Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Kempen #DontWorryMom dari Seven Seas

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bagi yang belum tahu Seven Seas adalah salah satu jenama supplement atau makanan tambahan di bawah Merck, dan mereka adalah yang paling lama di dalam dunia pharmaceutical dan chemical di dunia.
Seven Seas percaya kesihatan bermula dengan nutrisi yang baik. Oleh itu dengan adanya kepakaran dan standard yang bagus dari mereka Seven Seas mampu menyediakan supplement yang terbaik buat seisi keluarga. Ditubuhkan dari tahun 1935 dengan memperkenalkan Cod Liver Oil kini pelbagai makanan tambahan telah dihasilkan malahan untuk kanak-kanak juga. 

Baru-baru ini kolin telah dijemput untuk menghadiri pelancaran kempen #DontWorryMom yang diadakan di Kidzania. Kempen yang memberikan kita kesedaran mengenai kesihatan dan keperluan anak-anak kita ini bakal memberikan impak yang besar kepada kesihatan mereka. Kalau nak tahu sekarang ini Seven Seas ada rangkaian supplement yang terbaik. Produk mereka di bawah "Little One' termasuklah Kids Multivitamin Syrup bresama Cod Liver Oil, Kids Probiotic Multivitamins dan mempunyai perasa 3 gummies yang berbeza. Setiap produk ini mempunyai pelbagai nutrisi dalam membantu tumbesaran kanak-kanak. 


Acara dimulakan dengan ucapan dari Mr. Richard Lee, General Manager of Merck Consumer Health Divison, Malaysia. Meceritakan kejayaan Seven Seas beliau juga menyatakan kempen #DontWorryMom bakal memberikan pelbagai aktiviti menarik sepajang tahun termasuklah khidmat komuniti. Mengucapkan terima kasih kepada semua media yang hadir, beliau juga berkata semoga sokongan dalam menyebarkan mesej yang positif kepada masyarakat bakal berteruskan . Dan sekali gus melancarkan filem web yang pertama dari Seven Seas. 


Pelancaran dan gimik oleh Seven Seas bagi pelancaran kempen #DontWorryMom



Bagi memberikan lagi gambaran sebenar mengenai Khidmat Komuniti yang bakal dilakukan oleh Seven Seas. Aktivitis terkenal iaitu Encik Syed Alhabshi dijemput memberikan sedikit penerangan. Menurut beliau, seramai 6,000 kanak-kanak di Malaysia bakal menerima manfaat dari #FreeCanteen dimana ianya adalah usahasama kali pertama bersama Seven Seas.

Kebanyakkan murid yang berumur dari 4-7 tahun dan 7-10 tahun mempunyai masalah rendah nutrisi mungkin juga kerana masalah pendapatan keluarga yang rendah. Dengan program #FreeCanteen, kanak-kanak ini mampu dibekalkan dengan makanan yang sihat dan lebih baik untuk mereka. 

Tujuan yang sama di antara program #DontWorryMom dan #FreeCanteen yang menyasarkan kanak-kanak. Ibu bapa dan orang ramai dapat melihat sendiri bagaimana khidmat komuniti bakal membantu anak-anak di pra sekolah dan juga sekolah rendah. Semoga semua sumbangan yang diperolehi dari pembelian supplement kanak-kanak Seven Seas mampu merealisasikan semua ini. Setiap satu pembelian Kids Vitamins dari Seven Seas sebanyak RM1.00 bakal disumbangan bagi program #FreeCanteen. Menarik kan!!! Dalam kita membeli makanan tambahan bagi anak-anak kita, dalam masa itu juga kita menderma untuk anak-anak yang kurang bernasib baik. 


Sharing by Moms yang disertai oleh ibu kepada seorang anak iaitu Amber Chia dan dua orang ibu yang lain berkongsi pengalaman dalam membesarkan anak-anak mereka. Mereka yang mempercayai jenama Seven Seas telah memberikan supplement semenjak umur mereka 5 tahun lagi. Maknanya belum terlambat bagi kita ibu-ibu di Malaysia untuk mengamalkan pemakanan tambahan bagi anak-anak. 


 Kolin berharap kempen #DontWorryMom bakal mendapatkan tempat di hati semua ibubapa di Malaysia. Malah kita juga dapat membantu bagi menjayakan kempen #FreeCanteen juga tau. Kepada yang ingin menyaksikan movie online pertama dari Seven Seas anda boleh lah melihatnya di  


Jangan lupa dapatkan makanan tambahan untuk anak-anak korang dan disamping itu boleh juga menyumbang untuk projek #FreeCanteen. 


Jangan lupa hashtag #DontWorryMom ya..

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you