Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

NASI KANDAR LINE CLEAR, KG. BARU

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat semua peminat makanan sebelah utara ini, sekarang tak perlu lah nak ke Penang atau Kedah baru nak merasa. Sekarang NASI KANDAR LINE CLEAR, KG BARU dah ada kat Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Hospital Besar Kuala Lumpur, satu jalan nak ke masjid Kg. Baru sahaja. Sure korang boleh WAZE kalau tak jumpa jugak. Parking banyak belakang restoran tu, so jangan korang susah hati ok. 

Kenapa kolin suka makan kat sini, sebab kuah dan masakan nasi kandar mereka kena dengan citarasa kolin. Tak terlalu berempah dan pedas, pendek kata anak-anak pun happy. Portion nasi memang banyak dan harga sangat berpatutan. Tempat selesa, siap tandas dan paling penting pekerja di sini semua peramah dan sedia membantu. Ini lah kedai yang kita semua suka nak pergi kan.


Ini pilihan kolin, nak ulam bendi dan sotong goreng tepung. Yang syiookk adalah kuah campur.
Punya lah sedap sampai menjilat jari tau.




Tak tahu kenapa, kami satu keluarga ambil lauk yang sama iaitu SOTONG hahhahaah
Tapi tak membazir tau, sebab alisa dan ali imran  makan semua habis. 
Happy lunchie kata orang tau. Senang nak park, makanan sedap, harga pun berpatutan. 
Yang ini bukan owner ajak kolin buat food review tau. Ini memang ikhlas dari kolin. 

Sememangnya kedai menawarkan masakan yang sedap untuk seisi keluarga. 
Buat yang nak berjimat boleh singgah pada hari Jumaat. Sebab ada menu jimat rasanya. 


Ini antara harga yang dipamerkan di ruangkan kedai makan ini. Selain itu segala gambar bersama selebriti tanah air pun ada di pamerkan di dinding kedai ini. Boleh lah tengok banyak sangat artis pernah datang dan melepak kat sini jugak tau. Mana tau, time korang pergi boleh jumpa artis kan. 


Memang kat sini aje cawangan Nasi Kandar Line Clear ok. Tiada di tempat lain. Besar-besar dah mereka letak notis kat situ. So kalau nak makan nasi kandar terbaik di Kuala Lumpur, singgah makan sini ok. 

Ini antara pilihan lauk yang korang boleh pilih. 
Jangan risau, pekerja mereka peramah. 
Apa saja pilihan lauk yang korang nak makan pun ada weiii..



Tengok la nasib korang masak datang, silap-silap berbaris lagi panjang tau.
 Tak mahal pun wei.. makan empat orang berbaloi. Siap minuman lagi.



Inilah resitnya, murah kan !!!
So kalau teringin nak makan nasi kandar kat penang, sekarang dah ada kat KL uollsss

Tak payah nak rindu-rindu dengan kandar ok 

Love, 

Kolin Zainal

4 comments:

loving me..loving you