Friday, July 14, 2017

Tips tak payah lipat baju

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Kalau dah jiwa mak-mak ni kan memang lah masalah melipat baju tak pernah berakhir. Jadinya kolin ambil keputusan tak mau lipat baju lagi dah weii. Melangkah kaki ke IKEA dan beli semua ini. Itu pun sebab kolin dapat idea dari FB hahah. Terima kasih lah yang mencetus idea yang sangat bernas ini. Inilah dia hasil nya...

 
 Haa..tengok lah ampaian dari IKEA ini. Ianya boleh dilaraskan samada 60cm atau 90cm mengikut pada bahagian yang korang nak letak lah. Kolin sebab rumah ada partition begitu so kita ikut. Senang dan mudah !! Memang sidai baju pakai hanger pun, sekarang lepas sidai, kolin padankan dengan seluar atau skirt terus letak dalam bilik mereka. Senang dan anak-anak memang menyambut baik. Paling best tak melipat baju dan paling best nak cari baju tak perlu memunggah. Terus nampak baju apa nak pakai. Lagipun bebudak ini baju cepat sangat tak muat tau. So agak mana tak muat dah bagi kawan-kawan atau anak sedara. Lagipun baju tu memang elok. Yang tak berapa elok semua jadi lap tingkap dan kipas hahaha. So tak membazir lah kiranya. Ye lah mana tshirt dan lubang-lubang tu memang jadi kain buruk lah. Bukan bilik anak dara sahaja kolin buat, dengan bilik bujang pun. So memang lega selepas buat ini dalam bilik memasing. Sekarang gosok baju sekolah semua pun gantung sini. Pandai mereka ambil dan pakai. Dah buat hampir 2 minggu, memang berkesan dan kolin jimat masa. Patut dari zaman batu aku dah buat weiiii



 Betapa gumbira hati beta setelah ini semua terlaksana. Tinggal bilik utama kami sahaja yang belum di buat. Nanti dah buat kolin share. Memang saja buat dua layer dan siap iron board terus dalam bilik tidur. Maklumlah rumah kami 3 bilik dan semuanya digunakan. Jadinya memang mengosok baju dalam bilik tidur kolin lah kan. Tak sabar nak susun baju kurung ikut warna tau. Lepas ini boleh tahu dah betapa banyak warna baju kurung yang sama kolin ada. So korang nak buat begini pergi IKEA ok. Harga satu tu tak sampai RM10 pun. Tapi kegunaannya memang menjadi igauan jiwa kolin. Tak payah lipat baju dah oiii...

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you