji jerawat...jd risau pulak..set ni bukan nya murah pun... apa pdapat sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. set ni memang mahal. almost 1k, tapi kolin gunakan set ni kulit makin lembut dan jerawat parut tu makin pudar. Secara jujur kolin habiskan semua rangkaian set ni tau. Krim, toner, pencuci semua sekali. Hasil sangat memuaskan

      Delete

loving me..loving you