Wednesday, March 9, 2016

Berdating kat O'Briens, E-Curve

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sedar atau tidak kolin dah bernikah selama 12 tahun. Alhamdulillah, doakan kolin yang baik-baik ya. 
Sementara anak-anak kolin bekerja kat KIDZANIA tu sempat lah kolin dan hubby dating kat O'Briens E-Curve ni. Sambil menghabiskan voucher yang ada hehehe

Inilah yang kolin order hari tu. Simple sandwich sebab ingatkan nak melepak-lepak sahaja.


Ini lah masa kami berdating berdua
Kalau tidak, sibuk bekerja dan juga sibuk menguruskan keluarga.
Masa ini lah nak throwback zaman bercinta dedulu
Jom layan selfie dulu




haaa mengada tak...hahahhahah. Sorry lah hubby kolin memang tak reti bergambar.
Apa ntah lagi kalau kolin suruh dia snap gambar yang menarik untuk kolin selit dalam blog.
Semua gambar hancus hahahha. Angle pun lari.

Terer lagi Ali Imran atau Alisa Maisara kalau ikut kolin pergi event ambil gambar. 
Cantik dan lawa tau.

Anak-anak kolin call masih sibuk bekerja dalam KIDZANIA. Kami sampai jam 3.00 petang dan mereka akan tutup pukul 7.00 malam. Maknanya selagi tak tutup, anak-anak akan sibuk bekerja lah kan. 

Dah selesai minum dan makan kat O'Briens, kolin dan hubby sempat lah jalan-jalan kat ikea tu.


Ini antara rak yang mengunakan kayu pallet.
Teringin sebenarnya nak rak macam ni dalam rumah. Harga sekitar RM200 sahaja.
Boleh juga kolin susun apa-apa kan. Memang menarik. Tapi hubby kata nak buat sendiri. So kami ke IKEA untuk hubby cari idea macam mana nak buat perabot pakai kayu pallet ini.

Kalau dah menjadi kolin share yaya
Sekarang berangan lah dulu

Love

Kolin zainal


2 comments:

loving me..loving you