Tuesday, July 11, 2017

Bergambar di pagi Syawal 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kali ni giliran kolin beraya di PJ, rumah mama kolin. Memang setiap tahun kami bergilir raya di Kedah atau di PJ. So ini lah gambar yang ada pada pagi Syawal 2017. Yang beraya dengan mama tahun ini 2 keluarga lah. Keluarga kolin dan adik kolin awen, itu pun pagi suami awen ada kerja. So ini lah gambar keluarga kami. Kolin dan keluarga yang memilih warna kuning sedondon tahun ini dan ikut trend la kebaya pendek hihihi. Biasalah anak bujang kolin memang ada saja gaya yang tak kena kalau ajak bergambar. Menjadi yang mak dah biasa ni lantak lah eh anak oiii..Janji mamy ada kenangan bergambar raya hahahahah




Inilah gambar posing-posing kami sekeluarga. Tak sabar tunggu 22 Julai nanti nak tangkap gambar kat CVS White Studio yang lawa-lawa tu. Kalau korang nak jugak boleh lah terjah IG mereka. Kalau nak tahu slot mereka sentiasa penuh saja tau. Kena cepat-cepat call dan buat tempahan. Haa ini gambar biasa-biasa tau tunggu yang luar biasa heheh. Nak tahu lanjut buka link ini ok

http://alialisakreatif.blogspot.my/2017/06/photoshoot-raya-murah-dan-best-di-white.html


Syawal pagi kami di PJ dan makan tengahari di Seremban. Beraya lah kami di Taman Desa Rhu, Seremban. Meriah lah dapat makan kari kambing menu wajid hari raya kat rumah sedara mara. Dah selesai beraya petang pun balik PJ dan esoknya raya kedua kolin terus balik Yan, Kedah kampung sebelah suami. 

Tahun ini raya sederhana sahaja. Beringat dan menyimpan untuk masa depan katanya hahahha. So Selamat Hari Raya Aidilfitri korang dan kolin nak mohon maaf zahir batin dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau pernah  menyakiti hati korang sebelum ini ye. Semoga kita diberikan peluang berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. 

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you