Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Rangkaian Pembersih Wajah SAFI diperkaya 1001 Manfaat Habbatus Sauda

assalamualaikum dan salam sejahtera

Kolin dah pakai produk SAFI ini dari zaman sekolah lagi. Memang menjadi pilihan kawan-kawan pun masa tu. Kebanyakkkan dari kami memang memilih SAFI untuk pembersih wajah, malah krim muka pun pakai SAFI. Maklumlah SAFI adalah produk mampu milik. Harga sangat berpatutan.

Kebaikan alam seperti gamat, pokok lidah buaya dan mentimun memang dah ramai tahu apa khasiat dan baik untuk kulit kan. Kolin tak nafikan pembersih wajah adalah yang paling penting, sebab nak bersihkan kekotoran di muka, nak bersihkan sisa mekap dan banyak lagi.

SAFI produk halal No. 1 di kalangan rakyat tempatan, telah diolah dan diperkayakan lagi dengan manfaat Habbatus Sauda agar kesihatan pada kulit wajah dapat dipertingkatkan. Nampak tak produk SAFI kini bertambah hebat dan sudah tentu menjadi pilihan Muslimah bagi mendapatkan produk halal kan. 


Rangkaian Pembersih Wajah SAFI adalah regim penjagaan wajah asas bagi wanita yang inginkan sentuhan semulajadi. Rasalah sendiri formula terbaru dari ekstrak semulajadi dalam variasi Sari Mentimun & Habbastus Sauda, Sari Susu Manggi & Habbatus Sauda dan Sari Gamat & Habbatus Sauda.


Sekarang dah ada bungkusan dan rona yang lebih lawa dari SAFI. Yang ini adalah rangkaian penjagaan wajah SAFI yang mempunyai Sari Mentimun dan Habbatus Sauda. Untuk Pembersih Muka 50gram RM6.10, Penyegar 100ml RM7.50, Pelembap Muka 80g RM8.90 dan krim kecantikan 16g RM7.40. 

Harga rangkaian penjagaan wajah dari SAFI memang berbaloi dan mudah dimiliki. Manfaat sari mentimun yang mampu mengecilkan pori pada wajah. Pembersih wajah mampu membersihkan kekotoran secara mendalam, membuatkan kulit lebih mulus, segar dan berseri. Dengan khasiat mentimun, sel kulit mati akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda !
Ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Wajah kian halus dan pori tidak akan tersumbat lagi. 

Untuk penyegar pula ia dapat membuat kulit wajah kita sentiasa tegang dan lembab. Tiada alkohol tau, so tak perlu risau kalau ada alergi pada wajah. Pelembap pula dapat menyejukkan kulit ibarat terapi wajah. Mineral dan vitamin juga dibekalkan bagi kulit wajah yang sihat. 

Yang krim kecantikkan ini pula sememangnya dah terkenal masa kolin sekolah dulu. Tapi kini dah dipertingkatkan dengan Habbatus Sauda pula. Boleh dijadikan asas solekan tau. Murah sahaja RM7.40.


Inilah dia Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Saud SAFI. Di datangkan dalam rona biru lembut.
Gamat dah memang kita tahu sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. Mampu mengawal minyak dan jerawat juga ok. Disebabkan itu lah terhasilnya produk bermutu ini. Pembersih muka 50g RM6.10 dan Pelembap Muka 80g hanya RM8.90.

Kebaikan gamat dan Habbatus Sauda dah ada dalam satu. Memang baik untuk adik-adik atau kakak-kakak yang mengalami kulit berminyak dan mudah naik jerawat tu. Cubalah ye.


Akhir sekali kolin nak share info pasal Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI. Yang mana nak cari pembersih muka yang mampu mencerah. Cubalah SAFI !

Manggis yang memang digelar ratu buah-buahan kini dirumus khas dengan susu  menjadikan kulit yang dicuci lebih bersih, segar dan lembap untuk sepanjang hari. Dengan RM6.10 untuk 50gram memang berbaloikan. Produk yang berkualiti pada harga yang boleh dimiliki. Patutlaa dari zaman sekolah kolin dan kawan-kawan memang penguna tegar SAFI. Tak berubah pun harga dia dari dulu. Elok aje kulit ...

Semua produk SAFI yang kolin cerita ini boleh korang dapati di seluruh Malaysia. Ada di farmasi, pasaraya dan juga kedai-kedai yang berdekatan anda. Nikmati sendiri khasiat alam semulajadi dalam manfaat berganda Habbatus Sauda. Maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari www.facebook.com/SAFI.MY atau IG mereka di www.instagram.com/SAFI@safimalaysia dan saluran YouTube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia.

Sempat lagi nak cantik sebelum raya kan. Cepat pergi beli sebab dah gaji !!!

Love

Kolin Zainal

2 comments:

  1. dulu pakai krim mcm ala2 foundation tu.. pehtu oles skit krim safi + tempek bedak = muka flawless giler heheheh

    ReplyDelete

loving me..loving you