assalammualaikum dan salam sejahtera
Buat semua yang suka mencuba makanan baru, kolin ada tempat baru untuk korang cuba.
Aunty Tartlets yang terletak di No 173 Jalan S2 B22, Pusat Dagangan Seremban 2, Negeri Sembilan ada banyak pilihan hidangan untuk anda pilih.
Hampir semua pastry korang boleh rasa apabila ke sini. Tak jauh pun dari tol kalau nak balik kampung arah selatan tu. Daripada buang duit makan tak sedap dan mahal kat R&R baik singgah makan kat sini. Berbaloi sangat tau. Percaya atau tidak Nasi Lemak di sini mengunakan Beras Basmathi masih RM1.00 dan kalau minum sekali dengan teh o ais, korang hanya perlu membayar RM1.50. Jimat kan!!!
Chicken Wrap RM7.90
Fried Kuey Teow RM6.00
Spaghetti Carbonara RM10.00
Harga bun/roti ini antara RM2.00 ke RM4.50 sahaja
Ini pula pelbagai jenis donut yang ada, tapi ini size mini
Kalau korang datang ke Aunty Tartlets, size donut yang biasa lah ye.
Ada cheese tart, berbagai jenis kek yang boleh korang pilih kat sini. Memang rambang mata kalau datang bersantap di Aunty Tartlets ini. Dari yang bercoklat sehinggalah yang berkeju semua ada.
Harga pula amat berpatutan, janganlah korang risau. Aunty Tartlets yang dibuka dari 9.00 sehingga 7.00 malam ini ambil tempahan juga tau. Tapi kalau kek kenalah 3 hari lebih awal.
Lagi best, semua pastry yang ada di Aunty Tartlets di hasilkan sendiri. Maknanya 100% bumiputera dan bukan dibeli dari luar. Dihasilkan setiap hari fresh tau. Tak jauh pun dari KL ke Seremban 2 lebih kurang 30 minit sahaja dan ianya terletak betul-betul di belakang Mydin Mall Seremban 2.
Jom kolin belanja korang gambar hidangan yang sedap-sedap di Aunty Tarlets !
Terliur kan tengok semua manisan yang ada di Aunty Tartlets.
Memang meroyan tengok semua hidangan yang ada tau. Datang lah bersama keluarga melepak ok.
Inilah kami yang happy ketika makan di Aunty Tartlets ...
Sedap punya pasal Tatie sampai begitu gambarnya tau.
So rugi tak cuba, tempat baru, selera baru, harga berpatutan.
Nanti singgah Aunty Tartlets ok.
Love,
Kolin Zainal
Agak dekat dan senang untuk hakak terjah nanti..masuk wishlist ye...rugi x dapat join last week...
ReplyDeleteBiskut ala2 almond london tu sedap !!! teringat ingat..
ReplyDeleteUntung la makan sedap oiii..hahahahha
ReplyDeleteDok teringat-ingat makanan dia yang sedap tu hu hu hu
ReplyDeletetengok gambar rasa geramm sedap lapo semua ada. hahaha
ReplyDeleteYg dlm.balang lagi sedap .. soft cookies weii
ReplyDeletetgk gambar terliur2.. adehh harus repeat nih... next week sabtu ahad program penuh.. huwaaa
ReplyDeleteWaaaa kena terjah ni, dekat pulak dengan rumah,mau hari-hari datang sini hehehe
ReplyDelete