Wednesday, May 10, 2017

Tampil sihat dengan STEA Teh Hijau




Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ini bukan nak cerita sangat, bukan nak mengampu tau, tapi ini lah kenyataan. Kolin diperkenalkan dengan STEA Teh Hijau iaitu Teh Hijau Jepun pada 29 April yang lalu. Dengan harapan memang lah nak hilangkan sikit lemak kat badan ni, maklumlah nak masuk ke 40 an ni memang susah sangat nak kurus tau. Kalau dulu skip nasi seminggu keremping aje terus badan tau. Sekarang memang kolin perlukan sesuatu untuk mengalakkan metabolisma badan ni. 


Masa itu lah ada kawan beri kolin sekotak STEA . Well, kolin memang suka sangat green tea. Masa bercuti kat Korea dulu pun siap beli berkotak-kotak sebab suka minum. Cuma bukan jadi amalan lah, bila rasa nak minum baru minum. Tapi untuk STEA ini kawan kolin suruh minum 30 minit selepas sarapan dan selepas makan tengahari juga. Maknanya sehari satu uncang dan gunakan uncang yang sama. 




Kalau korang tanya rasa TEH HIJAU, kolin rasa macam air suam aje. Tak kelat, tak lah pahit mana pun. Lagipun kita semua tahu Teh Hijau antioksidan, boleh mengelak kanser, baik untuk keseluruhan kesihatan. Kolin bukan lah doctor, tapi kalau korang tanya Pakcik Google segala jawapan terbentang. Bab yang kebaikan lelain tu korang boleh lah tengok sendiri okay. Yang penting sekarang perubahan dalam masa 10 hari kat diri kolin. Kalau korang tengok kotak memang dia cakap kesan dalam masa 7-14 hari, sekotak ada 28 uncang untuk 28 hari. Nak sediakan, simple sangat sebab korang hanya perlukan cawan dan air panas. Dah sejuk sikit teh tu, minum aje lah lepas sarapan. Korang semua tahu kan teh hijau pun detox juga tau. So memang lega laa usus kolin beberapa hari. Sedap dan ringan aje rasa badan. 

Kolin memang masalah berat badan dah 70kg ! Jangan gelak haaa…disebabkan kolin mempunyai susuk tubuh tinggi tu tak nampak. Hakikatnya akak dah gemuk dikkk! Tapi minum lah dah 10 hari, kolin hilang 2 kg !!! Hilang berat badan sikit, tapi kolin makin kurang inci. Skirt, seluar dan baju pun dah makin longgar. Paling best, kebaya lama boleh sarung pergi kerja tau. Perut yang tebal pun dah makin kempis, bersyukur sangat tau. Sebab kolin pun rasa sihat semenjak minum STEA Teh Hijau. 


Kalau korang nak tahu, orang Jepun tu dari kecik dah minum teh hijau. Kita kat Malaysia aje suka minum teh merah tu. Masa tuk berubah tau, sebab kalau lah korang tahu kehebatan dan kebaikan teh hijau ni mesti korang nak minum hari-hari. Satu lagi, STEA ni semua organik dan daunnya berkualiti. Ada ISO, HACCP Certified Food Safety, Ada MESTI dari Kementerian, Buatan Malaysia dan yang penting HALAL. Korang tak perlu ragu-ragu dah kalau nak beli yang di pasaran tu rasa tak best kan. Kolin sendiri sarankan korang start consume STEA. Cerita banyak tak guna, sebab korang sendiri kena minum dan rasaikan perubahan badan korang. Buat kolin yang dah lebih 10 hari ini memang rasa tak nak berhenti. Sebab STEA lah menjadikan badan lebih cergas tau. Korang tau tak sebelum ini pun jerawat banyak naik. Tapi sejak minum teh hijau ini, kurang dah sikit. Ye lah dia dah kuarkan semua elemen yang tak sihat dalam badan kan. Yang ada gastrik macam kolin, jangan risau korang boleh minum. Senang sangat nak minum kat mana-mana kalau tak nak bawak kotak. Sebab setiap uncang dipaketkan dengan baik. So letak dalam handbag, datang office dan minum. Simple kan !!! 



So tunggu abis sekotak, kolin nak share lagi dengan korang “Sharing is caring” kan. Tak akan lah kolin nak dendiam aje benda best hhhihih…Jangan lupa STEA uolss kalau nak sama sihat dan cergas mula hari ini tau !!!


Tunggu habis sekotak, kolin tulis entri lagi tau, mana tau masa tu kurus macam Ayda Jebat hahaha...


Love,

Kolin

2 comments:

loving me..loving you