assalammualaikum dan salam sejahtera
Beruntungnya kolin dapat menjadi sebahagian dari program ini sekali lagi. Terima kasih sebab jemput kolin ya. Kali ini memang teruja sebab dapat lihat sendiri bagaimana pemakanan sihat seperti salad dan buah-buahan dapat menarik perhatian anak-anak untuk makan.
Berlangsung di Tree Top House Kindergarten di Segambut, kolin bersama-sama ibubapa yang lain diberikan sesi penerangan mengenai kebaikan yang ada di dalam setiap sayuran dan buah-buahan. Seperti yang kita sedia maklumlah, anak-anak memang memilih kan bab yang ini. Kalau jumpa warna hijau semua diasingkan, betul tak? Memperkenalkan Mrs. Mohana Gill, pemenang award sebanyak 6 kali dalam menghasilkan buku mengenai resipi pemakanan. Orang yang murah dengan senyuman dan peramah ini memang berjaya membuatkan sayur nampak sedap aje tau.
Bersama dengan Seven Seas, mereka amat peka mengenai anak-anak yang kurang nutrisi. Dengan pemakanan harian yang sangat penting sememangnya agak membebankan ibu bapa yang sibuk macam kolin kan. Tahu sajalah bila mereka meningkat naik dan membesar, tahu aje nak memilih makan apa. Kadang tu memang bekalkan mereka dengan rangkaian
Sebahagian dari kempen #DontWorryMom yang telah dilancarkan pada April 2016 yang lalu, kini sekali lagi Seven Seas melancarkan kempen kepentingan nutrisi kepada semua.
So jom kita buat makanan sihat bersama anak-anak. Pastikan semua tangan dicuci bersih, sayur-sayuran juga dan apa kata kali ini kita libatkan anak-anak kita semua dalam penyediaan makanan. Ini bagi memastikan si kecil lebih seronok dalam diet harian mereka. Menurut Richard Lee, General Manager of Merck Consumer Health Division Malaysia, semua ibubapa sememangnya menghadapi cabaran masa kini bagi memastikan anak mereka tidak kurang nutrisi, beliau berharap dengan kempen #DontWorryMom ini semua ibubapa dapat idea dan inspirasi bagi merealisasikan kempen ini dengan berjaya.
Menurut Mrs. Mohana, dia mahu mengikis stigma yang di mana anak-anak tidak makan sayur dan buah-buahan. Menjadi tanggunjawab ibubapa agar menyediakan makanan berkhasiat dan kita boleh tunjukkan betapa lazatnya makan sayur dan buah-buahan.
Jadi kita semua apabila di dapur kena lah ajak anak-anak dalam penyediaan makanan seharian. Macam adik-adik ini, potong sayur sendiri dan buah sendiri. Pastikan semua dalam keadaan selamat dan di bawah pengawasan kita lah. Lagi meriah sebab mereka sediakan makanan mereka sendiri.
Dah sesi bersama anak-anak, ibubapa juga diberikan dua ke tiga resipi untuk dibuat di rumah. Memang tak sangka burger dari sayuran pun sedap wei. Dapat tengok buat jus bunga raya pun dah sedap.
Siapa sangka semua ini boleh buat di rumah sahaja.
Tahniah buat Seven Seas di atas kempen #DontWorryMom ini.
Kolin pasti lebih ramai rakyat Malaysia akan lebih peka mengenai pemakanan sayur dan buah-buahan lebih membawa manafaat yang baik.
Maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini korang boleh layari www.facebook.com/SevenSeasMalaysia dan boleh dapatkan lebih banyak info bagi menjamin kesihatan yang lebih baik untuk anak-anak.
Love,
Kolin Zainal

No comments:
Post a Comment
loving me..loving you