Tuesday, July 4, 2017

Telur Masak Kicap tersedap uoolsss

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Menu kalau dah lapar memang nak simple aje kan. Korang tau tak sepanjang bulan puasa hari tu disebabkan hari-hari jem nak balik berbuka memang kolin tak masak. Tu tak ada lah update resipi berbuka. Tapi lepas dah berpuasa ni, mood masak datang balik. Tapi macam biasa kolin memang masak simple aje. Nasib baik juga lah anak-anak dan en. suami suka kan. So kali ni kolin nak kongsi cara kolin masak telur masak kicap tersedap hihihi


 Mula-mula panaskan minyak dan masak telur goreng dahulu ok. Macam kolin buat 3 biji telur sahaja (diet kunun memalam). So dah goreng 3 biji telur. Angkat dan letak semua dalam pinggan. Minyak yang sama dalam kuali tu kolin tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah. Dah garing sikit, masukkan kicap tiram kimball, kicap tamin dan jua sedikit black pepper. Tumis sekejap kolin masukkan air dan asam keping. Kalau korang nak tukar masuk air asam jawa pun boleh jugak. Cuma saja kolin pakai air dan asam keping. Biarkan seketika sehingga semua cukup rasa korang tuang aje kuah tu terus dalam pinggan yang ada telur tu. Dah pun siap, nak masak sekejap aje wei.

Nak tambah selera, kolin pun goreng lah ikan ni. Goreng kena garing-garing dan jangan lupa goreng sekali cili kering. So cili tu kan ranggup. Yang nak pedas boleh lah makan cili tu bersama nasi. Haaa...berselera ke tidak?


 Nampak tak garing tu, kena garing tau goreng. Dah pun siap dua jenis lauk malam tadi. Kan senang makan aje kat rumah, kos pun tak sampai RM10 tau. Makan bertiga atau berempat pun boleh. Masak aje lah simple macam ini. Janji nasi 3 pot abis ye idak hahaha. So ini lah menu kolin semalam. Buat yang nak berbuka puasa enam nak menu mudah boleh lah try menu kolin ni. 


Inilah dia dua lauk simple dan bajet dari kolin. Tunggu lain entri ya, kita share resipi lagi heheheheh

Love, 

Kolin Zainal
 

2 comments:

  1. amboiii...sakan masak naaa...datang mood dah hari-hari dia masak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahhaha..ala masak telur aje pung

      Delete

loving me..loving you