Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Kolin masak-masak di hujung minggu

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bila tak keluar berevent di hujung minggu, inilah aktiviti mak-mak yang selalu kolin buat. 
Hari sabtu masak siang aje, malam pergi makan luar. Tapi ahad terlebih rajin, kita masak beriya-iya tau. Seronok lagi bertambah-tambah sebab anak-anak makan banyak sangat. Best !!
Mudah-mudahan dengan masakan air tangan ini, anak-anak esok tak lupa kolin kan. Selalu balik rumah jenguk kami berdua. Harap-harap lah...doa banyak-banyak. Anak dah besar, kita dah tua, anak ingat kat kita selalu. Rasa kolin salah satu nak bagi anak ingat, dengan masakan kita. Betul tak?!


Sebelum itu, kolin minta alisa maisara tolong kolin buat salad. Sebenarnya panggil ulam aje, tapi saja nak nampak bandar sikit kita buat lah salad. Nasib baik anak dara ini nak menolong lah jugak kolin kat dapur. Minta dia keluarkan salad, timun dan tomato dari plastik dan basuh bersih-bersih. Susun dan potong untuk disusun dalam pinggan. Excited sangat dia !!



Inilah hasil salad yang dipersembahkan oleh Alisa Maisara. Not bad kan, walaupun banyak sangat tomato dia susun sebelah atas. Tapi semua orang puji dia, esok lusa boleh lah suruh alisa buat lagi salad kan.

Selain dari salad, kill menu kolin ialah sup tulang campur daging. Lagi lama kita reneh daging tu, makin lembut, makin sedap tau. Resipi memang simple sangat, cuma kolin ikut apa yang kakak ipar kolin ajar. Sup bunjut tu dikeluarkan semua rempah dan tumbuk. Tumbuk bersama halia dan bawang yang hendak tumis.
Kolin rebus daging dan tulang dulu, lepas tu masukkan rempah yang dah ditumbuk. Tak pakai mesin blender. Sebab ada rasa kasar-kasar tu lagi meletup rasa kuah sup tulang daging ni.


Dah ada sup mesti kena ada sambal belacan kan.
So simple sahaja sambal belacan kolin, pakai cili merah sahaja sebab semua tak kuat makan pedas pun.


Tak lupa juga ikan pekasam yang kawan bagi. Sedap betul ikan loma ini.


Dan menu paling akhir ini, menu yang kolin suka makan. Cukup tauhu goreng, sambal belacan dan nasi panas-panas. Selesai semua. Menarik atau hauk terpulang lah pada korang nak menilai. Sebab pada kolin dah sedap habis dah menu hujung minggu kolin ini.


Alhamdulillah, semua ada, semua lengkap.
Inilah yang kolin masak-masak di hujung minggu yang lalu.
Senang, mudah dan ringkas. Yang lagi penting keluarga kolin happy makan ramai-ramai.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Yang Tak Sentap,

Kolin Zainal

2 comments:

loving me..loving you