Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Jom makan BOAT NOODLES

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ini pertama kali kolin try makan yang BOAT NOODLES.  Selalu beratur panjang sangat, tapi rezeki kolin dan milah dapat senang aje tempat duduk. Maklumlah kami bukan orang busuk hati seperti yang dema cakap. Orang busuk aje update FB, IG mengata-ngata tu. Disebabkan kami wangi pakai CHANEL terus dapat tempat duduk.


Milah lah yang order kan untuk kolin. Sebab tak tahu nak makan apa kan. Yang wajib kita order lah mee kecik-kecik dalam mangkuk ini. 


Satu rasa macam mee kicap dan satu lagi ala-ala masam tomyam sikit. 
Tapi memang 3-4 kali suap terus lesap semangkuk. Sedap jugak lah, kadang-kadang terasa macam makan maggi pun ada jugak. 


Selain itu, korang boleh tengok dalam menu ini. Ada pelbagai hidangan dan minuman yang boleh dipilih. Kolin macam biasa suka mineral water, sebab kalau air manis memang cepat kenyang. Makan di Boat Noodles ini tak perlu nak ke kaunter masa nak pesan, cuma masa bayar sahaja ke kaunter. So jangan risau, tengok menu dendiam dan pilih makanan yang korang nak cuba ya. 


Ini pula Flame Grilled Ayam Legend, memang rekemen untuk korang cuba. 
Ranggup dan kuah cicah tu sangat sedap, tak berapa pedas pun. Siap ada salad sekali, cara makan sayur dan ayam tu cicah dalam kuah. Memang lain dari yang pernah kolin rasa. Hidangan yang boleh dimakan berdua tu harga RM11.90 sahaja. BOAT NOODLES ada banyak lagi hidangan termasuk manisan Sangkaya. Nanti trip yang lain kolin akan cuba ya. 


Milah order air Cha Yen harga RM6.90 sahaja. 


Selain dari makan di sini atau dining in, korang pun boleh take away juga. Mana tahu nak bagi anak-anak kat rumah rasa juga hidangan dari Boat Noodles kan. 


Sorry gambar agak blur. Tapi kalau nak take away memang boleh lah. 
Yang itu memang confirm. 


Hidangan yang lazat dari Boat Noodles ini disudahi dengan Aiskrim dari Baskin Robbin. 
Terima kasih sebab bagi promo buy one scoop free one scoop. 
Dan tak lupa jua tahniah buat Dato' Lee Chong Wei sebab berjaya meraih pingat Perak di Olimpik Rio. Kami sangat berbangga dengan Dato', sebab buat Malaysia terkenal di mata dunia. 

Kembali kepada Boat Noodles, sesiapa yang belum ada kesempatan ingin cuba makan di sini. Boleh lah cuba nanti. Semua yang kolin dan milah makan ini dalam RM36 sahaja. 
Sure tak rugi !!!

Love, 

Kolin Zainal

2 comments:

  1. ayam lagend tu xsempat try lg..aku tgk gmbr kt fb and ig die pn sodap...sangkaya ko kena cuba sodap...tp noodle tekak aku tk brp

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah..ayam tu try nanti beb. Hari tu nak order sangkaya tapi dah kenyang. Next round laaaa

      Delete

loving me..loving you