Tuesday, August 30, 2016

PELANCARAN MAGGI ROYALE THAI TOM YAM SEAFOOD PUTIH PERTAMA DI MALAYSIA

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang tak suka maggi kan? Kolin terus terang cakap dari kecil sampai sekarang masih suka sangat makan Maggi. Oleh itu, kolin nak kongsi dengan korang semua MAGGI ROYALE THAI TOM YAM SEAFOOD PUTIH yang pertama kini telah ada di Malaysia. 

 
MAGGI ROYALE THAI TOM YAM SEAFOOD PUTIH adalah satu olahan unik daripada resipi biasa Tom Yam yang berasal dari negara Thailand. Umum tahu Tom Yam mempunyai perisa tersendiri dan memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak dari dulu lagi kan. 

Kini korang dapat rasa MAGGI ROYALE THAI TOM YAM SEAFOOD PUTIH yang diperkaya dengan herba segar dan rempah ratus terpilih bagi memenuhi selera orang Malaysia. Untuk menambah keyakinan korang terhadap kesedapan resipi Maggi Royale Thai ini adalah kerjasama antara Maggi Royale dan Chef Wandee Na Songkla seorang pakar masakan Thai. 

Selain kepakaran dalam bidang masakan, Chef Wandee juga terkenal sebagai seorang ikon TV, penulis buku masakan dan pengasas kepada Wandee Culinary School di Thailand. Chef Wandee berharap dapat memberikan rasa asli Thailand kepada semua peminat tom yam di Malaysia melalui 
kerjasama MAGGI ROYALE.


Semasa pelancaran kami Chef Wandee telah berbesar hati memasak di hadapan semua para tetamu. Cara masakan yang betul juga telah dikongsi bersama. Rakyat Malaysia yang suka mencuba sesuatu yang baru dari segi makanan. Dari sebab inilah Maggi telah memperkenalkan perasa yang baru ini bagi memastikan semua pengemar makanan atau 'foodie' mendapat kepuasan dalam mencuba makanan Maggi. Menurut Rosalyn Simba, Pengurus Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, demi orang yang tesayang, hasil kerjasama dengan Chef Wandee kini kami telah mencipta satu resipi Tom Yam Seafood yang lazat untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.


Menuruf Chef Wandee pula, Tom Yam Seafood Putih Thai bukan saja menyelerakan malah ianya mempunyai tahap kepedasan yang istimewa. Lagi sedap kalau korang cuba masak dengan mengunakan makanan laut segar seperti sotong atau udang. Semenangnya satu hidangan istimewa dapat dihasilkan dan dinikmati oleh seisi keluarga. Buat semua yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh ke laman web Maggi.

            Laman rasmi MAGGI® Malaysia            : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaWBBM    
Laman Facebook MAGGI® Malaysia   : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaFB  
  Laman YouTube MAGGI® Malaysia      : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaYT  
Laman Instagram MAGGI® Malaysia  : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaIG  
Hashtag Rasmi        : #MAGGIRoyale #MAGGIMalaysia

Semasa pelancaran ini, kolin dapat juga peluang memasak di atas pentas, Terima kasih Maggi kerana mengadakan Media Contest ya. Alhamdulillah, walaupun tak menang dapat juga hadiah beg luggage istimewa dari Maggi Royale. 



  Inilah hasil masakan kolin pada hari tersebut. Dapat pujian dari para hakim tapi nasib tak bersama kolin. Ini pertama kali kolin masak di depan orang ramai tau. Pengalaman yang menarik, siap ada video memasak lagi. Terima kasih Kak Anie dari www.123mamanet.com 
sebab sudi rekod semua video untuk kolin. Untuk korang sila lah ke laman FB dan Instagram kolin kalau teringin nak tengok macam mana kolin memasak dan komen dari semua hakim yang ada.



Jangan lupa semua pengemar Maggi, korang patut cuba yang ini. Sure memang kata sedap sangat !!
Kepada peminat seafood atau makanan laut macam kolin  korang akan jatuh cinta dengan hidangan yang ini. Semuanya mudah sahaja, hanya dalam masa 5 minit hidangan yang lengkap tersedia. 

Kini Maggi Royale Tom Yam Putih Thai dah berada di semua pasaraya hiper dan cawangan kedai runcit di seluruh negara. Nanti korang boleh tengok sendiri gambar Chef Wandee di setiap pembalut ok. Maggi percaya kebahagian bermula dari umah dan sudah tentu kita nak cari satu kelainan untuk hidangan di rumah kan. Nasib baik kini Maggi ada pelbagai perisa untuk kita semua cuba. Kalau tidak dulu mesti kari atau ayam sahaja kan. Sekarang pelbagai perisa dah ada untuk kita tau.


Terima kasih Maggi !!!

Love, 

Kolin Zainal

4 comments:

  1. Wau sedapnya... Kita suka makan seafood jgak... Boleh try ni megi tomyam seafood...memag terbaik lah

    ReplyDelete
  2. Wau sedapnya... Kita suka makan seafood jgak... Boleh try ni megi tomyam seafood...memag terbaik lah

    ReplyDelete
  3. Fuhhhhh nmpak sedappp je.. boleh coba

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat…Sally singgah ni haaa~ hahammmboiii sangat dia makan maggi~

    ReplyDelete

loving me..loving you