Monday, September 28, 2015

Event: Kempen Minum 2 gelas sehari, hadiah terbaik buat keluarga anda dari Dutch Lady

assalammualaikum dan salam sejahtera

Dutch Lady Milk Industries Berhad hari ini telah memperkenalkan kempen yang mengalakkan semua keluarga di Malaysia untuk minum dua gelas sehari susu untuk memenuhi keperluan diet harian. 
Dengan membawa tema "2-a-Day-Milk" the best gift for your family" kempen yang menyarankan dua gelas sehari ini membawa banyak kebaikan dan manfaat kepada setiap keluarga di Malaysia. 


Berucap di majlis ini Ms. Jo-Anne Jayasiri, Marketing Manager dari Dutch Lady Malaysia menyatakan kesungguhan agar semua keluarga di Malaysia mula menyedari bahawa susu adalah satu nutrisi lengkap dan baik untuk seisi keluarga. Ianya juga dapat membantu pembesaran anak-anak dan memberikan tulang yang kuat untuk tujuan pembesaran anak-anak dan juga orang dewasa. 

Walaubagaimanapun, ramai keluarga di Malaysia tidak menyedari akan hakikat ini. Dengan adanya kempen dari Dutch Lady ini, sekurang-kurangnya dua gelas sehari ianya dapat memenuhi 
Malaysia Guideline Recommendation yang disarankan. 



Sebagai salah satu jenama susu yang terkemuka di Malaysia, Dutch Lady mengambil tanggungjawab ini dan memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan kempen ini. Bagi menambahkan lagi kemeriahan kempen ini Aaron Aziz dan isteri Diyana Halik sekeluarga menjadi duta bagi memberikan lebih ilmu kepada keluarga di Malaysia tentang khasiat minum susu 2 gelas sehari.


Nutrition Society of Malaysia iaitu Professor Norimah Karim, honorary secretary of the local nutritionist fraternity dan head of the programme untuk Human Nutrition di Universiti Kebangsaan Malaysia, School of Healthcare Science turut hadir sama bagi menerangkan lebih lagi mengenai kebaikan susu. 

Beliau menyatakan penyelidikan dari SEANUTS membuktikan ramai kanak-kanak kekurangan Vitamin D yang mana ianya boleh juga boleh didapati ketika bermain di luar rumah. Akan tetapi gaya hidup yang sibuk masa kini, susu diperlukan untuk tambahan Vitamin D bagi seorang kanak-kanak.  Vitamin D juga boleh di dapati dari ikan kembung, sardin, salmon, kuning telur atau susu yang sememangnya sumber bagi Vitamin D. 

Dutch Lady Malaysia Corporate Nutritionist Loo Mei Fong, juga hadir di kempen ini dan menceritakan kebaikan Dutch Lady Purefarm Milk. Jangan lupa tau minum Dutch Lady PureFarm Milk kerana ianya disarankan oleh MOH (Ministry of Heatlh).


Bagi aktor terkenal Malaysia Aaron Aziz dan Diyana, mempunyai 3 orang cahayamata yang kian membesar merupakan cabaran bagi mereka berdua. Memastikan anak-anak mendapat nutrisi yang cukup. Kempen dua gelas susu sehari ini disokong penuh oleh Aaron dan isteri bagi menjayakan kempen ini. 

Menurut, isteri kepada aktor kacak ini, penyediaan makanan bagi setiap anak adalah sangat remeh. Dalam memastikan kecukupan vitamin dan memberi mereka sepenuh khasiat untuk membesar. Diyana menyediakan keperluan susu untuk mereka dan memastikan dua gelas sehari bagi anak-anak mereka. Kalau Aaron dan Diyana boleh buat, sudah tentu kita pun boleh kan. Why not mula dari sekarang!



Untuk memudahkan kita sebagai ibu yang nak menyediakan keperluan susu ini, mudah sahaja. Beli sahaja pek susu yang ada disediakan oleh Dutch Lady. Senang sangat kalau nak pastikan anak mendapat khasiat yang secukupnya bagi pembesaran harian mereka. Kolin pun happy..kerja senang kan!



Asyik dengan artis saja kolin selfie, sesekali Moo Moo pun nak masuk blog kolin jugak kan.
You look pretty in picture la Moo Moo...lawa sangat pink bibir tu hihihi


Buat semua ibu bapa di Malaysia, kempen "Dutch Lady PureFarm 2 a Day - Milk, The Best Gift for your Family" ini akan bermula 10 Oktober 2015. Dengan Dutch Lady Purefarm di dalam kotak sedia untuk diminum ianya lebih mudah. Untuk lebih info dan roadshow sila layari www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you