Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

AMEZ CARE Tuala Wanita Bio Herba

assalammualaikum dan salam sejahtera

Setiap bulan sure korang akan perlukan benda ini, termasuk lah kolin. Tuala Wanita salah satu perkara penting bagi setiap perempuan. Masing-masing ada pelbagai pilihan sendiri kan. Banyak jenama yang ada di pasaran, yang penting korang kene pilih mengikut keselesaan badan sendiri. Disebabkan itu AMEZ CARE  telah memperkenalkan Tuala Wanita Bio Herba yang mempunyai pelbagai kebaikan untuk si pemakai. 

Kalau beri kebaikan siapa yang tak nak cuba kan !


AMEZ CARE ada 3 jenis tuala wanita iaitu Day 12 keping, Overnight 10 keping dan juga Pantyliner 30 keping dalam setiap packaging. 
Dan kalau korang lihat sendiri 99.9% SGS Tested Antibacterial Effect tau. 


 Setiap tuala wanita yang dihasilkan mempunyai ramuan herba iaitu Aloe, Peppermint, Tea Plant, Chamomile dan juga Lavender. So masa korang bukak bungkusan tu memang ada sedikit bau macam jamu. Tapi bila dah pakai, jangan risau lah orang sebelah tak boleh bau pun. Bau yang sangat ringan, tapi semua untuk kesihatan wanita itu sendiri kan. Selain dari itu, AMEZ CARE juga ada Functional Chip with Anion, Far-IR Nano Silver, Natural Antibacterial Action with Exclusive Herbal Extracts.

Semua penghasilan tuala wanita ini begitu teliti lah maknanya. Dan dijamin 100% anti bocor.
Apa yang kolin suka sebab dia Ultra Thin. Semua range dari Day ke Overnight memang Ultra Thin, so masa korang pakai tak lah rasa tebal semacam kan. Lagi lah bagus sebab kita sendiri disaran tukar tuala wanita dalam tempoh 4-5 jam sekali. 


Segala informasi ada di packaging, tapi nak lagi menarik layari sahaja www.AmezCare.com untuk segala informasi yang korang perlukan. FB dan IG juga ada, search AMEZ CARE ok.


Nampak tak yang warna hijau di tengah tu, itu lah dia herba yang ada. So bukan lah satu tuala wanita tu, lihat sendiri nipis kan. Kalau tak silap kolin sekarang tuala wanita AMEZ CARE dan pun ada di AEON yang terpilih. Korang boleh lah cuba sendiri macam kolin. Ternyata elok dan lebih baik kita menukar tuala wanita kita kepada yang lebih baik untuk kesihatan bukan. 

Yang penting setiap kepingan tuala wanita ini ada Shield Bacteria Wrapping untuk perlindungan optimum. 
Dah tiba masanya kita berhijrah kepada yang lebih baik. Nak malu apa kan, ini memang keperluan wanita setiap bulan. Suka atau tidak memang korang akan beli, betul tak?

Cuma sekarang dah ada pilihan yang lebih baik untuk kesihatan wanita. Yang lagi penting semua tuala ini dijamin keselesaan sebab mengunakan Ultra Soft Top Sheet. Kalau nak tahu apa benda tu, kenalah beli dan cuba pakai, harga berpatutan jangan risau ok. 

Cuba lah nanti, korang akan rasai sendiri perbezaan tuala wanita ini dari yang biasa di pasaran tu.
Nanti pergi farmasi dan beli ok. 


"AMEZ CARE: Where Intimate Meet Comfort"

Love,

Kolin Zainal 

2 comments:

  1. Dah try pantyliner amez..best..nipis je..tak rasa macam pakai pantyliner pun..saya suka bau dia masa bukak tu..Bau dia tak la kuat sangat..x de la sampai org sebelah boleh bau gak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..kolin pun suka sebab dia nipis. Bau herba pun tak lah kuat sangat kan !

      Delete

loving me..loving you